Mangsa Brock Lesner Di WretleMania Dan Dimana Mereka Kini?

Musim bunga pada tahun 2002 telah menyaksikan kemasukkan bintang besar dalam dunia gusti ke wwe.

Antara bintang gusti yang menyertai Wwe pada ketika itu adalah John Cena, Batista, Shelton Benjamin, Randy Orton, dan Brock Lesnar.

Antara semua bintang besar yang menyertai Wwe pada ketika itu Lesner adalah yang paling istimewa. Kenapa beliau dikatakan sebagai paling istimewa berbanding barisan bintang yang lain?

Lesner dianggap istimewa dari bintang lain kerana, beliau telah memenangi Kejuaraan Dunia pertama beliau di Wwe hanya selepas beberapa bulan beliau menyertai syarikat itu.

Selepas mendapat Kejuaraan Dunia beliau telah meninggalkan Wwe untuk beraksi di gelanggang pentagon iaitu Ufc.

Di arena Ufc lesner adalah antara salah seorang “Fighter” mega yang mereka miliki. Lesner telah membuktikan bahawa beliau bukan sekadar hebat bertempur di gelanggang hiburan seperti Wwe malah beliau adalah Fighter sebenar yang mampu bertempur di arena Martial Art.

Beliau juga telah berjaya memegang sabuk Kejuaraan Heavyweight dunia di Ufc. Selepas beberapa tahun mencipta nama di pentas Ufc Lesner telah kembali menyertai Wwe. Beliau telah ditawarkan kontrak yang paling lumayan dalam sejarah Wwe.

Kerana Lesner sudah mencipta nama besar di pentas luar dari Wwe, maka pihak Wwe telah mempersiapkan perlawanan-perlawanan yang besar untuk Lesner. Pihak kreatif Team Wwe sudah mengatahui bahawa Lesner akan memberi pulangan lumayan buat Wwe.

Antara perlawanan-perlawanan besar yang Lesner lalui di gelanggang Wwe beliau telah tampil dalam Tujuh edisi WrestleMania.

Beliau telah memenangi 5 dari tujuh perlawanan di pentas WrestleMania dan hanya tewas dua sahaja perlawanan.

Lesner hanya tewas di tangan Goldberg untuk perlawanan satu lawan satu dan tewas kepada Triple H dan Seth Rollins dalam perlawanan Tiga Penjuru.

Jadi disini kita akan senaraikan Lima bintang yang telah tewas di tangan Lesner dalam pentas WrestleMania dan dimana bintang bintang itu.

# 5 Dean Ambrose (Jon Moxley)

Di WrestleMania 32, Brock Lesnar telah bertemu Dean Ambrose. Jalan cerita perselisihan antara mereka bermula dengan sangat baik hingga para penonton begitu teruja untuk menantikan pertembungan mereka berdua.

Malangnya, perlawanan itu tidak memenuhi kehendak peminat, Lesner begitu mudah menewaskan Ambrose dalam Perlawanan “Chicago Street Fight Match”.

Ambrose yang ketika itu membuat haluan sendiri selepas berpecah dengan The Shield menunjukkan aksi Hardcore yang sangat hebat.

Kerana itu lah penonton begitu teruja menanti perlawanan mereka. Penonton mengharapkan aksi yang sengit namun sebaliknya yang berlaku.

Ambrose jelas tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Acara terbesar Wwe itu. Beliau ketika dalam satu sesi temubual bersama Lagenda Wwe Stone Cold Steve Austin telah menyatakan ketidak puas hatian beliau.

Ambrose berkata di dalam perlawanan Street Fight itu beliau telah merancang untuk bertempur di beberapa tempat yang menarik dan memberi kepuasan kepada penonton, tetapi Lesner tidak berminat untuk ikut apa yang dirancang dan Lesner telah menewaskan Ambrose dengan perlawanan yang agak hambar.

