Abang Garnacho Sound Ferdinand Kerana Fitnah Lionel Messi Unfollow Adiknya

Sebelum ini Rio Ferdinand mendedahkan bahawa ada rakannya memberitahunya bahawa Lionel Messi telah menyahikut Alejandro Garnacho di Instagram. Hanya kerana pemain itu memberitahu bahawa GOAT adalah Ronaldo ketika dia berada di kem kebangsaan Argentina.

Ferdinand ketika itu memuji gol lipat Garnacho dan berkata: “Kawan saya cerita, Messi unfollow budak ni sebab dia dengan terbuka cakap, saya tak peduli saya geng Ronaldo. Siapa GOAT? Ronaldo. Itu ketika dia berada di dalam skuad kebangsaan Argentina.

Oleh sebab itu abang Garnacho telah membidas Ferdinand dengan meminta agar legenda Man United itu berhenti menyebarkan fitnah dan kebencian.

“Tak benar, Messi tak pernah follow dia [Garnacho] sekalipun [macamana dia nak unfollow]. Sudah sudahlah mereka reka cerita hanya untuk menimbulkan kebencian. Garna [Alejandro Garnacho] mengagumi kedua duanya [Ronaldo dan Messi]. Dan kamu semua cuba mencipta permusuhan?

Ferdinand yang sedar akan kritikan itu telah membalas kepada abang Garnacho bahawa dia mungkin tak faham maksud sarcasm. Ferdinand tidak serius pun, kata beliau: “Itu cuma sarcasm je bro.”

Peminat Messi ternyata tidak boleh menerima komen balas Ferdinand kerana menurut mereka bekas bek tengah antarabangsa England itu jelas ada agenda tersendiri ketika dia menceritakan berita yang tak pasti lagi kesahihannya.

Garnacho memang dikenali sebagai peminat tegar Ronaldo dan pernah melabel pemain itu sebagai GOAT. Namun dia juga mengiktiraf Messi sebagai GOAT.