Masa depan Joao Felix di AC Milan dilaporkan sudah berakhir. Kelab itu memutuskan tidak mahu menandatangani pemain itu secara tetap atau melanjutkan lagi kontrak pinjamannya di sana.
Dan Chelsea juga dikatakan tidak mahukan pemain itu lagi. Kerana Enzo Maresca tidak perlukan Joao Felix dalam perancangan pasukannya.
Chelsea sudah memberitahu ejen Joao Felix, Jorge Mendes bahawa mereka boleh berunding dengan mana mana kelab lain yang mahukan pemain itu.
Mendes dilaporkan sedang berbincang dengan kelab dari Turki untuk menyertai kelab tersebut.
Felix merupakan bakat yang pernah dibeli oleh Atletico Madrid pada harga mencecah €127 juta pada satu ketika dahulu, ketika masih menjadi pemain remaja.
Dan kemudian dia pernah menyertai Chelsea secara pinjaman. Ketika itu Chelsea berminat menandatanganinya secara tetap tetapi Atletico meminta €90 juta untuk pembellian tetap selepas Chelsea membayar €11 juta untuk bayaran meminjamnya.
Silap Felix juga yang sempat melanjutkan kontrak baharu dengan Atletico sebelum ke Chelsea. Chelsea menolak untuk membeli dengan harga setinggi itu.
Kemudian Felix tidak sehaluan dengan pengurus Diego Simeone.. Dia telah mengkritik taktikal pengurus tersebut sebagai terlalu defensif. Felix juga tidak suka menjadi pemain simpanan dan seringkali bengang ketika dikeluarkan untuk digantikan.
Dia mendesak untuk dijual ke Barcelona. Namun Barca hanya mampu meminjam pemain itu dahulu dengan harapan dapat membelinya secara tetap.
Dan sempat menganggap Barcelona kelab besar yang menjadi kelab impiannya sejak kecil. Membuatkan peminat Atletico bengang kerana mereka selalu menyokong Felix.
Dia Barca dia gagal untuk meyakinkan kelab itu bahawa dia adalah pemain tepat untuk projek mereka. Dan beberapa pemain muda Barca mulai lebih menonjol daripada Felix.
Dia kembali semula ke Atletico namun Simeone tidak mahukan dia lagi. Maka dia dijual ke Chelsea yang datang sekali lagi mahukannya.
Chelsea membeli Felix dengan nilai €52 juta. secara keseluruhan selepas meminjamnya terlebih dahulu. Pecahan €30 juta bayaran pinjaman dan €22 juta bayaran aktifkan klausa beli tetap.
Di Chelsea dia sekali lagi gagal untuk menyerlah. Dan akhirnya kelab meminjamkannya ke AC Milan. Dengan harapan dapat menjualnya dengan harga yang boleh mengurangkan kerugian kelab.. Pada masa yang sama Chelsea mahu mengimbangi akaun FFP mereka.
Namun di AC Milan dia gagal untuk meyakinkan kelab itu bahawa dia adalah bintang penting untuk jangka masa panjang mereka. Felix sendiri dikatakan sudah tahu bahawa dia tidak akan dapat kontrak baharu sama ada secara pinjaman semusim lagi atau pembelian tetap.
🗣️ Kyle Walker to Joao Félix:
"Just pass the ball. We are not Messi, no one here is Messi."
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 1, 2025
Galatasaray ketika ini menjadi destinasi yang dikaitkan dengan Felix. Dia sedia menyertai kelab Turki itu. Dalam usahanya mahu membangkitkan semula kariernya. Terutama sekali dia mahu menjadi pemain utama skuad kebangsaan negaranya.