Abang ‘Maznah’ Ajak Netizen Jumpa Depan Depan La

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL Shahaizereen A Hamid, tiba-tiba menjadi sensasi di internet. Ianya gara-gara laporan akhbar yang memaparkan gambarnya mirip kepada pelakon seniman Bujang Lapuk iaitu HM Busra.

HM Busra terkenal dengan dialog: “Maznah ke tu?”, seorang lelaki yang suka bermain saksofon pada tengah malam.

Shahaizereen mengakui adan mendengar jenaka netizen tentang perkara itu. Dan beliau meminta kalau betul korang nak berMaznah sangat, datanglah ke LTdL bersemuka dengan beliau di sana.

Shahaizereen secara tak langsung memberikan promosi tambahan kepada LTdL pada kali ini.

Gambar Shahaizereen jelas sekali menghidupkan nostalgia peminat filem seniman P. Ramlee. Shahaizereen menegaskan beliau tiada perkaitan hubungan darah dengan HM Busra.

Shahaizereen berkata: “Saya pun tak sangka. Tapi mungkin wajah kami ada sedikit persamaan. Saya tak terasa hati atau marah.”

“Saya tahu kebanyakan natizen memang suka bergurau jadi kalau anda semua nak menyaksikan Maznah secara berdepan datanglah saksikan perlumbaan LTdL kali ini,” katanya sambil ketawa.

Lebih 90 peratus komen warganet di laman sosial menyamakan dua wajah itu dengan menulis ‘Maznah ke tuu.’

Tidak hairanlah Shahaizereen akan menjadi selebriti tumpuan dalam LTdL kali ini.

Laporan sebelum ini

Penganjur Le Tour De Langkawi (LTdL), Human Voyage sudah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan basikal jelajah berprestij itu.

Persiapan awal sudah dibuat pihak penganjur untul LTdL yang akan membuka tirainya minggu ini.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LDTL iaitu Shahaizereen A Hamid (gambar) mengesahkan bahawa pihak Human Voyage kini berada di Sabah bagi majlis pengenalan pasukan.

Shahaizereen juga menegaskan mereka sudah bersedia dengan langkah keselamatan dan kesihatan, kerana dunia kini sedang dilanda wabak koronavirus.

Isu utama yang akan digariskan oleh Human Voyage adalah suapan informasi kepada semua pasukan berkenaan dengan laluan kepada pasukan, sama ada laluan darat dan udara, untuk sampai ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Kesemua 21 pasukan sudah pun mengesahkan penyertaan dalam LTdL 2020 kali ini.

Ianya akan bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Khamis ini. Acara julung kali dianjurkan ini adalah bersempena sambutan ke-25 tahun Jubli Perak penganjuran LTdL tahun ini.

Perlumbaan sebenar Peringkat 1 pula akan diadakan pada hari berikutnya, Jumaat ini di Padang Merdeka, Kuching.

Sebelum ini LDTL lebih sinonim dengan penganjuran di Semenanjung Malaysia, terutama sekali Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi.

Dipetik daripada Berita Harian, Shahaizereen berkata: “Semua jabatan berkaitan termasuk agensi dari pihak berkuasa tempatan sudah sedar tanggungjawab yang perlu digalas.”

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan berharap dapat menyediakan suasana perlumbaan dan keselamatan yang selesa untuk pelumba, pasukan, pegawai dan seluruh warga kerja sepanjang jelajah ini,” tambah beliau lagi.

Perlumbaan kali ini pasti sengit. Apabila sebuah pasukan bertaraf jelajah dunia akan menyertai pertandingan.

Ini ditambah dengan 5 pasukan profesinal benua, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan iaitu pasukan kebangsaan Malaysia.

Berikut adalah senarai pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan:

  • NTT Pro Cycling Team (RSA)
  • Androni Giacatolli-Sidermec (ITA)
  • Bardian CSF Fanzane (ITA)
  • Nippo Delko One Provence (FRA)
  • Vini Zabu KTM (ITA)
  • B&B Hotels-Vital Concept (FRA)
  • Aisan Racing team (JPN)
  • Team Bridgelane (AUS)
  • PGN Cycling Team (INA)
  • KSPO Professional (KOR)
  • ARA Pro Racing Sunshine Coast (AUS)
  • SSOIS Miogee Cycling Team (CHN)
  • St George Continental Team (AUS)
  • Team Sapura Cycling (MAS)
  • Terengganu Inc. TSG Cycling Team (MAS)
  • Thailand Continental Team (THA)
  • Vino-Astana Motors (KAZ)
  • Wildlife Generation Pro Cycling (USA)
  • Utsunomiya Blitzen (JPN)
  • HKSI (Hong Kong)
  • Pasukan Kebangsaan Malaysia

Dua pasukan yang berpangkalan di China iaitu Hengxiang dan Giant Racing terpaksa menarik diri lebih awal berikutan penularan wabak maut di Wuhan.

Edisi kali ini akan mencabar pelumba dalam 8 peringkat perlumbaan LTdL yang berlangsung bermula 7 Februari sehingga 14 Ferbuari 2020.

Keseluruhan jarak dilalui pelumba adalah 1,146 km. Para pelumba akan merentasi sembilan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

SUMBER BERITA DAN FEATURED IMAGE:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di