Acara Lumba Lari Jalan Raya Kini Lebih Terkenal Dari Aktiviti Rempit Di Indonesia

Seandainya di Malaysia suatu ketika dahulu pernah heboh dengan kegiatan lumba haram melibatkan mat rempit, namun di negara jiran, Indonesia pula kini mereka sedang heboh dengan aktiviti berlumba di jalan raya juga.

Namun, mereka bukanlah berlumba menggunakan motor, sebaliknya di Indonesia kini, sukan lumba lari jalan raya merupakan aktiviti paling terkenal untuk golongan remaja di sana.

Terdapat satu rakaman video yang tular di laman twitter telah menunjukkan bagaimana berlangsungnya aktiviti lumba lari jalan raya yang sedang terkenal itu.

Menurut laporan dari Vice Indonesia, acara lumba lari jalan raya sekarang telah menjadi aktiviti yang cukup terkenal di beberapa wilayah seperti Depok, Tangerang, Bogor, Yogyakarta, Palembang dan Padang.

Namun, jika perlumbaan jalan raya yang melibatkan motor atau kereta, para pelumba akan lebih mementingkan kenderaan mereka baik dari kebolehan engine sehingga kemampuan pemandu atau penunggangnya.

Sebaliknya, untuk acara lumba lari jalan raya ini pula, para pelari akan mempromosikan diri mereka dengan mempamerkan kelebihan yang mereka miliki seberti potongan badan, tinggi dan kondisi pelari.

Jadi bukanlah semua orang boleh terlibat dalam acara sukan lumba lari jalan raya ini.

Sama seperti perlumbaan motor jalan raya yang dianggap sebagai salah satu perlumbaan haram, lumba lari jalan raya ini juga dikatakan sebuah aktiviti lumba haram kerana berunsurkan pertaruhan.

Pertaruhan tersebut bukan hanya melibatkan para pelari, namun ianya juga melibatkan para penonton yang memilih pelari kegemaran mereka dan meletakkan pertaruhan untuk pelari pilihan mereka itu.

Apa yang menariknya, ketika acara tersebut berlangsung, jalan raya yang sepi boleh menjadi penuh sesak dengan ramainya penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.

Aktiviti tersebut kini semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja di Indonesia sejak dari bulan Mac yang lalu.

Walau bagaimanapun, pemerintah di Indonesia sekeras-kerasnya menghalang masyarakat dari terus menjalankan aktiviti tersebut kerana ianya melanggar undang-undang negara.

Selain berunsur perjudian, aktiviti tersebut juga salah kerana menghalang lalu lintas dan membahayakan nyawa para peserta.

Walau banyak bakat baru yang ditemui dari aktiviti tersebut, para pelari pecut itu semua sama sekali tidak berminat untuk berlumba secara rasmi di trak olahraga.

Sebaliknya mereka lebih menggemarkan untuk berlari di jalan raya kerana merasakan kepuasan yang tidak dapat dinikmati ketika menyertai perlumbaan biasa.

Kebiasaannya, setiap kali perlumbaan akan ada dua peserta yang menyertainya yang mana kedua-dua mereka akan berlumba sejauh 100 meter.

Pemenang akan menerima habuan yang lumayan dan kerana itulah kebanyakkan dari mereka menganggap aktiviti tersebut sebagai salah satu punca pendapatan.

Sehingga kini sememangnya masih belum ada kemalangan atau kecelakaan yang dilaporkan, namun pihak pemerintah mengambil serius perkera tersebut dan melarang aktiviti berkenaan dengan tegas.

Baca yang lain