AC Milan Keciciran Mata Lagi, Inter Berpeluang Jadi Pendahulu Selepas Ini

AC Milan terlepas peluang untuk menjarakkan mata sebanyak empat mata di puncak Serie A apabila diikat oleh Torino di Stadio Olimpico Grande.

Milan hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri. Kerana keciciran mata buat kali kedua berturut turut.

Milan kekal di kedudukan teratas tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya kekalahan Napoli di tangga ketiga pada sepak mula lebih awal.

Keadaan ini tidak bagus untuk Milan. Ini kerana, jika jiran mereka – Inter Milan – kini cuma 1 mata di belakang AC Milan. Tetapi Inter Milan memiliki 1 perlawanan dalam tangan.

Jika Inter menang dalam perlawanan tersebut, maka pasukan yang mengawal kejuaraan liga akan  bertukar tangan dari AC Milan kepada Inter Milan.

Itu pastinya sangat mengecewakan peminat AC Milan yang menunggu kejuaraan Serie A pertama mereka sejak 2011.

Pasukan pelawat hanya melakukan 3 percubaan tepat ke sasaran sepanjang malam. Jumlah yang sama dicatatkan oleh Torino.

Kedua dua pasukan turut melakukan 14 percubaan ke arah gol.

AC Milan bergelut dengan teruk sekali untuk mencari rentak tanpa Zlatan Ibrahimovic di barisan hadapan serangan mereka.

Mereka tidak cukup bagus di final third. Ini adalah bukti bahawa AC Milan benar benar merindui kelibat Ibrahimovic yang mampu memberikan mereka aura tersendiri apabila dia berada di atas padang.

Rembatan Sandro Tonali pada 15 minit sebelum tamat, merupakan peluang terbaik untuk AC Milan dalam perlawanan ini.

Torino yang kelihatan lebih cerah peluang untuk menang perlawanan ini, dengan Andrea Belotti hampir meletakkan mereka di hadapan sebanyak dua kali.

Fikayo Tomori membuat halangan penting menghalang percubaan Belotti untuk menyelamatkan satu mata buat Rossoneri.

Ini adalah kedudukan semasa dalam Serie A setakat ini:

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di