Aboutrika: Tindakan Ke Atas Rusia Ini Akan Adil Jika FIFA Turut Hukum I s r a el

Pemain bola sepak legenda Mesir Mohamed Aboutrika pada Isnin menyelar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang double standard.

Selain itu Aboutrika turut menyindir FIFA yang hipokrit dalam hukuman mereka. Sebelum ini ramai pemain bersolidariti untuk negara lain seperti Palestin, dengan menggunakan t-shirt bertulis, dan akhirnya dikenakan tindakan.

Ini kerana FIFA menyatakan mereka melarang sama sekali sebarang mesej politik dibawak ke lapangan bola sepak.

FIFA dan UEFA telah menggantung pasukan Rusia berikutan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. Tindakan tersebut dianggap agak keterlaluan. Spartak Moscow antara pasukan yang rasmi disingkirkan dari UEL.

Spartak kecewa kerana bola sepak seharusnya boleh digunakan menjadi medium perpaduan, namun FIFA memilih untuk menghukum pasukan mereka atas sebab dasar kerajaan negara mereka.

Menurut bekas pemain antarabangsa Mesir itu, jika FIFA mengenakan hukuman seperti itu kepada bola sepak Rusia, kerana tindakan kerajaan negara mereka, maka FIFA harus mengenakan tindakan yang sama ke atas Isr ael. Barulah orang tidak menilai FIFA sebagai pilih kasih.

Jika pasukan Rusia dan kelab mereka dihukum kerana Rusia menceroboh dan menyerang Ukraine. Perkara yang serupa dilakukan I s ra e l  ke atas Palesin.

Aboutrika sebelum ini dikecam teruk kerana seringkali menyatakan sokongan terbukanya kepada Palestine. Di mana beliau dituduh membawa sentimen politik ke dalam bola sepak.

Sedangkan Aboutrika menyatakan bahawa, beliau menyatakan sokongan kepada Palestine atas dasar kemanusiaan.

Dalam temu bual dengan Quds News Network, pemenang Piala Negara-Negara Afrika tiga kali itu menyelar politik double standard dalam FIFA, memandangkan sekatan yang sama sepatutnya dikenakan terhadap I s r a e l selepas tentera mereka terlibat dalam “pembunuhan kanak-kanak dan wanita di Palestin” .

Bercakap kepada Quds News Netework, Aboutrika berkata: “Keputusan untuk menggantung kelab dan pasukan Rusia daripada semua pertandingan adalah bukti busuknya sikap pilih kasih kamu.”

“Penggantungan Rusia dan kelab mereka ini haruslah disertakan sekali dengan larangan ke atas mereka yang bergabung dengan I s r a e l .”

“Ini kerana mereka [I s r a e l ] telah membunuh kanak-kanak dan wanita di Palestin selama bertahun-tahun. Kamu telah menggunakan dasar pilih kasih [double standard].”

Rakyat Palestin berkali-kali menggesa FIFA untuk mengambil tindakan ke atas Israel, berikutan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berulang kali dilakukan oleh Israel. Walau bagaimanapun, pada 2016, FIFA menyatakan bahawa “selaras dengan prinsip umum yang ditetapkan dalam Statutnya, (FIFA) mesti kekal berkecuali dalam hal politik.”

Sebelum ini kapten Erzurumspor yang bermain di Liga Divisyen kedua di Turki tidak mahu memakai t-shirt dengan mesej : No To War dalam kekalahan 0-1 mereka di tangan Ankaragucu pada Ahad.

Ramai peminat yang marah dengan tindakannya kerana dianggap tidak mahu mempromosikan semangat keamanan kepada dunia. Peminat di Turki sendiri marah dengan tindakan itu kerana mereka menganggap Turki seharusnya menyokong Ukraine sebagai satu Eropah.

Salah seorang peminat bola sepak Turki meminta UEFA dan FIFA segera bertindak dan membatalkan lesen pemain profesional yang dimiliki oleh Aykut. Kerana menurutnya Aykut tidak layak menerimanya.

Ada yang kehairanan, bagaimana seorang atlet boleh menolak untuk memakai baju No To War?

Aykut Demir akhirnya tampil dengan penjelasannya. Di mana pemain yang lahir di Belanda dan bermain untuk pasukan kebangsaan Turki itu mempersoalkan layanan double standard dalam perkara tersebut.

Menurut Aykut Demir, selama ini, ada ramai pemain yang didenda kerana membawa mesej yang serupa dengan t-shirt mereka. Cuma solidariti itu adalah untuk negara bukan Eropah iaitu negara negara di Timur Tengah.

Selain itu ada ramai pemain dikenakan hukuman kerana menyokong keamanan di Gaza dan bersolidariti untuk Palestine. Antara pemain yang pernah dikenakan tindakan termasuk Kanoute.

Demir menyatakan dia melihat ada double standard dalam solidariti kemanusiaan melibatkan negara Eropah dan negara di Timur Tengah misalnya. Oleh sebab itu dia menganggap tindakan memakai t-shirt solidariti itu sebagai hipokrit dan tidak adil.

Beliau berkata: “Beribu ribu orang mati setiap hari di Timur Tengah. Saya pun berada sedih dan berkongsi kesedihan dirasai oleh orang yang tak berdosa.”

“Mereka yang menutup mata ke atas pembantaian [di Timur Tengah] sekarang ini melakukan perkara seperti ini [solidariti] apabila melibatkan Eropah.”

“Saya tidak mahu memakai t-shirt tersebut kerana ianya tidak dibuat untuk negara negara yang lain.”

Mesut Ozil pernah dikenakan tindakan kerana mahukan dunia bersolidariti untuk etnik Uighur di China. Ozil malah kehilangan tajaan besar termasuk dari Adidas.

