al nassr acl

Abang Do Dan Al Nassr Gagal Ke ACL Elite

Perlawanan Liga Pro Saudi antara Al Nassr dan Al Taawoun semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Awwal Park.

Cristiano Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan ini kerana mengalami masalah kesihatan.

Al Nassr membuka tirai jaringan pada awal separuh masa kedua melalui pemain tengah Portugal, Otavio, yang menyempurnakan hantaran silang daripada Abdulmajeed Al-Sulaiheem.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Roger Martinez menyamakan kedudukan untuk Al Taawoun pada minit ke-70 dengan rembatan rendah ke penjuru kiri bawah gawang.

Walaupun Al Nassr menguasai hampir 70% penguasaan bola, mereka gagal memanfaatkan peluang untuk menambah jaringan. Peluang keemasan daripada Jhon Duran dan Sadio Mane berjaya dinafikan oleh penjaga gol Al Taawoun.

Dengan keputusan ini, Al Nassr kekal di tangga keempat liga dengan 64 mata daripada 32 perlawanan, ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Al Ittihad. Al Taawoun pula berada di kedudukan kelapan dengan 42 mata.

Ketiadaan Ronaldo jelas dirasai dalam perlawanan ini. Dan Al Nassr sekali lagi terlepas gellaran liga musim ini kerana terlalu bergantung kepada CR7.

Sedangkan di bahagian lain terutama pertahanan, Al Nassr agak mengecewakan.

Al Nassr membawa masuk Jhon Duran untuk mengurangkan beban daripada bahu Abang  Do.

Mereka membayar £65 juta untuk mendapatkan Jhon Duran dari Aston  Villa. Malangnya skuad Al Nassr terus gagal memenangi sebarang trofi musim ini.

Mereka disingkirkan daripada ACL musim ini oleh Kawasaki Frontale di peringkat separuh akhir.