AC Milan Juara Serie A!

AC Milan kali ini tidak melepaskan peluang untuk menjulang Serie A buat pertama kali sejak 2010/11. Di mana ketika itu Ibrahimovic antara bintang utama mereka.

Dan kini Milan menjadi juara sekali lagi dalam penampilan kali kedua Ibra bersama Milan.

AC Milan hanya perlu memikirkan untuk tak kalah sahaja. Kerana jika seri dan Inter menang 10-0 sekalipun mereka akan tetap juara berdasarkan peraturan head to head mereka yang lebih bagus berdepan Inter Milan.

Stadium Sassuolo dipenuhi oleh penyokong Milan. Di mana daripada 21k kapasiti, 18k daripadanya adalah penyokong Milan.

Bagaimana ini boleh berlaku? Ini kerana penyokong Sassuolo menjual tiket mereka dengan harga tinggi kepada penyokong Milan yang mahu menjadikan suasana di Stadio Citta del Tricolore ibaran San Siro.

Milan yang sudah beberapa kali gagal untuk mengekalkan momentum persaingan mereka sehingga ke saat akhir, kali ini berjaya melakukannya.

Mereka memastikan diri mereka kekal bersaing sehingga ke hari terakhir. Malah mereka turut berada di kedudukan mengawal nasib kejuaraan mereka sendiri.

Bertempat di Sassuolo, AC Milan merobek gawang mereka sebanyak 3 kali pada separuh masa pertama. Olivier Giroud membuka tirai jaringan pada minit ke-17.

Bekas pemain  Arsenal dan Chelsea itu benar benar memberikan harapan yang sangat tinggi kepada AC Milan.

Kemudian penyerang antarabangsa Perancis itu menambah gol lagi pada minit ke-32. Membuatkan penyokong pelawat menjadi gila meraikannya.

Pemain yang akan meninggalkan AC Milan pada akhir musim ini, Franck Kessie berjaya memastikan Milan 3 gol di hadapan menerusi gol pada minit ke-36.

AC Milan masuk ke separuh masa kedua dengan fokus utama mereka adalah disiplin. Mereka membenarkan lawan mereka memegang bola lebih banyak.

Misi utama mereka adalah 3 mata.

Milan bertahan sehingga ke wisel penamat. Dan mereka berjaya menjadi juara Serie A musim 2021/22.

Kejayaan yang sangat manis untuk Stefano Pioli yang pada awal kehadirannya kurang disenangi segelintir penyokong Milan.

Namun kepercayaan kelab ke atasnya terbalas jua.

Zlatan Ibrahimovic yang pernah bermain untuk Inter Milan pastinya akan dikenang sebagai legenda sejati AC Milan.

Milan yang kehilangan Donnarumma ke PSG, telah mendapatkan Mike Maignan yang turut menjadi pemain penting dalam kempen kejuaraan AC Milan musim ini.

Milan turut mencatatkan rekod 19 kejuaraan Serie A menyamai rekod Inter Milan.

 

Baca yang lain