China menerima kunjungan Indonesia dalam Kumpulan C pusingan ketiga kelayakan zon Konfederasi Bola Sepak Asia untuk Piala Dunia FIFA 2026.
Ia adalah perlawanan yang wajib menang untuk China di Stadium Bola Sepak Belia Qingdao, yang berada di tangga terbawah dengan tiga kekalahan dalam tiga perlawanan, termasuk kekalahan 7-0 di tempat lawan di tangan Jepun; kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Arab Saudi, dan kekalahan 3-1 di tempat lawan kepada Australia pada hari Khamis.
Indonesia juga dalam misi yang sama mereka juga wajib menang perlawanan ini untuk terus menghidupkan peluang mara ke Piala Dunia.
China telah melaksanakan tugasan mereka dengan sebaiknya. Mereka dipaksa bertahan dalam sebahagian besar perlawanan ini terutama sekali pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Indonesia.
Ini adalah kemenangan pertama mereka dalam fasa kelayakan Piala Dunia ini.
Wisel sepenuh masa pengadil hampir tidak kedengaran kerana sorakan kuat penyokong China di Stadium Bola Sepak Belia Qingdao.
China menang menerusi gol separuh masa pertama daripada Baihelamu Abuduwaili dan Zhang Yuning.
Indonesia menyangka mereka boleh bangkit dalam perlawanan ini selepas Haye menjaringkan gol pada lewat permainan, tetapi mereka tidak dapat mencari jaringan lagi, walaupun menguasai penguasaan bola untuk sebahagian besar perlawanan separuh masa kedua.
Ini adalah kekalahan pertama Indonesia dalam pusingan ini. Selepas mencatatkan keputusan seri yang mengagumkan menentang Austria serta Arab Saudi. Dan diikat pada minit akhir masa kecederaan ketika menentang Bahrain.
China kekal menghuni tangga terbawah dengan berkongsi mata dengan Indonesia. Skuad Garuda selepas ini akan menentang Samurai Biru pada November.
FT | #WCQ2026
2️⃣🇨🇳 China
1️⃣🇮🇩 IndonesiaMeski lebih menguasai pertandingan, timnas Indonesia harus mengakui keunggulan tuan rumah Tiongkok. Hasil ini menjadi kekalahan perdana Indonesia di putaran ketiga kualifikasi Piala Dunia 2026. pic.twitter.com/rCyWpg6YLG
— INDOJLEAGUE (@indo_jleague) October 15, 2024