Abang Lingard Kecam Manchester United Tak Adakan Majlis Perpisahan Dengan JLingz

Apa kepada Jesse Lingard telah menggoncang dunia media sosial dengan mengecam Manchester United yang menurutnya tidak menunjukkan ‘class’ mereka.

Abang Jesse Lingard, Louie Scott, mengkritik Manchester United kerana tidak menurunkan adiknya dalam perlawanan menentang Brentford. Di mana itu merupakan aksi terakhir Man United musim ini di Old Trafford.

Jika bermain, Lingard berpeluang untuk muncul di hadapan peminat Man United mungkin buat kali terakhir di Old Trafford. Ralf Rangnick memutuskan memberikan peluang kepada Juan Mata dan Matic untuk menerima tepukan daripada peminat sebagai tanda salam perpisahan.

Kedua dua pemain sudah mengesahkan bahawa mereka akan pergi meninggalkan kelab selepas tamat musim ini. Lingard juga sedang mencari kelab baharu untuk musim depan.

Dalam perlawanan itu, Lingard duduk di bangku simpanan dan tidak bermain sama sekali. Kontrak semasa Lingard akan berakhir pada akhir musim ini.

Abang Lingard membidas Manchester United

Selain daripada Matic dan Mata, Manchester United turut menurunkan Phil Jones dan Edinson Cavani dari bangku simpanan.

Kesemua mereka dikatakan akan meninggalkan Manchester United musim depan. Selepas perlawanan menentang Brentford, abang Lingard, Louie Scott segera mengkritik Red Devils.

Dalam catatannya di Instagram Story, dia mengkritik keputusan United untuk tidak memberikan ucapan selamat tinggal kepada Jesse Lingard.

“20 tahun keringat dan air mata, 4 trofi domestik, 3 gol final pertandingan piala, malah tak ada langsung [majlis perpisahan]. Tidak hairanlah mereka akan bermain dalam Liga Persidangan [UEFA Conference League] tahun depan.”

“Menyerang pemain kerana keraian, ketika kelab dijual kepada liga super adalah ok. Kelas 92, Busby Babes, anda dikendalikan oleh orang yang tidak tahu peraturan ofsaid. Tanpa kelas dan peminat perlu sedar tentang itu. Selamat malam,Tuhan merahmati!”

“Berada di sana sejak umur sembilan tahun dan tidak mendapat hadiah perpisahan pun!!! Syabas dik, keluarga kamu bangga.” sindiran abang Lingard.

Para peminat Man United kemudian mengecam kembali abang Lingard. Mereka bertanya, apa yang sampai berpeluh dan mengalir air mata Lingard lakukan?

Ibarat Lingard berbakti kepada kelab itu seperti Ryan Giggs. Mereka menganggap Lingard bernasib baik kerana sempat merasai bermain dengan generasi emas Man United.

Lantas mereka mengingatkan abang Lingard bahawa dia dan keluarganya harus berasa berterima kasih kerana bernasib baik.

Seorang lagi peminat Man United berkata:

“20 tahun kat kelab ni, dan tidak dapat mencapai standard diperlukan.”

“Menolak tawaran kelab lain untuk duduk di bangku simpanan dan mendapat gaji [besar]”

“Membocorkan perbincangan di bilik persalinan kepada dunia luar”

“Pemain bola sepak separuh masa dan penari sepenuh masa.”

“Pemergian yang bagus Lingard. Berambus.”

Abang Lingard antara yang dikaitkan dengan kebocoran perbincangan di bilik persalinan Man United sebelum ini.

Alexei berkata: “Van Persie memberikan kita kejuaraan liga dan tidak mendapat majlis perpisahan juga, jadi tak mungkin Lingard diberikan majlis tersebut kerana ketidaksetiaannya.”

Sebelum ini Lingard pernah mendesak untuk dilepaskan ke kelab lain. Dan dikatakan kecewa kerana Rangnick enggan menjualnya.

Ada juga peminat meminta Lingard melihat kelakuan Mata dan Matic yang selayaknya mendapat upacara perpisahan.

Mata masih melayan peminat United yang mahu bergambar kenangan dengannya walaupun dalam hujan.

Jesse Lingard merupakan pemain graduan akademi Man United. Beliau menjadi pemain akademi yang berjaya mendaki tangga dalam kariernya sehingga menjadi pemain antarabangsa England.

Lingard memuat naik gambarnya ketika masih kecil lagi di padang latihan Man United.

Sepanjang bersama Man United, Lingard bermain 232 perlawanan, 35 gol dan 21 assist.

Lingard sudah menjadi perhatian beberapa kelab lain. Ini termasuk AC Milan dan Juventus. Seterusnya West Ham United juga dijangka akan cuba memujuk pemain itu kembali menyertai mereka.

Baca yang lain