Ambrose telah meninggalkan Wwe pada tahun lalu dan beliau telah menandatangani kontrak bersama Aew. Hasilnya kini beliau adalah salah seorang bintang yang sangat besar di Aew dan membawa watak sebagai Jon Moxley.

# 4 Kurt Angle

Dalam perjalanan menuju ke acara WrestleMania 19 pada tahun 2003. Lesner telah memenangi acara Royal Rumble pada ketika itu. Sebagai ganjaran menjadi juara, Lesner telah memilih untuk bertemu Kurt di pentas WrestleMania bagi merebut Kejuaraan Dunia yang disandang oleh Angle pada ketika itu.

Jalan cerita untuk perlawanan mereka berdua juga sangat menarik. Dengan kedua-dua mereka mempunyai latar belakang gusti, para penonton begitu teruja untuk melihat aksi mereka berdua apa lagi aksi itu di adakan di pentas terbesar Wwe WrestleMania.

Di WrestleMania 19, Lesnar telah mengalahkan Angle di kemuncak Acara WreslteMania itu.dalam acara utama. Perlawanan mereka berdua itu sangat menghiburkan para penonton. Kalau nak tengok “Suplex City” yang sebenar anda harus menonton semua perlawanan mereka berdua itu.

Dalam perlawanan penuh aksi itu Lesner hampir sahaja menyebabkan lehernya hampir patah. Perlawanan mereka juga dianggap perlawanan yang paling banyak risiko bahaya. Mujur Lesner berjaya menamatkan perlawanan dengan kedua mereka selamat.

Selepas tamat perlawanan mereka berdua telah berpelokkan lalu menamatkan perselisihan paling bersejarah dalam pentas Wwe itu. Setelah agak lama menyepi dari dunia Wwe, Kurt telah dilanggil semula oleh Wwe untuk meletakkan beliau sebagai barisan “Hall Of Fame” bagi tahun 2017.

Aksi terakhir Angle di pentas WrestleMania adalah ketika beliau berdepan dengan Baron Corbin di WrestleMania 35.

Selepas perlawanan terakhir itu Angle kini sudah bekerja dengan Wwe secara sepenuh masa dibelakang tabir. Apabila ditanya mengenai tugas beliau di belakang tabir menerusi temu bual bersama BT Sport. Beliau menjawab:

Saya gembira, saya suka bekerja di belakang tabir dan menguruskan bakat-bakat baru. Saya akan membantu mereka dengan jalan cerita dan mengatur perlawanan mereka. Selepas selesai perlawanan saya akan beri maklum balas tentang pemerhatian saya.

Bagi saya, walaupun sukar dan mencabar untuk membantu bakat baru namun saya tetap seronok. Saya kini bekerja di bahagian paling penting untuk belakang tabir Wwe dan saya gembira.

# 3 Roman Reigns

Di WrestleMania 31, Brock Lesnar dan Roman Reigns telah bertemu bagi merebut kejuaraan Dunia Wwe. Perlawanan mereka diletakkan di kemuncak acara WrestleMania. Mereka berdua telah menghiburkan para penonton dengan pertembungan yang penuh dengan aksi.

Tapi sayangnya kedua-dua mereka meninggalkan gelanggang tanpa memenangi Sabuk Kejuaraan Dunia Wwe. Ketika pertembungan antara mereka berdua sudah hampir tamat, Seth Rollins telah keluar dan menebus “Money In The Bank” kontrak miliknya dan masuk bertempur menjadikan perlawanan satu lawan satu kepada perlawanan 3 penjuru.

Kerana kepenatan Lesner Dan Roman gagal untuk menghalang Seth Rollins untuk mencipta sejarah menjadi Juara Dunia Wwe pada ketika itu. Seth Rollins menang dan berjaya menjadi Juara Dunia.

Di WrestleMania 34, Reigns sekali lagi mendapat peluang untuk bertarung dengan Lesner bagi merebut Sabuk kejuaraan Universal.

