AC Milan Sebenarnya Tak Ada Duit Nak Beli Lukaku

AC Milan berminat mendapatkan Romelu Lukaku dari Chelsea. Penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium itu menolak tawaran dari Arab Saudi kerana dia mahu terus bermain di Itali dengan Inter Milan.

Lukaku sanggup melupakan tawaran luar biasa dari Arab Saudi demi Inter Milan. Malangnya Inter memutuskan untuk memulangkan pemain itu dan tidak mahu menandatanganinya secara tetap.

Bandar Milan dikatakan masih menjadi pilihan Lukaku. Dia gagal mendapatkan kontrak tetap dengan Inter, namun Lukaku berpeluang menyarung jersi AC Milan.

Chelsea meminta AC Milan membayar €40 juta sahaja untuk Lukaku. Chelsea tidak menerima sebarang usaha AC Milan atau mana mana kelab yang mahu meminjam Lukaku pada musim 2023/24. Kelab telah memutuskan bahawa mereka hanya mahu menjual terus pemain itu.

Milan dilaporkan telah memulakan rundingan dengan Chelsea. Namun berlaku kontroversi kerana mereka sebenarnya berunding angka dengan Chelsea untuk wang yang sebenarnya tidak wujud dalam akaun mereka.

Milan masih perlu menjual beberapa pemain untuk mendapatkan Lukaku.

Penjualan Sandro Tonali ke Newcastle masih tidak menjamin mereka berjaya mendapatkan Lukaku. Kerana nilai bayaran perpindahan pemain itu serta gajinya.

Milan menggunakan dasar, jual sebelum beli. Dan untuk Lukaku, mereka masih perlu menjual beberapa pemain lagi.

Chelsea yang berharap akan dapat wang daripada Milan untuk Lukaku kini masih tidak pasti dengan situasi sebenar di Milan.

Ramai peminat hairan kenapa AC Milan bergelut dengan masalah kewangan yang seolah olah lebih teruk daripada sebelum ini. Sedangkan mereka menjuarai Serie A sebelum ini dan bermain di UCL.

Lukaku benar benar berharap dia dapat menyertai AC Milan. Namun situasinya sekarang, Milan memerlukan dana tambahan untuk membeli pemain itu, untuk mengelak akaun FFP mereka sakit.

Mereka baru mendapatkan Loftus Cheek dengan nilai €20 juta membuatkan mereka harus menambah lagi pendapatan daripada penjualan pemain terutamanya.

Lukaku masih berharap bahawa dia akan kembali ke Inter Milan. Namun tidak menolak kemungkinan akan menyertai AC Milan jika kelab itu ada wang untuk membelinya.

Hal ini kerana, Lukaku juga tidak mahu bermain untuk Chelsea lagi seperti mana yang dia tegaskan sebelum ini.

Chelsea pula sudah memutuskan mahu menjual Lukaku ke mana mana kelab yang mahu membelinya dengan harga yang memuaskan.

AC Milan masih bergelut untuk menjual beberapa pemain mereka. Sebelum ini Milan memecat Mancini dan Massaro. Dan kemudian mereka cuba menjual beberapa pemain utama pasukan termasuk Sandro Tonali.

Berita itu tidak menggembirakan peminat Milan yang merasakan kelab itu sedang memasang bom jangka dekat diri sendiri.