Aaron Wan Bissaka Burukkan Lagi Krisis Squad Depth United

Manchester United sudah berdepan dengan krisis kecederaan yang agak teruk pada masa ini. Dan terbaru Wan Biasakan pula masuk dalam senarai.

Isu kecederaan bukan perkara yang dimahukan oleh United pada masa ini terutama sekali di barisan pertahanan.

Mereka kehilangan Tyrel Malacia dan kemudian Luke Shaw di bahagian kanan. Kini United kehilangan pula khidmat Aaron Wan Bissaka.

Menurut outlet sukan terkemuka, The Athletic, Man United menjangkakan bahawa Wan Bissaka akan berehat kira kira dua bulan kerana kecederaan di bahagian hamstring.

Kini United ada 10 pemain yang berada dalam senarai kecederaan.

Dan berikut senarai pemain United yang cedera pada masa ini:

1. Tom Heaton

2. Luke Shaw

3. Tyrell Malacia

4. Raphael Varane

5. Aaron Wan Bissaka

6. Kobie Mainoo

7. Mason Mount

8. Amad Diallo

9. Tom Heaton

10. Sofyan Amrabat

Bagi Sofyan Amrabat pemain itu sebenarnya hampir gagal dalam ujian medikal selepas didapati ada kecederaan. Namun United meneruskan usaha mendapatkan pemain itu dengan menganggap kecederaan itu kecil dan boleh sembuh segera.

Amrabat kemudian dipanggil oleh Maghribi untuk tugasan antarabangsa. Dan dia mengalami kecederaan lagi di sesi latihan.

Rasmus Hojlund pula baru sahaja cergas. Dan masih tak disarankan bermain 90 minit dalam aksi menentang Arsenal. Perkara itu disahkan sendiri oleh Erik Ten Hag yang menyatakan bahawa dia mendengar penyokong United mengamuk ketika Hojlund dikeluarkan.

Namun dia terpaksa mengeluarkan pemain itu kerana dia hanya disarankan beraksi sekitar 60 minit oleh doktor.

Dengan senarai kecederaan yang teruk melanda Man United masa ini. Jumlah Squad depth United terus menipis pada masa ini.

Hal ini kerana ada dua lagi pemain tidak tersedia untuk bertugas pada masa ini. Jadon Sancho dihukum menjalani pengasingan daripada pasukan utama kerana masalah disiplin.

Dia tidak dibenarkan berlatih atau bermain selepas dia menolak untuk meminta maaf.

Seterusnya Antony diberikan rehat oleh kelab kerana masih dalam proses melawan kes polis berkaitan keganasan domestik yang didakwa ke atasnya.

Ini adalah peluang untuk pemain pemain muda United menunjukkan potensi mereka. Antaranya Hannibal Mejbri yang menjadi penjaring gol ketika aksi menentang Brighton. Dan juga Facundo Pellistri.

Walaupun pasukannya bergelut dengan masalah kecederaan dan ketiadaan dua pemain senior yang digantung dan direhatkan, Erik Ten Hag tetap mensfikan skuadnya sedang dalam krisis. Kerana menurutnya, Man United masih ada segala kualiti yang diperlukan untuk bersaing.