Namun untuk perlawanan ini Roman telah masuk ke Neraka ciptaan Lesner. Jelas kelihatan bahawa Lesner tidak mahu menunggu lama untuk mewaskan Roman.

Lesner telah membuat gerakan penyudahnya F5 sebanyak enam kali keatas The Big Dog itu. Roman juga telah menjadi mangsa Suplex City dalam perlawanan itu. Roman nampak terlalu mudah untuk ditewaskan oleh Lesner dalam perlawanan itu.

Roman Reigns akhirnya berjaya menewaskan Lesner dan merampas sabuk Kejuaraan Universal miliik Lesner di SummerSlam 2018. Namun kejayaan dan kegembiraan beliau itu tidak bertahan lama.

Beliau disahkan kembali menghidapi Leukimia yang pernah menimpa beliau ketika zaman remajanya.

Untuk memfocuskan kepada perawatan dan melawan Leukimia, Roman telah melepaskan Sabuk Kejuaraan Universalnya lalu mengumumkan beliau akan meninggalkan Wwe untuk sementara waktu dan akan kembali selepas beliau berjaya melawan penyakitnya itu.

Reigns membuat kemunculan semula di acara WrestleMania 35 menentang Drew McIntyre dan memenangi pertempuran itu.

Kini Roman sedang menjadi Individu yang penonton kaitkan akan bertemu dengan The Fiend bagi merebut Sabuk Kejuaraan Dunia Smack Down Live di WrestleMania.

# 2 Goldberg

Di WrestleMania 20, Goldberg telah menewaskan Lesner dalam masa yang begitu pantas dan ia adalah perlawanan paling hambar yang melibatkan Lesner.

Jalan cerita yang dibina bagi mempertemukan mereka sangatlah menarik dan ramai yang begitu teruja mahu melihat perlawanan penuh sejarah antara dua gergasi Wwe itu.

Namun dihari kejadian pada acara terbesar WrestleMania para penonton jelas kecewa dengan perlawanan mereka. Goldberg hanya melakukan satu gerakan Spears dan “Jack Hammer” untuk menewaskan Lesner. Ramai penonton yang mengecam Wwe kerana mengatur perlawanan sesingkat itu.

Goldberg mengikuti Lesnar pada tahun 2016, dan kedua-dua raksasa itu berhadapan dengan satu sama lain sekali lagi di Survivor Series 2016. Goldberg menewaskan Lesnar dalam pertarungan itu.

Kemudiannya dalam acara Royal Rumble 2017 Goldberg telah menyingkirkan The Beast dari perlawananan dalam jangka masa beberapa saat sahaja.

Goldberg kemudian mendapat peluang untuk merebut Sabuk Kejuaraan Dunia milik Kevin Owen. Ramai tahu Goldberg pasti akan mendapat perlawanan bagi merebut Kejuaraan.

Setelah sekian lama menghilang dari Wwe sudah pastinya Wwe akan menyediakan sesuatu yang lumayan untuknya.

Goldberg telah berjaya mengalahkan Kevin Owens untuk gelaran Universal. Beliau kemudiannya kembali di atur untuk bertemu Lesner di dalam “Rubber Match” di acara WrestleMania 33.

Lesnar akhirnya berjaya mengalahkan Goldberg di acara terbesar Wwe itu. Goldberg juga seperti Roman untuk pertemuan kedua menentang Lesner. Beliau dibanting berkali-kali dan Lesner menewaskannya dengan Gerakan pemusnah beliau F5.

Setelah tewas di WrestleMania Goldberg telah meninggalkan Wwe. Walau masih ada kontrak bersama Wwe namun beliau tidak mempunyai jadual perlawanan dan beliau berehat panjang. Goldberg membuat kemunculan semula tahun lalu apabila beliau telah di atur bertemu The Undertaker di WWE Super ShowDown.

Bekas Juara Dunia itu kemunculan semula beberapa bulan kemudian, beliau telah menewaskan Dolph Ziggler pada SummerSlam 2019.

