ABK21 4 Disember Ini Secara Virtual, JOM UNDI!

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) bakal berlangsung pada 4 Disember 2021, Sabtu secara virtual di Studio Spacelabs Technology, Bukit Jalil.

Anugerah berprestij bola sepak tanah air itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada sumbangan serta pencapaian pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air khususnya pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Meskipun Liga Malaysia 2021 menerima impak pandemik COVID-19 yang menyaksikan pertandingan Piala FA dan Challenge Cup tidak dapat dilangsungkan namun ABK21 pasti akan tetap mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan yang berdebar untuk mengetahui siapakah individu yang bakal dinobatkan sebagai pemenang menerusi prestasi sepanjang saingan Liga Super, Liga Premier dan TM Piala Malaysia.

Bagi tahun ini, sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Kasut Emas 2021, Penjaring Terbanyak Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021, Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Pada majlis ABK21 itu nanti, pihak MFL turut akan menyampaikan pemenang Penjaring Terbanyak Liga Super 2021 iaitu Ifedayo Omosuyi yang meledak 26 Gol bersama Selangor FC, manakala Baddrol Bakhtiar yang mengumpul 7 gol bersama Kedah Darul Aman FC akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021.

Fernando Rodriguez (Johor Darul Ta’zim II) dan Jordan Mintah (Terengganu FC II) yang menghasilkan 16 gol masing-masing dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021. Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021 dengan ledakan 9 gol.

Anugerah Kasut Emas akan dimenangi oleh pemain yang menjaringkan gol paling banyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia 2021, iaitu saingan liga (Liga Super atau Liga Premier) dan TM Piala Malaysia. Pemenang Kasut Emas hanya akan ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2021.

Seramai 403 daripada 843 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK21 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 23 wakil media bermula hari ini 19 November 2021 sehingga 21 November 2021:

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

Asri Muhamad (PDRM FC)
Damien Lim (NEGERI SEMBILAN FC)
Farizal Marlias (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Kalamullah Al-Hafiz (PJ CITY FC)
Khairul Fahmi Che Mat (MELAKA UNITED FC)
Khairulazhan Khalid (SELANGOR FC)
Samuel Somerville (PENANG FC)
Sharbinee Allawee Ramli (SARAWAK UNITED FC)
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (SELANGOR FC 2)
Suhaimi Husin (TERENGGANU FC)

CALON PERTAHANAN TERBAIK

Arif Fadzilah Abu Bakar (TERENGGANU FC)
Daniel Ting (KUALA LUMPUR CITY FC)
Faris Shah Rosli (MELAKA UNITED FC)
Hakimi Abdullah (TERENGGANU FC)
Irfan Zakaria (KUALA LUMPUR CITY FC)
La’Vere Corbin-Ong (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Matthew Davies (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Quentin Cheng (PENANG FC)
Raffi Nagoorgani (PJ CITY FC)
Rizal Ghazali (KEDAH DARUL AMAN FC)

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

Afiq Fazail (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Al Hafiz Harun (PENANG FC)
Amri Yahyah (SABAH FC)
Baddrol Bakhtiar (KEDAH DARUL AMAN FC)
Natxo Insa (JOHOR DARUL TA’ZIM)
R. Barathkumar (NEGERI SEMBILAN FC)
S. Kumaahran (MELAKA UNITED FC)
Syahmi Safari (SELANGOR FC)
Syazwan Zainon (KEDAH DARUL AMAN FC)
Zhafri Yahya (KUALA LUMPUR CITY FC)

CALON PENYERANG TERBAIK

Abdul Malik Mat Ariff (SRI PAHANG FC)
Arif Aiman Hanapi (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Azhad Harraz Arman (SKUAD PROJEK FAM-MSN)
Danial Asri (SELANGOR FC)
Darren Lok (PJ CITY FC)
Faisal Abdul Halim (TERENGGANU FC)
Kogileswaran Raj (PJ CITY FC)
Nurshamil Abd Ghani (KELANTAN FC)
Safawi Rasid (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Zaquan Adha Abd. Radzak (NEGERI SEMBILAN FC)

CALON JURULATIH TERBAIK

Aidil Sharin Sahak (KEDAH DARUL AMAN FC)
Benjamin Mora (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Bojan Hodak (KUALA LUMPUR CITY FC)
E. Elavarasan (SARAWAK UNITED FC)
K. Devan (NEGERI SEMBILAN FC)
Nafuzi Zain (TERENGGANU FC)
P. Maniam (PJ CITY FC)
Tomas Trucha (PENANG FC)
Wan Rohaimi Wan Ismail (PDRM FC)
Zainal Abidin Hassan (MELAKA UNITED FC)

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK

A. Selvan (NEGERI SEMBILAN FC)
Arif Aiman Hanapi (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Arif Shaqirin Suhaimi (KUALA LUMPUR CITY FC)
Azam Azmi Murad (TERENGGANU FC)
Azhad Harraz Arman (SKUAD PROJEK FAM-MSN)
Danial Asri (SELANGOR FC)
Mukhairi Ajmal Mahadi (SELANGOR FC)
Ruventhiran (PJ CITY FC)
Syafik Ismail (TERENGGANU FC II)
Ubaidullah Shamsul Fazili (SKUAD PROJEK FAM-MSN)

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

Bergson da Silva (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Gonzalo Cabrera (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Ifedayo Omosuyi (SELANGOR FC)
Jordan Mintah (TERENGGANU FC II)
Kpah Sherman (KEDAH DARUL AMAN FC)
Leandro Velazquez (JOHOR DARUL TA’ZIM)
Makan Konate (TERENGGANU FC)
Manuel Ott (MELAKA UNITED FC)
Romel Morales (KUALA LUMPUR CITY FC)
Uche Agba (SARAWAK UNITED FC)

Sementara itu bagi kategori Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL, Fan XI pula menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey bermula hari ini, Jumaat 19 November 2021.

Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih daripada kalangan pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik, oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe, Jurulatih Bawah-23 Tahun Negara, Brad Maloney dan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan.

Majlis ABK21 akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV pada Sabtu, 4 Disember jam 9 malam.

Nota Editor: Artikel adalah siaran media rasmi MFL.

Baca yang lain