Polis Indonesia Temui Ladang Ganja Di Daerah Waris

Polis Indonesia berjaya membongkar aktiviti penanaman ganja di daerah Waris seluas satu hektar.

Waris merupakan satu kawasan berdekatan dengan rantau Keeron yang bersempadan dengan Papua, Papua New Guinea.

Jurucakap Polis Papua, Senior Komisioner Ahmad Mustofa Kamal, mengesahkan kepada kompas.com bahawa kawasa seluas satu hektar itu sudah dibersihkan sepenuhnya.

Ahmad Mustofa Kamal berkata: “Hasil siasatan lanjut pihak polis, mendapati bahawa pemiliknya merupakan seorang petani berusia 48 tahun, Laurens Swo.”

Ahmad Mustofa turut mengesahkan kepada wartawan bahawa pihak polis telah menemui 56 pokok ganja ditanam di kawasan tersebut. Dengan ketinggian dari 1.5 meter sehingga 3 meter.

Kawasan tersebut memang agak bahaya, di mana mereka ada menyimpan beberapa senjata, termasuk parang, senang dan busur yang ada lima anak panah.

Indonesia melarang sama sekali penanaman pokok ganja. Laurens kini berhadapan pertuduhan di bawah Akta Undang-Undang Narkotik 35/2009.

Lauren boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda 8 bilion Rupiah (RM 2.3 juta).

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah