Stephen Thompson menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak hairan ketika mendengar lapran Khabib Nurmaogmedov tidak tertarik langsung dengan idea pertarungan menentangn Georges St-Pierre (GSP).
Ketika masih berkarier, Khabib seringkali menganggap GSP sebagai salah seorang petarung yang dia sangat ingin untuk jumpa.
Ini kerana menurut Khabib, GSP adalah petarung UFC sejati dan hanya fokus kepada pertarungan, bukannya seperti McGregor yang terlalu banyak trash talk dan mencaci maki lawannya.
Namun selepas itu, Khabib bersara daripada UFC atas faktor keluarga. Dia mahu menjaga ibunya dengan lebih banyak perhatian selepas kematian ayahnya.
Dana White dikatakan cuba mengatur pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dengan George St Pierre. Ianya lebih kepada pertarungan pertunjukkan.
Tawaran itu malah tidak dipandang sebelah mata oleh Khabib Nurmagomedov. Thompson berkata, salah satu daripada sebab kenapa petarung dengan rekod 29-0 itu tak mengendahkan tawaran seperti itu, kerana pertarungan itu lebih bermotifkan wang berbanding kesukanan.
Thompson berkata: “Saya tak hairan Nurmagomedov tak pedulikan langsung tawaran itu, kerana dia adalah manusia yang tidak pernah menjadikan wang sebagai motivasi utamanya untuk melakukan sesuatu.’
“Oleh sebab itu, dia tak akan keluar daripada persaraannya. Apabila kamu melihat Khabib, dia seorang yang sangat terhormat, sangat sangat dihormati, seorang yang jujur.”
“Dan jika dia sudah kata dia akan lakukan sesuatu perkara, dia akan benar benar melakukannya. Saya tahu, ketika dia menyatakan dia akan bersara, dia benar benar mahu bersara. Kamu boleh tengok di matanya ketika itu, dan cara dia bercakap.”
“Dia tak akan kembali ataupun keluar daripada persaraannya, sebab kalau dia dah cakap tak nak kembali, kamu tahu apa yang kamu boleh jangkakan daripadanya.”
“Dia jujur, tak cakap berbelit, kecualilah ada tawaran wang yang benar benar mengarut ditawarkan. Tapi saya rasa dia bukan manusia yang termotivasi kerana wang.”
“Dia mahu melakukan sesuatu dengan menjaga prestijnya, dan kejayaan sebagai seorang pertarung terbaik di dunia. Dia adalah The GOAT! Petarung terbaik di dunia.”
Selepas itu, GSP mendedahkan kenapa pertarungan antara beliau dan Khabib tak pernah menjadi kenyataan. Menurut beliau, UFC sebenarnya tidak benar benar serius dalam pertarungan tersebut.
GSP berkata: “Pada pandangan saya, ianya sesuatu yang berbaloi untuk bertarung dengan Khabib sebab dia tak terkalahkan. Dia mungkin seorang yang paling dominan di dalam kariernya selama ini, dan saya tak tahu pun, kalau ada dia kalah dalam mana mana pusingan.”
“Jadi kami ada bercakap tentang pertarungan ini dengan UFC dan saya tahu Khabib sukakan pertarungan ini, saya nakkan pertarungan ini, namun UFC ada perancangan lain.”
Dana wouldn't allow GSP to box Oscar De La Hoya.
GSP explains after that, Dana asked him about a fight with Khabib.#themmahour pic.twitter.com/QI09eC4khf
— Jed I. Goodman © (@jedigoodman) August 18, 2021
Kisah Khabib pernah tolak tawaran $100 juta untuk pertarungan tak berfaedah
Pada Oktober 2020, Khabib Nurmagomedov mendapag dua tawaran dari Timur Tengah untuk bertarung dalam aksi yang lebih kepada buat duti.
Pertamanya dengan Connor McGregor dan kedua adalah tawaran untuuk bertinju Floyd Mayweather pula.
Ketika itu, Khabib sedang fokus dalam persiapan menentang Justin Gaethje. Connor McGregor beberapa kali mencabarnya untuk rematch.
Nurmagomedov dilaporkan ditawarkan $100 juta ataupun sekitar RM415 juta. Dipetik dari Yahoo Sports, Khabib berkata:
“Mayweather adalah cabaran baru. Mayweather adalah salah seorang petarung terhebat sepanjang zamam, 50-0,”kata Khabib.
“Rasanya ini semua gila. Saya mahu fokus pada Justin Gaethje. ”
“Setiap bulan, beberapa orang dari Arab Saudi, dari Emirates, dari banyak negara, seperti selalu berusaha membuat kontrak dengan saya.”