Goldberg tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa beliau akan muncul dalam masa terdekat yang jelas beliau masih belom mahu bersara dari gelanggang.

“Ini bukan aksi pertempuran untuk meraikan perpisahan saya, ataupun prestasi terbaik saya, tetapi anda perlu realistik dan mengambil kira semua perkara. Kemungkinan besar saya akan kembali, tetapi bila waktunya saya belom pasti”.

# 1 The Undertaker

Undertaker telah Kembali ketika Brock Lesnar menjadi rookie di Wwe. Mereka berdua telah dipertemukan untuk pertama kali di acara No Mercy pada tahun 2002. Mereka berdua bertempur dalam perlawanan “Hell In A Cell”.

Seperti semua peminat Wwe tahu perlawanan di dalam sangkar ini adalah rumah kepada The deadman itu.

Sangat sukar untuk menewaskan beliau didalam perlawanan seperti itu. Namun Lesner mudah untuk menguasai dan menewaskan Taker dalam perlawanan itu.

Kisah yang sama berlaku lagi pada No Mercy tahun berikutnya apabila Lesner sekali lagi menewaskan Undertaker. Pertembungan mereka waktu itu didalam perlawanan “Biker Chain”.

Selepas hampir dua tahun kembalinya Lesner ke pentas Wwe pada tahun 2012, Undertaker sekali lagi muncul dan menyasarkan Lesner sebagai lawan yang beliau mahukan untuk bertempur di WrestleMania 20.

Dengan jalan cerita yang dibina Lesner dan Taker telah dipertemukan di acara WrestleMania 20. Perlawanan itu adalah antara perlawanan paling bersejarah dalam Wwe.

Undertaker memegang rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan WrestleMania yang beliau sertai dan akhirnya Lesner berjaya mengejutkan semua dengan menewaskan Undertaker.

Rekod milik The Undertaker itu telah bertahan lama dan ramai bintang Wwe lain yang mencuba untuk memecahkannya namun gagal. Ramai peminat yang sangat terkejut dengan kemenangan Lesner.

Hingga Lesner sendiri seolah tidak percaya bahawa beliau sudah berjaya memecahkan rekod kemenangan berturut Undertaker itu.

Pelbagai cerita belakang tabir yang tersebar selepas perlawanan antara mereka. Ada yang mengatakan sepatutnya perlawanan itu dimenangi oleh Undertaker namun Lesner telah melanggar Skrip yang dibina. Paul Heyman sendiri pernah berkata

“Lesner tidak mahu kalah, beliau mahu menewaskan Taker dan mahu namanya sentiasa disebut-sebut sebagai orang pertama menewaskan Taker di pentas WrestleMania. Sekiranya skrip mahukan Taker menang namun Lesner mahu sebaliknya apa yang Wwe mampu lakukan?

Lesner hanya mahu menang dan Lesner yakin Vince Mcmohan tidak akan marah sekiranya apa yang dilakukan Lesner bagus untuk perniagaannya”.

Begitulah kata Paul yang menunjukkan ada kemungkinan perlawanan itu berakhir tidak seperti dirancang. Disitu lah bermulanya kebangkita Lesner menguasai Wwe hingga kini.

Beliau jelas selesa dengan bertempur di acara besar sahaja dan tidak mahu beraksi di acara mingguan.

Lesner sehingga kini masih ada di Wwe dan beliau adalah seorang Juara Dunia di Wwe sehingga hari ini. Manakala Undertaker pula hanya muncul dalam beberapa episod sahaja di Wwe.

Taker perlahan-lahan mahu bersara dari gelanggang dan kemungkinan aksi seterusnya yang kita bakal lihat adalah pada penghujung Februari ini di acara Super Show Down di Saudi.

Ini adalah lima orang yang pernah ditewaskan oleh Brock Lesner di pentas WrestleMania.

Baca yang lain