Kerajaan UK mendakwa mereka sudah memiliki dokumen bukti kukuh untuk mendakwa Roman Abramovich mengelakkan cukai £1 billion untuk disuntik masuk ke dalam akaun Chelsea FC.
BBC melaporkan bahawa, pelaburan bernilai £4.7 billion dibuat menerusi syarikatknya di Virgin Island Britain. Oleh kerana wang itu diuruskan dari UK. Maka ianya tertakluk kepada cukai kerajaan UK.
Sebahagian daripada duit itu telah dimasukkan ke akaun Chelsea FC.
Sebelum ini peguam Abramovich menyatakan bahawa oligarki Rusia itu sentiasa bertindak mengikut panduan daripada pakar cukai yang merupakan pihak ketiga. Jadi dia hanya mengikut garis panduan pakar tersebut.
Jadi jika berlaku kesalahan dalam urusan cukai, bukan disengajakan oleh Roman Abramovich.
Ahli Parlimen Parti Buruh, Joe Powell mengetuai sidang parlimen berkaitan dengan cukai telah menggesa agar siasatan dibuat ke atas sejumlah wang yang sangat besar yang sepatutnya menjadi milik kerajaan UK dan boleh digunakan dalam sektor awam
Wang cukai itu adalah duit rakyat UK yang telah digunakan Abramovich untuk berbelanja di Chelsea FC.
Roman Abramovich could owe UK £1bn over tax dodge that helped bankroll Chelsea FC https://t.co/KmmSKFgCDJ
— BBC News (World) (@BBCWorld) January 29, 2025
Roman Abramovich masih lagi mencabar dakwaan kerajaan Britain ke atasnya.
Bekas pengarah kelab Chelsea, Eugene Shvidler dilaporkan sebagai dalang skandal cukai ini. Shvidler telah berpindah ke Amerika Syarikat selepas pencerohohan Rusia ke atas Ukraine. Dia memiliki hartanah dan aset di sekitar London dan Surrey sepanjang dia tinggal di UK sejak 2004 sehingga 2022.
BBC dan The Guardian mengetuai siasatan yang dijalankan oleh wartawan di negara itu. Mereka mendakwa bahawa Abramovich terlibat dalam pelaburan yang penuh korupsi sejak 90-an menerusi syarikat berpangkalan di British Virgi Island bernama Keygrove.
Pelaburan ini memberikan keuntungan kepada Abramovich sekitar £3.1 bilion. Namun Abramovich dipercayai mengelak cukai dengan cara sistematik.
Pakar cukai, Rita De La Feria benar benar yakin bahawa Shvidler sangat licik dalam membantu billionaire Rusia itu mengelak cukai.
Peguam mewakili Shvidler menyatakan bahawa anak guamnya itu melakukan kesilapan secara tidak sedar atau kerana kecuaian. Dan tidak sesekali sengaja terlibat dalam skim penipuan cukai.
Abramovich telah mengeluarkan wang daripada Sibnet yang dilaburkan pada Keygrove. Dari sini, Abramovich meminjamkan wang kepada syarikat di BVI yang merupakan syarikat dia sendiri.
Bermakna dia menerima semula bayaran pinjaman daripada syarikat di BVI itu tanpa dikenakan cukai.
Wang ini kemudian dipinjamkan pula kepada sebuah lagi syarikat yang ada kaitan dengan Abramovich iaitu Camberley. Dari sini wang akan disalurkan kepada Chelsea FC.
Beberapa tahun lalu Abramovich telah melepaskan Chelsea yang disita oleh kerajaan UK selepas oligarki Rusia itu dikaitkan dengan Vladimir Putin yang mengarahkan Rusia menyerang Ukraine.
Abramovich bagaimanapun masih diberikan kuasa untuk terlibat dalam mencari pembeli Chelsea FC. Namun dia tidak mengambil wang penjualan tersebut. Dia menyalurkan terus wang kepada tabung bantuan pembangunan semula Ukraine.
Chelsea kemudian dibeli oleh firma dari Amerika Syarikat yang diketuai Todd Boehly.