ACL: JDT Tewas, Marcinho Buat Gol Lipat Selepas Kesilapan Syihan Hazmi

JDT tewas dalam aksi pembukaan Liga juara-juara Asia 2023/24. Di mana skuad Harimau Selatan itu tunduk kepada pasukan dari Jepun, Kawasaki Frontale.

Jaringan tunggal Marcinho pada separuh masa kedua telah menjadi perbezaan kepada kedua dua pasukan. Dengan Juara Liga Super Malaysia itu ternyata memberikan tentangan sebaiknya dan sengit.

Walaupun kalah JDT sebenarnya tampil sebagai pasukan yang lebih baik dari segi ciptaan peluang.

Namun dari segi ketajaman ternyata Kawasaki Frontale yang lebih baik. JDT mencipta lebih banyak peluang keemasan berbanding lawan mereka.

Pada separuh masa pertama sahaja pasukan JDT memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan yang berpotensi menjadi gol. Namun kesemuanya gagal disudahkan.

Seterusnya JDT turut dinafikan tuntutan penalti ketika Arif Aiman dikasari oleh lawannya. Keputusan itu agak kontroversi memandangkan Arif Aiman memang dikasari.

Marcinho yang menjadi masalah besar JDT menjaringkan gol dengan cara yang sangat spektakular.  Dia mengambil kesempatan di atas kesilapan Syihan Hazmi dengan melakukan gol lipat.

Kawasaki Frontale kemudian mengurangkan tempo permainan mereka dan fokus untuk bertahan. Mereka juga banyak melengahkan permainan ketika JDT terus cuba mencari gol penyamaan.

Secara keseluruhannya pasukan JDT melakukan 14 percubaan ke arah gol lawan. Manakala Kawasaki Frontale pula hanya 10.