Abang Bard Menang Anugerah Olahragawati Tahunan New Zealand Walaupun Tak Menang Apa Apa Dalam Kariernya

New Zealand akhirnya mencipta rekod baru dalam dunia sukan apabila menghadiahkan Laurel Hubbard sebagai Olahragawati Wanita 2021.

Walaupun ianya bukan anugerah daripada kerajaan New Zealand, tetapi anugerah sukan daripada Universiti Otago itu sebenarnya sangat beprestij di New Zealand.

Laurel Hubbard, kita gelar abang Bard je la ye, telah mencipta sejarah menjadi atlet lahir sebagai lelaki pertama yang menang anugerah olahragawati tahunan negaranya, dalam mana mana anugerah.

Sebelum ni, bang Bard menjadi atlet t r a n sjantina pertama beraksi di Olimpik selepas peraturan baharu IOC memperkenalkan sistem baru menggunakan kadar hormon untuk membenarkan atlet tukar bebird bertanding dalam acara wanita.

Korang kena faham, aku kena banyak berkias, sebab google dan dua kali warning aku pasal artikel t r a n s ni, dan tak dapat iklan terus daripada dia. Gila kan?

Kita sambung cerita. Abang Bard yang berusia 43 tahun sebelum ini dianggap wira di kalangan golongan pelangi kerana memecah tradisi di Olimpik dan kini memecah tradisi di dunia sukan New Zealand.

Hubbard, 43 tahun, pertama kali mengumumkan pada bulan Jun bahawa dia adalah atlet transs pertama yang dipilih untuk Olimpik. Namun ketika itu tiada kata rasmi daripad IOC.

Kerana ianya masih di peringkat persatuan angkat berat antarabangsa yang menyokong Hubbard.

Dia berkata: “Saya bersyukur dan rendah hati dengan kebaikan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya oleh begitu banyak daripada warga New Zealand.”

Walaupun pengumuman ini menimbulkan beberapa reaksi, presiden IOC Thomas Bach mengulangi peraturan yang berubah pada tahun 2015 yang bermaksud bahawa wanita transgender dapat bersaing di Olimpik selagi tahap testosteron berada di bawah 10 nanomol seliter sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan pertama mereka .

Bach menyebut bahawa peraturan ini telah “ditetapkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa sebelum peringkat kelayakan bermula. Bach menambah: “Peraturan ini sudah lama ada, dan anda tidak dapat mengubah peraturan semasa pertandingan berlangsung.”

Walaupun terdapat ramai penyokong untuk penyertaan transgender, namun beberapa saintis berpendapat bahawa ada kelebihan bagi mereka yang telah melalui akil baligh sebagai lelaki kerana ada kemungkinan lebih besar untuk memiliki kepadatan tulang dan otot yang lebih tinggi.

Bach pula dengan yakin menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas diteliti dengan sedalamnya oleh semua pihak dan menganggap ini adalah penting untuk mengkaji semula peraturan pada masa akan datang.

Impian berkubur

Bang Bard bertanding dalam acara atas 87kg pada Tokyo 2021 dan pulang awal. Dia bergelut nak mengangkat 120kg snatch dan percubaan 125kg.

Dia tersingkir dari pertandingan 87 kilogram wanita lebih awal setelah gagal dalam ketiga-tiga percubaannya. Tidak lama selepas itu terus mengumumkan persaraannya.

Sekaligus memadamkan impiannya yang mahu menang pingat emas untuk negaranya dan komuniti songsang.

Hubbard gagal dalam percubaan pertamanya, gagal mengangkat 120kg namun masih ada peluang. Dia kemudian mencuba berat 125 kg, dan meraikan kejayannya dengan mengenggam penumbuk tanda kegembiraan.

Malangnya pengadil menyatakan bahawa itu bukan angkatan sah dan dilabel no lift.

Dia cuba sekali lagi, dan terus gagal. Daripada kesemua 12 peserta wanita, dia menjadi satu satunya jantan yang gagal melakukan walaupun satu angkatan.

Dia akur dengan kegagalan gagal menewaskan wanita lain. Dan berkata: “Terima kasih banyak atas minat anda terhadap persembahan sukan saya yang rendah hati malam ini,” kata Hubbard kepada media.

“Saya tahu dari perspektif sukan saya tidak memenuhi standard yang saya tetapkan.”

Hubbard terus mengucapkan terima kasih kepada peminat di New Zealand, orang Jepun dan sebilangan organisasi sukan termasuk Persekutuan Gimnastik Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik New Zealand.

“Saya tahu penyertaan saya dalam permainan ini tidak sepenuhnya tanpa kontroversi,” kata Hubbard, menyebut dia melalui beberapa “masa yang sukar.”

Dia kemudian memuji Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kerana membenarkannya bertanding di Tokyo untuk menjadi atlet transgender pertama yang lahir sebagai lelaki yang bertanding dalam acara wanita.

“[IOC] sangat menyokong dan saya fikir mereka telah menegaskan semula prinsip Olimpik bahawa sukan adalah sesuatu yang dapat dilakukan oleh semua orang di seluruh dunia, bahawa ia adalah inklusif dan usaha itu berjaya,” kata Hubbard.

Atlet berusia 43 tahun itu lahir secara biologi sebagai lelaki. Namun memilih untuk menukar jantina pada usianya 30 tahun. Dengan dunia dilanda wabak, Olimpik Tokyo mengenakan beberapa kelonggaran baharu kepada atlet dalam aksi kelayakan termasuk angkat berat.

Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun selepas itu dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.

Hubbard sudah lama bertanding dalam sukan ini. Namun dia tak pernah menang sebarang kejuaraan dalam kategori lelaki. Maka dia beralih ke kategori perempuan itu pun dia berkicap kena dengan lawan dia.

Tak menang tak apa

Walaupun tak menang apa apa dan hanya mencipta rekod membawa kerandutnya dalam acara wanita, itu sudah cukup membuatkan Hubbard memenangi anugerah olahragawati tahunan.

Anugerah ini menjadikan dia sebagai atlet pertama yang tukar peralatan sulitnya dan menang kategori wanita dalam sejarah sukan 113 tahun negara itu.

Dia menerima anugerah itu dari Universiti Otago. Hubbard berterima kasih dengan kebaikan dan kemuliaan hati staf dan pelajar di situ.

Dalam ucapannya, bang Bard berkata: “Sebenarnya, sangat mustahil untuk atlet macam I ni nak bertanding dalam olimpik tanpa sokongan daripada rakan rakan, keluarga dan peminat.”

“I nak cakap, anugerah ni milik kita semua gais. Kepada you all semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Bard ke Olimpik.”

“Lebiu all.”

Baca yang lain