Mayweather sebelum itu bersara sebagai profesional pada tahun 2017, setelah menewaskan seteru UFC, Khabib Nurmagomedov, iaitu Conor McGregor.
Tetapi dia telah mendedahkan bahawa dia akan kembali bertinju sekiranya ada tawaran bertinju dengan McGregor ataupun Khabib Nurmagomedov.
Mayweather meminta £500 juta / RM2.67 juta untuk bertemu dengan salah seorang daripada petarung tersebut.
Khabib Nurmagomedov, mengatakan bahawa perbincangan masih berlangsung, tetapi tertumpu pada pertarugannya melawan Gaethje, 31, di acara UFC 254.
Bintang UFC sebenarnya dilarang secara kontrak untuk bertarung di luar octagon.
Tetapi pada tahun 2017 mereka mengizinkan McGregor, 32, untuk membuat debut menguntungkan menentang Mayweather, yang dikalahkannya dalam sepuluh pusingan.
Apa kepuasannya menang pertarungan seperti itu?
Khabib merasakan idea menentang Mayweather itu adalah mengarut dan semata mata membuat wang. Dia sendiri ditawarkan wang yang besar, namun Khabib mempersoalkan: “Adakah saya akan merasai kepuasaan dengan pertarungan seperti itu?”
“Saya berkata,” Sekarang. Saya seorang petarung UFC. Tolong, saya mahu fokus pada karier saya di UFC kerana saya mempunyai kontrak. ”
“Saya menandatangani kontrak, saya harus mengikuti kontrak, saya harus setia kepada orang-orang ini kerana seperti lapan tahun yang lalu saya menandatangani kontrak dengan orang-orang ini dan orang-orang ini memberi saya hampir semua yang saya ada dalam karier saya.
“Tetapi sekarang, saya tidak ingin menjadi seperti ular, ini bukan gaya saya. Tolong, apabila kontrak saya tamat, baiklah kita akan bercakap. Atau, jika anda mempunyai pertanyaan serupa, berbincanglah dengan UFC, kerana saya mempunyai kontrak dengan UFC. ”
Pada Februari 2020, Khabib Nurmagomedov, telah menolak tawaran $100 juta dari Arab Saudi – agar beliau menerima Rematch dengan Conor McGregor.
Pihak Arab Saudi mendengar sebelum ini kem Khabib Nurmagomedov meminta $100 juta bayaran untuk mereka jika mahukan rematch itu.
Khabib meletakkan harga itu kerana merasakan tiada orang yang sanggup membayar mereka angka sebanyak itu untuk rematch yang beliau rasakan tak perlu.
Khabib kemudian menyatakan jika UFC ada wang sebanyak tu nak bagi kat beliau, adalah lebih baik orang itu didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Khabib Nurmagomedov kali ini dikejutkan dengan satu tawaran datang daripada pihak Arab Saudi.
Pihak tersebut dikatakan sanggup membayar Khabib angka tak masuk akal itu untuk rematch dengan Conor McGregor.
Khabib memberikan respon yang sama dengan sebelum ini. Beliau berkata: “Anda sanggup membayar saya $ 100 juta untuk membelasah orang bodoh itu lagi.”
“Saya tidak fikir tawaran seperti ini masuk akal,” katanya.
Menyedari tentang tawaran dadi Riyadh, Nurmagomedov menyatakan bahawa wang yang ditawarkan itu tidak memotivasikan beliau sambil menambah bahawa dia tidak berminat untuk berhadapan dengan McGregor buat masa ini.
Pak Arab tak faham sarcasm
Khabib Nurmagomedov kemudian mencadangkan pihak berkuasa Saudi agar memberikan jumlah wang sebesar itu kepada orang yang memerlukan atau membelanjakannya untuk inisiatif kebajikan.
Bukan pertama kali
Khabib Nurmagomedov sudah beberapa kali dicabar oleh Conor McGregor untuk pertarungan ulangan. Namun sudah beberapa kali beliau menolaknya.
Alasan Khabib menolak adalah kerana, pertarungan yang dikehendaki McGregor itu semata-mata nak membuat duit dan melupakan isu kesukanan.
Kedua dua petarung bertemu di octagon pada Oktober 2018 dalam acara utama UFC 229. Di mana Nurmagomedov ketika itu menewaskan McGregor dengan tap out oleh Conor McGregor pada pusingan keempat.
Khabib berkata, beliau hanya akan bertemu dengan McGregor semula sekiranya memang kedua-duanya dijadualkan untuk berebut kejuaraan selepas beberapa kemenangan dengan lawan masing-masing.
Bukannya, satu pertarungan yang diatur hanya kerana mahu melihat mampukah McGregor membalas dendam.
