AC Milan lwn Verona: Generasi Ke-3 Maldini, Daniel Melakukan Debut

Ketika perlawanan memasuki minit kecederaan, Daniel Maldini dibawa masuk menggantikan Samu Castillejo. Ia merupakan debut Daniel di Serie A.

Pada perlawanan tersebut, AC Milan mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hellas Verona. Hassan Calhanoglu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29, memadam gol pendahuluan Verona yang dijaringkan oleh Davide Faraoni pada minit ke-13.

Daniel merupakan anak bongsu kepada kepada bekas pertahanan AC Milan, Paulo Maldini. Juga cucu kepada Cesare Maldini.

Paulo juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bergelar sebagai pemain bola sepak iaitu Christian Maldini.

Kecuali Cesare, kesemua mereka mula bermain di akademi AC Milan.

Daniel kini berusia 18 tahun, seorang pemain tengah menyerang dan abangnya mengikut jejak langkah ayah dan datuk sebagai pemain pertahanan.

Daniel sememangnya dijangka akan membuat debut

Sehari sebelum perlawanan, jurulatih AC Milan sudah membayangkan Daniel mungkin akan beraksi pada perlawanan tersebut.

Senarai kecederaan pemain dalam skuad Stefano Pioli menjelang perlawanan tersebut menyaksikan pasukan mempunyai pilihan yang terhad.

Zlatan Ibrahimovic mengalami flu, Simon Kjaer deman dan Rade Krunic mengalami kecederaan. Ketiadaan Zlatan membuka peluang kepada Ante Rebic bermula di kesebelasan utama.

Apabila Rebic bermula maka Daniel mempunyai peluang berada di bangku simpanan dan boleh membuktikan kemampuan dirinya jika dibawa masuk.

Dan Daniel mendapat debut pertamanya pada perlawanan kompetitif bersama skuad utama.

Cesare Maldini

Bekas pelatih Triestina ini menghabiskan majoriti kariernya bersama AC Milan. Selepas 2 musim bersama Triestina, Cesare menyertai AC Milan selama 12 musim sebelum mengakhiri kariernya di Torino.

Sepanjang bersama AC Milan, Cesare meraih 4x Scudetto pada musim 1954/55, 1956/57, 1958/59 dan 1961/62.

Namun beliau tidak bernasib baik di pertandingan Coppa Italia, AC Milan tidak pernah memenangi piala ini malahan tidak pernah mencapai peringkat separuh akhir ketika Cesare bersamanya.

Sebelum bergelar jurulatih kebangsaan Itali, Cesare adalah jurulatih skuad B-21 tahun Itali. Cesare sangat pragmatik.

Cesare mengemudi pasukan Itali B-21 menjuarai kejohanan eropah 3 kali bertirut-turut

Cesare melakar sejarah apabila membawa skuad ini meraih 3 kejuaraan eropah berturut-turut pada edisi 1992, 1994 dan 1996.

Ia menjadi rekod yang tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana negara sehingga hari ini. Cesare meninggal dunia pada 2016.

Paulo Maldini

Paulo kini merupakan pengarah teknikal AC Milan. Bermula dari seorang pelatih kelab ini seterusnya beraksi selama 25 musim di Serie A bersama kelab ini juga.

Debut pertama Paulo bersama AC Milan ketika berusia 16 tahun dan perlawanan terakhirnya pada usia 40 tahun

Meraih banyak kejuaraan, 7x Scudetto dan 1x Coppa Italia. Paulo juga mempunyai 4 medal kejuaraan Liga Juara Eropah.

Apa yang kurang dalam kabinet kejuaraan Paulo adalah medal kejuaraan Piala Dunia dan Piala Eropah.

Paulo 2x beraksi di final tetapi tewas kepada Brazil (Piala Dunia 1994) melalui penentuan sepakan penalti dan tewas kepada Perancis (Piala Eropah 2000) hasil jaringan emas David Trezeguet.

Christian Maldini dan Daniel Maldini

Christian tidak mempunyai mempunyai karier yang baik. Walaupun bergelar sebagai pelatih remaja AC Milan, pemain ini gagal memecah masuk ke skuad utama.

Malahan ketika dipinjamkan ke Brescia, Christian tidak berjaya membuat sebarang penampilan dan pemain ini dijual ke Reggiana.

Christian gagal mengikut jejak bapa dan datuknya sebagai pemain AC Milan

Selepas itu kariernya hanya berkisar di Serie C dan D.

Langkah Daniel pula terlalu awal untuk ditulis. Baharu berusia 18 tahun dan membuat debut selepas dimasukan dalam masa kecederaan.

Apa yang ditinggalkan oleh Cesare dan Paulo mungkin terlalu besar untuk dicapai Christian dan Daniel.

Baca yang lain