Abramovich Tak Suka Lampard Gugurkan Kepa Arrizabalaga?

Frank Lampard sekali lagi menggugurkan nama penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga dari kesebelasan utama.

Sebelum ini pejaga gol antarabangsa Sepanyol itu digugurkan daripada kesebelasan utama pasukan ketika berhadapan dengan Leicester City.

Dan terbaru beliau tidak bermain dalam aksi Liga Perdana Inggeris berhadapan Tottenham Hotspur Derbi London.

Marina Granovskaia dikatakan sudah meminta penjelasan kepada Frank Lampard berkenaan dengan keputusan beliau itu.

Lampard dengan tegas menyatakan, pemilihan pasukan beliau tidak akan sesekali dipengaruhi tanda harga pemain.

https://twitter.com/BPLAfrica_/status/1228353086185492481?s=19

Lampard sebelum ini memberitahu Marina Granovskaia bahawa beliau mahukan penjaga gol baharu pada jendela perpindahan Januari yang lalu.

Namun ia tak dilayan oleh Marina Granovskaia yang percaya mereka sebenarnya sudah memiliki salah seorang gol terbaik di dunia.

Lampard agak risau dengan prestasi semasa Kepa Arrizabalaga yang dilihat agak merosot. Ada yang mengaitkan penjaga gol itu mulai merosot selepas putus cinta.

Marina kemudian menyuruh Lampard menjual dahulu Kepa Arrizabalaga dengan nilai sekurang kurangnya £75 juta yang dibayar oleh Chelsea sebelum ini. Marina tak mahu ada kerugian daripada penjualan itu.

Agak mustahil untuk Lampard mendapatkan pembeli dengan nilai setinggi itu.

Lampard dikatakan mahu membawa Nick Pope ataupun Dean Henderson ke dalam pasukan beliau. Ini bagi menguatkan lagi pasukan salam usaha menamatkan saingan di empat teratas.

Lampard ditanya wartawan tentang pandangan beliau tentang keputusan beliau untuk menggugurkan Kepa Arrizabalaga dalam beberapa perlawanan ini.

Tidakkah beliau risau dengan Roman Abramovich?

Lampard berkata, langsung tiada isu ataupun konflik di sebalik tindakan beliau itu. Malah beliau mengesahkan bahawa bos besar beliau, Roman Abramovich merestui tindakan beliau dan tak masuk campur isu pemilihan pasukan.

Ini kerana Roman Abramovich faham tindakan beliau adalah untuk pasukan bukannya atas agenda peribadi .

Lampard juga yakin BOD pasukan Chelsea faham dan menghormati tugas beliau sebagai pengurus.

“Saya memang tiada masalah. Ianya telah menjadi tajuk utama yang mengisi perbincangan ramai orang.”

“Saya sepenuhnya sehaluan dengan BOD dan juga kelab. Kerana kami semua mahukan yang terbaik demi pasukan ini. Dan saya bertanggungjawab di atas keputusan saya.”

Lampard menyatakan Kepa Arrizabalaga masih sentiasa menjadi antara pemain yang boleh bermain dalam kesebelasan utama apabila beliau kembali ke prestasi terbaik sekali lagi.

Namun buat masa ini beliau kena adil dengan Willy Caballero yang beraksi lebih baik.

“Dengan mengambil kira prestasi semasa saya harus mempertimbangkan kedudukan posisi penjaga gol. Terbaru, ada perubahan pada posisi penjaga gol kami, namun itu bukan muktamad.”

“Apa yang Kepa kena buat adalah berlatih dan menunjukkan sikap yang terbaik. Saya turut menuntut benda yang sama daripada kesemua pemain.”

“Jelas sekali semua perkara-perkara seperti ini boleh berubah pada bila-bila masa. Keputusan saya adalah demi kebaikan pasukan.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan