AC Milan Adakan Perbincangan Dengan Ejen Rashford Hari Ini

Fabrizio Romano melaporkan bahawa wakil Marcus Rashford akan tiba di Itali hari ini untuk membincangkan perpindahan pemain itu ke AC Milan.

Rashford masih terus disisihkan oleh Ruben Amorim di dalam pasukannya. Terbaru pemain itu tidak terlibat dalam aksi menentang Liverpool. Walaupun dia merupakan penjaring terbanyak ke atas Liverpool dari kalangan pemain Man United yang ada sekarang.

Rashford sebelum ini membuatkan Amorim bengang kerana kehidupan malamnya. Dia suka berfoya foya di bar sehingga lewat malam atau awal pagi.

Beberapa minggu lalu Rashford dilaporkan telah keluar malam, sehari sebelum hari perlawanan. Ruben Amorim sangat menegah mana mana pemainnya keluar lewat malam sehari sebelum perlawanan.

Rashford mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa dia tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut. Dia tidak tahu polisi Amorim itu kerana dia melakukan hal yang sama seperti mana pemain Inggeris yang lain.

Kemudian dia tidak dapat berlatih kerana sakit akibat melepak lewat malam. Dia juga dikatakan datang lewat ke latihan. Membuatkan Amorim benar benar bengang.

Sebelum tiba di Man United, Amomrim sudah maklum akan masalah disiplin Rashford daripada sumber yang memberitahunya. Namun Amorim benar benar berharap dia akan dapat kerjasama daripada Rashford yang diakuinya sebagai pemain yang sangat berbakat.

Amorim sangat menitikberatkan jadual latihan kerana menurutnya semua pihak perlu berkorban dan bersaing dengan masa untuk membantuk DNA taktikal sesuai kehendaknya.

Rashford terlibat dalam perlawanan awal Amorim di United. Namun selepas itu dia disisihkan.

Baru baru ini, Amorim diberitahu bahawa dia boleh menjual Rashford jika dia tidak perlukan pemain itu.

Man United membuka pintu kepada mana mana kelab yang mahukan Rashford. Tiga tawaran dari kelab Arab Saudi antara yang datang kepada Rashford.

Namun pemain itu dikatakan menolak kesemua tiga tawaran itu. Dia sedia untuk memperbaiki hubungannya dengan Amorim, itu yang dia katakan.

Malangnya, sebelum aksi menentang Liverpool dia tiba tiba tidak dapat berlatih atas alasan dia sakit.

Kini ramai yang merasakan bahawa Rashford dan Amorim tidak sehaluan. Walaupun Amorim kekal tenang dengan menyatakan dia hanya bercakap tentang pemain yang berada dalam pasukan. Oleh kerana Rashford tidak berada di pusat latihan dalam beberapa sesi, dia tidak boleh bercakap tentang pemain itu.

Dan sekarang, AC Milan yang baru sahaja melantik pengurus baharu, Sergio Conceicao, berminat dengan Marcus Rahford. Mereka mahu meminjam pemain itu dahulu daripada Man United.

Fabrizio Romano melaporkan, akan ada rundingan antara ejen Rashford dengan AC Milan pada hari ini. Bermakna pemain itu sedia untuk menyertai kelab Itali itu pada Januari.

AC Milan mahu memahami syarat untuk meminjam Rashford yang dikenakan Manchester United. Ini kerana gaji pemain itu sangat tinggi sekitar EUR330 ribu. Itu tidak termasuk beberapa bonus prestasi yang terkandung dalam kontraknya.

Agak mustahil untuk Milan menanggung semua gaji pemain itu ketika ini. Memandangkan kelab itu baru sahaja pulih daripada masalah FFP mereka.

AC Milan benar benar berharap mereka akan dapat meminjam Rashford. Buat masa ini tiada lagi topik perbincangan bahawa AC Milan sedia membeli pemain itu secara tetap pada akhir musim ini.

AC Milan kini berada di tangga kelapan dalam Serie A, lapan mata dari 4 teratas yang merupakan slot ke UCL musim hadapan.

Kehadiran Rashford benar benar diharap akan dapat membantu kelab itu bangkit dan mendapatkan tempat ke UCL musim hadapan.

Namun AC Milan juga berdepan persaingan daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund yang sudah berjumpa dengan wakil Rashford lebih awal.