Masa depan Theo Hernandez di AC Milan kini dilaporkan ‘tidak menentu’ kerana permintaan gaji yang dianggap terlalu tinggi untuk lanjutan kontrak baharu.
AC Milan dilaporkan terkejut dengan permintaan gaji tersebut. Di mana ejen Theo Hernandez dilaporkan memainkan peranan dalam meminta kenaikan gaji dianggap kurang munasabah itu.
Theo ialah pemain penting dalam skuad Milan sekarang. Dia bukan sahaja pemain tonggak di barisan pertahanan, dia juga pemain yang penting dalam serangan. Membuatkan dia diberi kepercayaan kerap menjadi kapten Rossoneri semasa ketiadaan Calabria.
Laporan juga menyebut pengurus AC Milan sebenarnya lebih suka Hernandez menjadi kapten berbanding Calabria yang kerap mengalami masalah kecergasan serta krisis prestasi – di mana dia kurang konsisten.
Theo juga merupakan antara pemain pertahanan terbaik di Eropah ketika ini. Pemain berusia 27 tahun ini juga merupakan tonggak utama pasukan kebangsaan Perancis.
Ketika ini Theo Hernandez masih dalam kontrak di AC Milan sehingga musim panas 2026. Walaupun dia mempunyai masa yang agak lama, masa depannya sering dikatakan tidak jelas.
Dilaporkan dia boleh pergi ke kelab lain kerana rundingan mengenai kontrak baharunya bersama Rossoneri dilaporkan masih tertangguh. Kini ada berita bahawa masa depannya di Milan semakin tidak menentu.
Kerana kelab itu dikatakan tidak mampu untuk menunaikan permintaan gajinya dalam kontrak baharu.
Milan malah sedia mempertimbangkan untuk menjual pemain itu seawal Januari ini jika ada tawaran yang dianggap memuaskan.
Menurut Calciomercato Theo Hernandez yang ketika ini menerima €4.5 juta semusim meminta gaji €6.5 juta semusim untuk kontrak baharu.
Kenaikan itu boleh mengganggu akaun gaji pasukan mereka dan mendedahkan kelab itu kepada risiko FFP.
Theo Hernandez kini bernaung di bawah ejen Manuel Garcia Quilon yang turut menjadi ejen kepada Mike Maignan dan juga Matteo Gabbia.
Ejen tersebut dikatakan sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak ketiga tiga pemain itu di AC Milan. Namun ketika ini keutamaan AC Milan adalah Theo Hernandez. Seterusnya Mike Maignan.
Quilon dijangka akan cuba sedaya upaya meminta gaji yang besar. Kerana 2 pemain ini menjadi pemain elit di Eropah.