Khabib yang memegang tali pinggang kejuaraan menegaskan, ia akan membuatkan lawan yang lain rasa tak adil. Semua orang menunggu masa mereka untuk mendapat peluang merebut kejuaraan.
Bukannya mudah untuk melakukannya, selepas memenangi beberapa pertarungan sukar. Misalnya Tony Ferguson yang sudah menewaskan lawannya dalam beberapa siri pertarungan. Dan anda bayangkan, tiba – tiba McGregor yang diberikan peluang untuk pertarungan perebutan kejuaraan.
McGregor Tuduh Nurmagomedov Pengecut!
McGregor kemudian menuduh Khabib sebagai pengecut kerana tahu dia akan kalah. Malah McGregor menyatakan semua orang dah setuju kecuali Khabib yang mahu melarikan diri.
“Dia (Nurmagomedov) goyang (trembling). Dia seorang pengecut. Dia tak mahukannya. Dia tak inginkan pertarungan ulangan antara kami.”
“Dia cuba untuk mengelak kekalahan sekali lagi. Saya dah dapat menghidu tindak tanduknya.”
“Dia pengecut, itu sahaja.”
“Semua orang mahukan pertarungan ulangan ini. Bos Dana White mahukannya. Kita semua mahukannya. Dia boleh megelak namun dia tak boleh menyembunyikan diri.”
“Saya sudah tak sabar untuk bertarung semula dengan dia.”
"I just smell shit, that's all it is. He's afraid and that's it but everyone wants it. The boss wants it, Dana wants it, we all want it. So he can run but he cannot hide." – Conor McGregor on a rematch with Khabib Nurmagomedov (via @Maclifeofficial) pic.twitter.com/OaU1dsY0Na
— Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) January 3, 2020
Selepas kemenangan McGregor ke atas Donald Cerrone, beliau sekali lagi mencabar Khabib untuk pertarungan ulangan.
Khabib Bukan Mata Duitan!
Namun Khabib menjelaskan bahawa, beliau meletakkan angka itu kerana mahu melihat, ada ke orang yang bodoh sanggup membayar mereka jumlah wang sebanyak itu, hanya semata-mata mahu menyaksikan pertarungan ulangan yang diatur tanpa melalui proses merit?
Khabib berkata: “Nak beri saya $100 juta (RM412 juta) untuk mengalahkan si bodoh itu sekali lagi? Saya tak fikir ia rasional.”
🔥 '$100m to beat up that idiot again? I don't think that's rational'
Khabib speaks on the potential of a Conor McGregor rematch…@TeamKhabib @TheNotoriousMMA
MORE: https://t.co/GALqldpXJa pic.twitter.com/5fG4xheo7f
— RT Sport (@RTSportNews) February 4, 2020
Apa Saya Nak Buat Dengan Duit Sebanyak Tu?
Berbalik kepada isu pertarungan semula yang diidamkan oleh McGregor, Khabib berkata: “Bagaimana kami boleh membincangkan pertarungan semula itu.”
“Semua orang dapat lihat apa yang telah berlaku di octagon ketika menentang McGregor. ”
“Saya menguasai pertarungan sejak dari awal lagi. Jadi apa maknanya pertarungan semula ini? Hanya semata-mata nak meraikan duit?
Wartawan bertanya sekali lagi tentang pandangan beliau. Dan Nurmagomedov berkata: “Saya tak fikirkannya sama sekali.”
“Saya tak perlukan duit sebanyak itu [100 juta (RM412 juta)]. Banyak lagi organisasi kebajikan di luar sana yang memerlukannya. Maka, ada lebih baiknya UFC menyumbangkan wang itu kepada mereka, jika UFC tak tahu apa nak buat dengan wang sebanyak itu.”
🗣 Khabib's response to the $100m offer to fight Conor McGregor. pic.twitter.com/HVwPfIJkto
— Oddschanger (@Oddschanger) February 5, 2020
“Jika UFC mahu memberikan saya $100 juta untuk mengalahkan dia sekali lagi. Saya rasa ia perkara tak rasional.”
Khabib kemudian menegaskan bahawa fokus beliau ketika adalah untuk persiapan menentang Tony Ferguson. Pertarungan yang terpaksa dibatalkan kerana beliau tersekat di Rusia kerana lockdown.
Sebagai tambahan, Khabib dan arwah ayahnya menggunakan wang kemenangan mereka dalam UFC untuk membina gym bagi mencungkil bakat baharu di tempat mereka.
Khabib selepas itu menyatakan, beliau tak akan rematch dengan McGregor hanya kerana wang. Dan beliau merasakan itu tak adil untuk petarung lain yang mahu merebut tali pinggang kejuaraan daripada beliau.
Pendirian beliau teguh sehinggalah beliau bersara.