Menewaskan Turki 3-0 pada perlawanan pembukaan merupakan kemenangan terbesar Itali di EURO dan mereka mengulanginya ketika menumbangkan Switzerland.
Empat hari selepas itu Leonardo Spinazolla muncul sebagai pemain pertahanan paling menarik di EURO manakala keraguan tentang kecergasan yang dialami oleh Marco Verratti ditampung dengan cemerlang oleh Manuel Locatelli.
Persembahannya ketika menentang Switzerland dianggap kemuncak dari Locatelli. Pemain tengah itu menjaringkan 2 gol -satu dari jarak jauh dan satu lagi bermain 1-2 dengan rakan sepasukannya di Sassuolo, Domenico Berardi.
Aksi dari pemain ini menjadi kebanggaan kelab Sassuolo yang mempunyai sebuah bandar kecil yang mana ekonominya berasaskan pembuatan tekstil.
Disudut lain, Georgio Chiellini mengalami kecederaan selepas perlawanan pertama. Pertahanan berpengalaman itu terpaksa direhatkan pada perlawanan seterusnya.
Tanpa Chiellini, Itali menampilkan permainan panik pada separuh masa kedua dan dilihat bakal mengikut jejak Belanda dan Perancis yang agak hambar pada minggu sebelumnya.
Selepas mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati seawal 2 perlawanan, Itali melakukan rombakan besar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan menurunkan 8 pemain baru.
Jurulatih Itali Roberto Mancini mempunyai kisah sedih apabila langsung tidak beraksi pada Piala Dunia 1990 walaupun tersenarai dalam skuad Azzurri.
Disebabkan pengalaman itu Mancini mahu memberi minit kepada kesemua pemain yang dibawanya dalam kejohanan kali ini.
Salvatore Sirigu, Gaetano Castrovilli, Francesco Acerbi, Bryan Cristante dan Giacomo Raspadori antara pemain yang diturunkan, sekurang-kurangnya pemain ini boleh memberitahu anak cucunya yang mereka merupakan pemain yang beraksi di EURO 2020.
Walaupun menggunakan barisan ke-2 Itali masih mampu menewaskan Wales 1-0 hasil jaringan Mateo Pessina selepas Nicola Barella membuat satu set up menarik di sebelah kiri kotak penalti lawan.
Pessina mendapat peluang berada dalam kesebelasan utama -salah satu faktor terbesar adalah kerana Stefano Sensi dan Lorenzo Pellegrini terpaksa digugurkan pada saat akhir kerana mempunyai masalah kecederaan.
PERINGKAT KALAH MATI
Pada pusingan ke-2 Austria memberi cabaran kuat kepada Itali. Austria berjaya mengikat perlawanan tanpa jaringan dalam 90 minit masa sebenar.
Mancini melihat kepada beberapa pamain di bangku simpanannya seterusnya membawa masuk Federico Chiesa dan Pessina. Kedua-dua pemainnya ini menjaringkan 2 gol pada tambahan untuk menewaskan Autria 2-1.
Seterusnya Itali menutup mulut pengkritik apabila menewaskan pasukan ranking nombor 1 dunia Belgium. Itali dikatakan bernasib baik kerana bertemu dengan pasukan kecil.
Itali tidak akan dilabelkan sebagai pilihan juara selagi mereka tidak mengalahkan pasukan besar.
Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Munich itu Itali lebih dominan berbanding Belgium. Tekanan yang dilakukan oleh Verratti memberi peluang kepada Barella untuk menjaringkan gol pendahuluan.
Kembalinya Cheillini yang pulih dari kecederaan memberi kekuatan maksima dibarisan pertahanan Itali. Pada usia 36 tahun Cheillini masih menikmati setiap minit permainannya di atas padang.
Ketika Spinazolla menafikan peluang yang dimiliki Romelu Lukaku, Cheillini pantas memegang leher Spinazolla dan kelihatan mahu menciumnya.
Bagi Chiellini setiap hadangan yang dilakukan oleh rakan pertahanannya merupakan momen lebih baik berbanding menjaringkan gol.
Namun agak malang dalam perlawanan tersebut Spinazolla mengalami kecederaan serius apabila tendon achillesnya retak dan dia terpaksa melupakan baki saingan.
Rakan sepasukan berkumpul mengelilingi Spinazolla dan berharap yang terbaik untuknya. Pada keesokan, semua pemain memeluknya ketika dia bakal terbang ke Finland untuk menjalani pembedahan tumit.
Gli #Azzurri abbracciano #Spinazzola
Torna presto Leo! 💪🏻#Coverciano#Nazionale 🇮🇹 #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/MVPbtembju— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Vivo_Azzurro) July 3, 2021
LAWAN SEPANYOL
Semua rakan sepasukan berjanji kepada Spinazolla untuk menyelesaikan tugasan di EURO dan mengatakan dia tetap menjadi sebahagian darinya.
Itali menewaskan Sepanyol untuk menempah slot ke perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti. Lorenzo Insigne pantas mengeluarkan jersi Spinazolla sambil bernyanyi.
Pada perlawanan itu Federico Chiesa mengikut jejak ayahnya, Enrico Chiesa -menjaringkan gol di EURO.
Leonardo Bonucci pula berkata ia perlawanan paling sukar yang pernah dihadapi ketika Sepanyol menguasai 70% bola dan membuat hampir 1,000 hantaran.
Alvaro Morata menjaringkan gol penyamaan dan mengheret Itali beradu dalam masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.
Spinazolla yang sudah menjalani pembedahan tumit berada berada di sofa rumahnya menonton perlawanan tersebut. Dia merasa lebih gementar berbanding bermain di atas padang.
Sepakan penalti pertama Itali gagal disempurnakan oleh Locatelli, Cheillini segera memeluk pemain itu bagi meredakan keadaan.
“Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Ia akan baik-baik saja” Chiellini
Sebelum itu Chiellini membuatkan kapten lawan, Jordi Alba begitu ‘kecil’ ketika pengadil perlawanan melakukan lambungan syiling bagi menentukan pasukan mana yang mengambil sepakan dahulu dan pintu gol mana yang akan digunakan.
Gianluigi Donnarumma tangkas menyelamatkan sepakan penalti pertama lawan yang dilakukan oleh Dani Olmo. Seterusnya dia menggagalkan sepakan ke-4 dari Morata.
Jorginho menyempurnakan sepakan ‘kemenangan‘ melalui teknik Jorginho hop. Pemenang Liga Juara Eropah itu memberi pelajaran bagaimana mahu tenang ketika berada dalam tekanan besar.
Ketenangannya setaraf dengan Francesco Totti yang melakukannya ketika bertemu Belanda pada EURO 2000 dan Andrea Pirlo dengan teknik Panenka ketika bertemu England pada EURO 2012.
Bonucci berlari kearah penonton untuk meraihkan kemenangan tersebut dan apabila di mahu kembali ke padang dia dihalang oleh steward yang menyangka dia seorang penyokong yang mahu menceroboh padang.
This was funny last night. Bonucci ran towards the crowd to celebrate. A steward thought he was a fan and tried to stop him getting back on the pitch. He gave her a hug @SonySportsIndia pic.twitter.com/JpDu2wGUTV
— Andy Mitten (@AndyMitten) July 7, 2021
Walaupun penonton diberi kawalan ketat oleh pengawal keselamatan namun ia tidak menghalang Piergianni Pisanu, seorang pembantu kedai melompat melepasi papan iklan dan memeluk pembantu Mancini, Alberigo Evani dan Verratti.
Verratti berganding bahu 2 kali dengn Pisanu kerana menyangka dia adalah Insigne. Selepas menyedari dia bukanlah Insigne, Verratti bertanya ‘siapa kamu’.
PERLAWANAN AKHIR
Itali pulang dengan keletihan. Pengarah prestasi pasukan, Valter Di Salvo menyediakan sesi pemulihan dengan berbaring di atas air sementara itu kumpulan fisio membantu semua pemain untuk kembali bertenaga.
Penganalisis perlawanan pasukan, Antonio Gagliardini dan Simone Contran pula mengumpul data dari StatBomb untuk menilai kekuatan dan kelemahan England.
Bagi Itali kejayaan England mara ke final bukan satu nasib. Setiap perlawanannya dikaji secara terperinci.
Cheillini mengulangi apa yang pernah dia sebutkan -pada pra kejohanan- kepada rakan sepasukannya. Rahsia kejayaan Itali adalah mindset ‘happy go lucky’ dan mempunyai sifat ‘gila’ yang baik.
Untuk menjangkakan Itali bangkit dan menang di Wembley selepas mereka ketinggalan adalah satu perkara yang tidak masuk akal.
Sepanjang kejohanan berlangsung, ia merupakan situasi pertama kali Itali ketinggalan, dan selepas babak pertama berakhir semua melihat ‘football is coming home’ bakal menjadi kenyataan.
Taktikal dan percaturan, Mancini membuat beberapa perubahan dengan membawa masuk Bryan Cristante dan mengeluarkan Barella bagi memberi saingan fizikal kepada pemain England.
Ketinggian dan saiz badan Cristante digunakan sepenuhnya. Cristante kemudiannya dialih ke peranan ‘false 9’ menjadikan percaturan Itali sukar dibaca England dan England mula celaru.
Cristante terlibat dengan jaringan penyamaan apabila dia menanduk bola ke kawasan kotak 6 ela yang berpunca dari sepakan sudut. Verratti kemudiannya menyambung bola itu sebelum disudahkan Bonucci.
Ketinggian Cristante berguna dan percaturan Mancini berkesan.
Chiesa dan Insigne boleh menjadi game changer namum kedua-duanya mengalami kecederaan sebelum masa permaianan tamat.
Ketika permainan mula kemabali kepada England, Chiellini melakukan tactical foul yang mencuri tumpuan ramai dengan menarik jersi Bukayo Saka ketika dia sudah tertewas.
Perlananan berlajutan ke penentuan sepakan penalti, walaupun Jordan Pickford menggagalkan sepakan dari Andrea Belotti dan Jorginho namun aksi Donnarumma lebih cemerlang.
Ia menunjukkan mengapa Paris Saint Germain sanggup membayar €12 juta setahun kepada Donnarumma. Kerana kualiti dan kemampuannya.
Kemenangan tersebut memulihkan reputasi Itali yang gagal ke Piala Dunia pada 2 tahun lepas -dalam tempoh 6 dekad.
Pembantu Mancini, Danielle De Rossi meraih medal kejuaraan keduanya bersama Itali.
Sebelum itu, medal kejuaraan yang dimenanginya sebagai pemain pada tahun 2006 telah dihadiahkan kepada kitman pasukan, Spazzolino yang juga dikenali sebagai ‘berus gigi’. Ia merujuk kepada pekerjaannya membersihkan kasut para pemain.
Kisah Vialli juga memberi inspirasi kepada Itali. Bekas penyerang Itali ini menderita akibat kanser dan perlu berjuang untuk itu.
Apabila Itali mencapai kemuncak dan dia memeluk Mancini dengan penuh emosi membawa pulang Piala yang pernah dimenangi negaranya pada setengah abad yang lalu.
Bagi Vialli dan Mancini yang pernah bersama di Sampdoria, juga digelar sebagai The Goal Twins, kejayaan merangkul Piala Eropah memadam duka kegagalan kalah kepada Barcelona pada final Liga Juara Eropah 1992.