Kita semua tahu, ianya bukan benda mengejutkan AC Milan tewas di tangan Atalanta. Ini kerana Atalanta memang pasukan yang lebih baik daripada mereka pada ketika ini.
Namun kalah 5-0 adalah memalukan!
AC Milan langsung tidak dapat menunjukkan karakter mereka di atas padang.
Lebih teruk inilah rekod kekalahan paling buruk dicatatkan oleh AC Milan dalam tempoh 21 tahun.
12 years ago, AC Milan were European and world champions.
Today, they suffered their worst defeat in 21 years. pic.twitter.com/QIdRJnHC5q
— Goal (@goal) December 22, 2019
AC Milan lunyai dikerjakan Atalanta di Bergamo. Pasukan tuan rumah ternyata pasukan lebih baik.
Mereka di hadapan menerusi Alejandro Gomez seawal minit ke-10. Ia petanda yang buruk untuk pasukan AC Milan.
Lebih pedih, AC Milan dibocori oleh bekas Rossoneri Mario Pasalic, pada minit ke-61.
2 minit kemudian, Ilicic meletakkan Atalanta 3 gol di hadapan.
Minit ke-72, Ilicic menambah gol peribadi beliau untuk gol keempat pasukannya.
Tidak cukup dengan itu, AC Milan melepaskan 1 lagi bolos pada minit ke-83, apabila Luis Muriel menyumbat 1 lagi gol.
AC Milan masih gagal mencari roh yang mereka ingin kembalikan dengan melantik Stefano Piolli.
Di media sosial, penyokong penyokong AC Milan sangat marah dengan keputusan yang dianggap aib kepada kelab.
Atalanta menguasai 60% perlawanan ini. AC Milan hanya melakukan 8 percubaan gol dengan hanya 1 percubaan tepat.
Angka itu sangat jauh bezanya dengan Atalanta yang mencatatkan 19 percubaan ke arah gol dan 11 percubaan itu adalah tepat.
AC Milan outplayed dan outclassed di semua aspek di dalam perlawanan ini. Mereka gagal menunjukkan semangat melawan dan dibuli oleh pasukan lawan.
AC Milan have had quite the fall from grace pic.twitter.com/JP6sfXqrvf
— FootballJOE (@FootballJOE) December 22, 2019
Ramai yang terus mempersoalkan kredibiliti AC Milan sebagai pasukan besar. Mereka masih gagal untuk mengembalikan kegemilangan lampau mereka.
2009: AC Milan have Maldini, Kaka, Seedorf and Pirlo.
2019: AC Milan lose 5-0 to Atalanta and sit 10th in Serie A. pic.twitter.com/Ahauc4OW3K
— ESPN FC (@ESPNFC) December 22, 2019
Sebelum ini mereka diambil oleh billionaire China, namun mereka terlalu emosi berbelanja dan gagal membentuk pasukan.
Pemilik China tersebut meninggalkan kelab selepas berhadapan dengan beban hutang dan AC Milan dimiliki oleh Elliot Management Corp.
Mereka berhadapan dengan penggantungan daripada kejohanan Eropah kerana gagal menepati piawaian FFP.
AC Milan kini berada di tangga ke-10 dalam Serie A. Menyukarkan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam slot Eropah untuk musim hadapan.