Pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia / Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menewaskan beregeu Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon / Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Pasangan Indonesia tersebut merupakan piligan utama dengan status sebagai no.1 dunia pada ketika ini. Mereka adalah harapan emas Indonesia.
Namun misi Marcus Fernaldi Gideon / Kevin Sanjaya Sukamuljo ditamatkan oleh Aaron Chia / Soh Wooi Yik yang tampil hebat dalam perlawanan ini.
Bukan sahaja menang, malah beregu negara itu menang straight set 21-14 dan 21-17 di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.
Sebelum perlawanan ini, Marcus / Kevin memiliki rekod 7-0 ke atas Chia / Soh.
Marcus / Kevin membuka permainan pertama dengan jaringan 1-0 menerusi serangan pantas Kevin di depan gawang.
Namun, Chia / Soh segera bertindak balas. Mereka malah memimpin untuk mendahului skor 4-1 setelah mengutip tiga mata berturut-turut.
Kelebihan ini berterusan sehingga kedudukan 5-2 dan 8-6.
Marcus / Kevin kemudian marapatkan jurang mata kepada 6-8 setelah Chia / Soh melakukan dua kesalahan berturut-turut.
Namun, sekali lagi Chia / Soh dapat menguasai semula permainan. Memungut dua mata berturut-turut, Chia / Soh juga di hadapan dengan 10-8.
Chia / Soh kemudian menutup separuh set pertama dengan dengan skor 11-8.
Selepas rehat, prestasi Marcus / Kevin terus gagal mengejar pasangan Malaysia itu.
Duo yang bergelar Minions, bahkan ketinggalan sehingga 7 mata dengan pasangan Malaysia mendahului 18-11.
Minions berterusan melakukan beberapa siri kesilapan termasuk servis. Mereka akhirnya kalah 21-14.
Pada set kedua, pasangan Malaysia memulakan rentak dengan baik. Di hadapan dengan 3-1. Namun Indonesia mulai menunjukkan bibit kebangkitan dengan menyamakan skor 3-3.
Aaron Chia / Soh Wooi Yik terus mematikan kebangkitan itu dengan di hadapan 9-5. Sudah ada tanda tanda Minions mulai tidak fokus dan kurang terurus. Mereka sendiri tidak pasti kenapa beregu Malaysia itu kali ini serba menjadi.
Pertengahan set kedua, pasangan Malaysia di hadapan dengan 11-7. Banyak sekali arahan taktikal baru diberikan kepada pasangan Indonesia itu dalam usaha menyelamatkan maruah mereka dan misi negaranya.
Namun Aaron Chia / Soh Wooi Yik terus di hadapan dengan 13-8. Keadaan menjadi agak mendebarkan pada kedudukan 15-13.
Sekali lagi pasangan Indonesia gagal melakukan servis dengan betul dan dia menyalahkan raketnya.
Aaron Chia / Soh Wooi Yik mendapat mata perlawanan dengan 20-16. Dan seterusnya menang 21-17.
Ini menjadikan pasangan Minions itu menjadi no.1 dunia kedua tersingkir selepas Kento Momota semalam.