Abang kepada Marcus Rashford yang merupakan ejen kepada pemain itu, kini ditahan di Amerika Syarikat kerana kes keganasan domestik.
Menurut Telegraph, Dane Rashford ditahan di Miami Beach, Florida pada 20 Oktober lalu dan diminta hadir ke mahkamah pada hari berikutnya.
Dia kini Dane Rashford dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat sebanyak USD1,500 ketika menunggu perbicaraan untuk pendengaran kes itu kelak.
Ikat jamin tersebut dibayar oleh kakak Rashford. Dengan Dane Rashford kekal dengan pengakuan tidak bersalah. Namun dia akan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah selepas ini.
Kerana cemburu
Dane Rashford, 31, didaftarkan di UK sebagai pengarah DN May Sports Management, syarikat yang menjadi ejen kepada adiknya sendiri, Marcus Rashford yang kini bermain untuk Man United.
Ini setelah Rashford memecat ejen lamanya untuk memberikan peluang kepada abangnya menguruskan kariernya.
Rashford bukan calang calang pemain. Dia nama besar yang bermain untuk Manchester United. Dia juga merupakan pemain antarabangsa England.
Dane Rashford dikatakan telah menumbuk teman wanitanya di bahagian muka. Ianya dikatakan atas motif cemburu. Kerana dia melihat teman wanitanya ada menyimpan nombor salah seorang pemain bola sepak yang bermain di EPL.
Marcus Rashford dikatakan sangat kecewa dengan berita ini. Dan dia tidak menolak kemungkinan akan menukar ejen selepas ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan seorang ejen yang kaki pukul perempuan.
Marcus Rashford dikenali sebagai seorang yang berkebajikan. Dia menerima anugerah khas MBE dari Istana UK kerana kerja kerja amal yang dia lakukan termasuk membantu ibu tunggal yang bergelut untuk menyekolahkan anak mereka.
Kini kes melibatkan ejennya sangat tidak sesuai dengan profil Rashford yang seringkali dihormati sebagai seorang yang baik hati.
Di atas padang Rashford dan rakan rakannya baru baru ini tewas di tangan FC Copenhagen di Denmark. Dengan pemain itu dibuang padang dalam perlawanan tersebut.
Minggu lalu dia mengadap Erik Ten Hag selepas kantoi berparti selepas kekalahan Man United di tangan Man City. Rashford pada masa itu meminta maaf di atas kesilapannya.