Jaguh Korea Selatan, Ulsan HD lunyai dibelasah JDT di Stadium Sultan Ismail / SSI.
JDT tampil dengan salah satu aksi terbaik mereka musim ini terutama sekali dalam kempen ACLE.
JDT mendapat gol pertama pada separuh masa pertama menerusi Arif Aiman yang menghukum kesilapan pertahanan Ulsan HD yang terlalu kasual.
Arif Aiman berlari ke half-space dan tenang meleretkan bola menyilang lalu di hadapan keeper Ulsan.
Arif Aiman.
Ini ciapannya (That's the tweet)#ACLE pic.twitter.com/dui6XDHLOP
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Separuh masa kedua, JDT menambah 2 lagi gol.
Oscar Arribas melakukan percubaan yang terbias dengan kuat di kaki pertahanan lawan dan terus masuk.
Oscar Arribas dengan jaringan jarak jauh hasil defleksi pertahanan lawan!
Asakan bertubi-tubi Johor Darul Ta'zim membuahkan hasil, Harimau Selatan kini selesa dua gol dihadapan.#ACLE pic.twitter.com/fTs7AHcCC0
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Ketika JDT kelihatan cuba melindungi pendahuluan 2 gol mereka, pemain gantian Afiq Fazail mencetuskan momen untuk seorang lagi pemain gantian, Bergson.
Afiq melakukan hantaran vertikal yang cantik kepada Bergson yang dikawal pemain itu dan terus memperdaya pertahanan sebelum dia melepaskan rembatan rendah yang cantik.
Ini adalah gol pertama Bergson dalam kempen ACLE musim ini.
Cantik!
Jaringan PERTAMA Bergson saingan ACLE musim ini memastikan kemenangan buat Johor Darul Ta'zim di pentas tertinggi Asia!#ACLE pic.twitter.com/3k3ywQXOwu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
JDT meraikan kemenangan kedua mereka musim ini. Meletakkan JDT kini di tangga ketiga dalam carta ACLE untuk liga kumpulan A.
Sementara itu Ulsan HD mencatatkan rekod kekalahan keempat berturut turut mereka. Meletakkan skuad bimbingan Kim Pan Gon itu di tangga tercorot.
Satu fakta yang menarik Arif Aiman kini sudah mencetak 4 gol dalam kempen ACLE musim ini, dan dia meneruskan rekod cemerlangnya.