AC Milan dan Inter Milan berkongsi stadium yang sama di San Siro. Namun AC Milan ternyata membuatkan ramai peminat mereka marah apabila mengumumkan harga tiket UCL yang jauh lebih mahal daripada juara Serie A, Inter Milan.
Penyokong AC Milan mengadakan protes selepas mendapati tiket tersebut dianggap cekik darah. Di kala kelab lain berlumba lumba cuba memenangi hati penyokong dengan membantu meringankan beban mereka ketika musim pandemik ini.
Penyokong AC Milan pada satu ketika menyindir pengurusan mereka dan mengingatkan bahawa, satu lagi pasukan musuh mereka jauh lebih bagus dalam mengendalikan isu tiket. Dan pada masa yang sama, Inter adalah juara Itali, itupun mereka tidak sewenang wenang mencekik darah penyokong mereka.
Inter mengumumkan harga tiket berhadapan dengan kelab paling berpengaruh di dunia, Real Madrid pada 15 September ini, dengan mengenakan bayaran €48 di seksyen curva.
AC Milan pula mengenakan bayaran €119 untuk seksyen yang sama, untuk aksi berdepan Atletico pada hujung September. Ianya harga yang dianggap terlalu tinggi, ibarat harga final.
Tiket itu lebih 2 kali ganda daripada apa yang dicaj oleh Inter kepada penyokong mereka, untuk stadium yang sama, dan tempat duduk yang sama.
You can attend Inter Milan play against Real Madrid in their upcoming Champions League match for $57 a ticket, with access to public transit
Or you can pay $100 after fees and parking for this view tonight to watch 2 national teams where the latest World Cup appearance was 2014! pic.twitter.com/AjJ4EiI5RT
— MLS Buzz (@MLS_Buzz) September 5, 2021
Selepas mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia oleh penyokong mereka, AC Milan akhirnya akur dan menyatakan bahawa mereka akan menilai semula harga tiket tersebut.
CEO AC Milan, Ivan Gazidis berkata:
Cari Milanisti,
Di sini saya nak merujuk kepada kekhuatiran yang dibangkitkan oleh pihak di luar sana berkenaan dengan tiket UCL kita yang sudah lama kita tunggu.
Pertama sekali, saya secara peribadi memberikan jaminan bahawa setiap keputusan yang kami buat di peringkat pengurusan hanya akan dibuat untuk yang terbaik kepada kelab dan juga komuniti Rossoneri.
Kita masih berdepan masalah kerana pandemik melanda dan kelab sangat menderita kerana ketiadaan penyokong selama 18 bulan, terutama sekali dari segi emosi, dan semangat di dalam stadium, ianya juga memberikan impak kepada kewangan kelab.
Saya akan berterusan menegaskan mesej ini dalam apa jua kemungkinan: Objektif kita hanyalah untuk membuatkan penyokong rasa bangga dengan pasukan yang berjaya dengan cara pengurusan kewangan berhemah.
Kesemua hasil oleh kelab akan dilaburkan semula untuk mencapai matlamat ini dan meningkatkan lagi pendapatan untuk dilaburkan semula ke dalam pasukan, yang menjadi satu satunya cara untuk kita berjaya.
Kita semua harus bersatu dalam mencapai tujuan ini dalam usaha kita memngembalikan semula kelab kita ke puncak Eropah, yang selayaknya menjadi milik kelab ini.
Sudah tentu, penjualan tiket merupakan salah satu bahagian penting dalam perkara ini dan sepanjang musim, kita akan cuba mencari keseimbangan harga tiket kita yang membolehkan kita menjana pendapatan yang diperlukan kelab, tanpa mengabaikan atau menghukum mana mana seksyen penyokong kita yang besar dan bersemangat.
Saya ada mendengar rintihan kamu semua dan saya faham bahawa, dalam kes ini, kita tidak selari dalam usaha kita mahu mencari keseimbangan.
Oleh itu, kita harus menilai semula keputusan kita dalam menetapkan harga tiket UCL sehingga ke paras yang kita rasa yang munasabah.
Jadi, penjualan tiket UCL buat masa ini ditangguhkan seketika dan akan dibuka semula selepas pelarasan harga baru dibuat.
Untuk mengekalkan hubungan jujur dan transparen, kami harus mengakui jika kami membuat kesilapan, dan kami juga merasakan amanah dan sokongan kamu kepada setiap keputusan, di mana setiap keputusan yang kami buat sentiasa mengutamakan Milan, satu satunya dan eksklusif.
Mewakili pihak kelab, pengurusan dan pemilik, saya berterima kasih kepada sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi daripada kamu semua, ianya akan menjadi sangat penting dalam misi kita mahu mengembalikan semula kegemilangan kelab ini.
Forza Milan, Sempre.
Ivan Gazidis