Abang Cari Adik Yang Terpisah 24 Tahun Untuk Lunaskan Dendam Dan Menikamnya

Seorang lelaki dari Itali meluangkan masa 24 tahun untuk mencari adiknya hanya untuk meniikamnya.

Martin Rabanser, 35, telah didatangi oleh abangnya Ivo, 42, dengan sebilah pisau di tangannya.

Peguam kepada Martin iaitu, Nicola Nettis berkata: “Selepas 24 tahun, Martin tidak mengenali penyerangnya dan terkejut. Dengan nada yang kuat dia bertanya ‘Siapa kamu, apa kamu mahu? Ivo membalas, aku ni abang kamu, dah tak kenal ke?”

Kejadian itu berlaku di Sevla di val Gardena. Itulah pertama kali kedua dua adik beradik bertemu sejak Ivo meninggalkan rumah 18 tahun lalu, selepas kematian ayah mereka.

Menurut laporan, Ivo berdendam kerana marah berkaitan harta pusaka daripada ayahnya. Di mana rumah keluarga mereka telah diwariskan kepada Martin. Sejak daripada hari itu, Ivo berdendam dengan Martin, menganggap ayahnya sebagai pilih kasih.

Nicola tidak faham kenapa Ivo tidak menyelesaikan perkara itu segera sebelum ini? Sebaliknya pergi menghilangkan diri dan kemudian mencari semula adiknya itu.

Nicola berkata: “Dia tak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka oleh mendian ayahnya. Di mana ayahnya mewariskan rumah mereka atas nama Martin.”

“Ramai orang akan menyelesaikan perkara seperti ini di mahkamah menggunakan peguam – bukannya menghilang lebih 2 dekad dan kemudian muncul dengan pisau.”

Ivo meninggalkan rumah pada 1997. Keluarganya mencarinya termasuk memasuki rancangan jejak kasih di tv. Mereka buntu kerana Ivo tetap tak ditemui.

Adiknya sekarang banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk menambahkan lagi pengetahuan sasteranya. Dia juga melakukan kerja kerja sambilan yang lain.

Ivo dikatakan berjaya menemui di mana adiknya berada dan berkemah di dalam hutan untuk memerhatikan gerak geri adiknya.

Sehinggalah suatu hari dia menceroboh masuk ke rumah Martin, yang turut didiami isteri dan anak anak Martin. Ivo membawa dua bilah pisau bersamanya.

Ketika itu Martin sedang tidur, dan Ivo mengejutkannya lalu menikamnya berkali kali di bahagian dada.

Peguam Martin menuduh Ivo menyerang adiknya dengan niat cuba untuk membunuhnya.

Mujur isteri Martin yang ketika itu berada di bilik yang sama cuba menyelamatkan suaminya daripada dibunuh oleh Ivo. Namun isteri Martin telah disembur oleh Ivo dengan penyembur lada. Ivo terus melarikan diri.

Martin kemudian dikejarkan ke hospital dan bertarung nyawa di unit rawatan rapi.

Baca yang lain