Seterusnya Granit Xhaka dan rakan rakannya pernah didenda kerana solidariti untuk Albania. UEFA dan FIFA menyatakan bahawa mereka membawa mesej politik ke atas padang.

Selain itu, penyokong Celtic beberapa kali didenda kerana solidariti buat Palestine.

Aboutrika merupakan pundit bola sepak terkemuka. Dia dikenali dengan sikapnya yang tegas dan terbuka dalam menyatakan pandangannya.
Sebelum ini, Premier League pernah mendesak BeIN memecat Aboutrika berikutan kritikannya ke atas kempen Pelangi di EPL.

Premier League Desak BeIN Pecat Aboutrika Kerana Terbuka Kutuk Kempen Pelangi

Pengendali Liga Perdana Inggeris mengkritik kenyataan anti-lesbian, g*y, bis*ksual dan transgender (L G BT) yang dibuat oleh pundit bola sepak beIN Sports Mohamed Aboutrika semasa program televisyen.

Aboutrika secara langsung bercakap selama dua minit tanpa henti tentang kempen gelang berwarna pelangi / rainbow laces yang menjadi sebahagian daripada program tahunan di EPL.

Menurut Aboutrika, h * m * sksualiti adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan dia meminta saluran sukan seperti BeIN yang berasal dari Qatar untuk tidak menyiarkan kandungan berkaitan dengan kempen tersebut.

Legenda Mesir itu dianggap sebagai 50 Muslim paling berpengaruh di dunia. Dan Premier League menuduh Aboutrika sebagai menyalahgunakan pengaruhnya di khalayak ramai.

Aboutrika menganggap ideologi kempen gelang pelangi itu sebagai ideologi bahaya dan semakin ramai yang tidak malu untuk mengakui mereka adalah songsang.

Aboutrika berkata: “L* B T ni merupakan ideologi yang bahaya dan memudaratkan. Dan hari ini semakin ramai yang tak malu mengaku mereka songsang.”

Seterusnya beliau menganggap ideologi tersebut sebagai mencabuli kemanusiaan.

“Ideologi ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi bertentangan dengan lumrah kejadian manusia.”

“Seorang Muslim harus memainkan peranan untuk melindungi anak anak mereka daripada terjerumus ke dalam ideologi ini.”

“Mereka akan cakap ini adalah hak asasi manusia. Ini bukan isu hak asasi manusia tetapi ini isu yang berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan kemanusiaan.”

Aboutrika bagaimanapun memberikan pujian kepada pemain muslim yang rata rata tidak menyokong kempen ini secara peribadi.

Aboutrika kemudian menambah bahawa ideologi ini adalah perkara yang memalukan.

Ini telah membuatkan berlaku bantahan daripada Liga Perdana, yang secara terbuka menyokong kempen tersebut di dalam dan di luar padang.

“Sangat mengecewakan melihat legenda bola sepak Mesir, Mohamed Aboutrika menolak kempen Liga Perdana Inggeris tentang gelang pelangi yang menggunakan agama menentangnya,” tegas kenyataan penyokong Pride dalam bola sepak Eropah, FARE Network.

“Beliau diberi ruang untuk menafikan hak dan kewujudan sesebuah komuniti.”

Menjawab perkara ini, beIN Sports menyatakan ia terbuka kepada semua latar belakang memandangkan siaran di salurannya mengandungi banyak sukan dari pelbagai negara.

“Sebagai kumpulan media yang berkaliber dunia, kami mewakili semua juara dan penyokong mereka. Kami juga menyediakan ruang untuk setiap latar belakang, bahasa dan budaya di lebih 43 negara di seluruh dunia untuk bersuara. Itulah yang kami pegang setiap hari,” kata beIN Sports dalam satu kenyataan.

Premier League kemudian menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan BeIN berkaitan dengan kenyataan Aboutrika itu.

Mereka kemudian memberikan tekanan kepada BeIN agar menamatkan kontrak pundit itu serta merta.

Premier League berkata: “Kami sangat tak setuju dengan pandangan pundit tersebut. Premier League dan kelab kelab kami komited menyokong secara inklusif L**BT. Dan menjelaskan di sini bahawa bola sepak adalah untuk semua orang.”

Kenyataan Aboutrika itu kemudian mendapat perhatian daripada beberapa organisasi yang memperjuangkan hak kesamarataan kebebasan gender.

Mereka mempersoalkan sama adalah Qatar adalah tempat yang selamat untuk pemain pemain yang g * y yang akan bermain di Piala Dunia tahun hadapan.

CEO Piala Dunia Qatar, Nasser Al Khater menyatakan bahawa Qatar kekal dengan pendirian mereka sebelum ini bahawa negara tersebut mengalu alukan mereka yang g * y datang ke negara mereka untuk Piala Dunia. Sama ada pemain ataupun penyokong.

Nasser berkata: “Qatar adalah negara yang mengalu alukan kedatangan semua orang. Dan tiada seorang pun harus berasa takut atau terancam di sini.”

Qatar malah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin sejenis diminta jangan risau untuk datang ke negara mereka nanti dan tinggal bersama di dalam hotel.

Nasser menambah: “Qatar adalah negara moden. Semua perkara itu perlu kita hormati. Selain itu, setiap orang bebas untuk menjalani kehidupan mereka.”

“Mereka [yang songsang] akan tiba di Qatar sebagai penyokong bola sepak. Mereka boleh melakukan apa sahaja di sini seperti manusia lain.”

“Apa yang saya cuba sampaikan di sini, Qatar, dari sudut pandangan orang ramai adalah negara konservatif.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil