Ada Apa Dengan TikTok Sehingga Buatkan Amerika Syarikat Paranoid?

Lihatlah daripada sudut mana pun, dan ukurlah ia berdasarkan penanda aras yang anda inginkan. Tidak akan ada kata-kata lain untuk menjelaskan mengenai aplikas TikTok melainkan: “Ia amat sensasi!!!”

Ini berdasarkan fakta bahawa di dalam tempoh hanya setahun, aplikasi ini telah dimuatnaik oleh 1.5 billion pengguna di seluruh dunia! Hebat bukan? Ini bermaksud 20% penduduk dunia menggunakan aplikasi ini.

Sekarang, jangan anda nak berpura-pura. Siapa main TikTok, ayuh mengaku cepat.

TikTok adalah sebuah aplikasi yang dimiliki tidak lain dan tidak bukan oleh sebuah syarikat milik China, Bytedance. Bytendance adalah sebuah syarikat yang terlibat di dalam industri teknologi dan digital. Tidak dapat dinafikan TikTok adalah tulang belakang kepada kejayaan syarikat tersebut selama ini.

Bagi anda yang selalu TikTok, aplikasi ini bukan lagi asing bagi anda. Bagi yang tertanya-tanya, TikTok sebenarnya adalah aplikasi yang menyediakan platform video pendek dan kini menjadi amat popular di luar China, termasuklah di India.

Apa yang menarik perhatian adalah muat naik berjumlah dari 122 juta yang datag dari Amerika Syarikat Satu laporan dari The New York Times (TNYT) sehingga mendapat perhatian kerajaan Uncle SAM itu.

Where is our Celebrity Jury?😎#elizabethtan -3⃣️ Jam Lagi👉 TikTok All-Star Southeast Asia 2019🌟

Posted by TikTok on Thursday, November 7, 2019

Kita semua tahu sejarah China dan Amerika Syarikat terutama apabila membabitkan bab teknologi.

“Laporan TNYT antara lainnya turut mendedahkan surat dari Senator Chuck Schumer dan Tom Cotton kepada unit risikan Amerika Syarikat mengenenai bagaimana TikTok boleh dijadikan platform oleh negara luar untuk menpengaruhi kempen pilihanraya – melalui media sosial – seperti yang berlaku pada 2016.

Kempen melalui media sosial sememangnya adalah kebiasaan pada era ini. Tetapi ia sebenarnya bukan sahaja mengenai pengaruh luar.

Sebagai contoh apabila ada desakan dari panel persekutuan untuk menyiasat pembelian TikTok oleh Bytendance. Tiga senator di Amerika Syarikat juga menuntut Presiden Donald Trump untuk menyiasat kemungkinan TikTok boleh memberikan ancaman keselematan di dalam negara dan pelanggaran privasi.

Kemudian timbul isu kandungan atau content di TikTok yang ditapis kerana bercanggah atau menentang ideologi Parti Komunis yang diamalkan di China.

Ada tudung moji jugak😄

Tip-tip main TikTokMoji? Got it👉https://vt.tiktok.com/d3E2jg/

Posted by TikTok on Wednesday, November 6, 2019

Perkara itu dinafikan oleh Kerajaan China. Malah Bytendance berkata kandungan untuk Amerika Syarikat adalah bersandarkan data tempatan, dan syarikat itu tidak perlu menapis sebarang kandungan yang dianggap sensitif di China.

Sebelum ini beberapa syarikat teknologi China seperti Huawei dan ZTE sudah pun melalui kesukaran di pasaran dunia kerana perang digital dengan Amerika Syarikat. Tiada bukti khusus bagaimana kedua-dua Huawei dan ZTE dilihat mampu menggugat Amerika Syarikat.

Kini giliran TikTok menjadi perhatian. Ia sesuatu yang menarik bagaimana aplikasi hiburan – paling popular dunia – akan menyerap tekanan yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat secara berterusan selepas ini.

Bagi kebanyakkan pengguna, aplikasi TikTok ini sekadar platform untuk hiburan. Bagi Amerika Syarikat mereka mungkin ada sebab tersendiri untuk berasa paranoid.

Baca yang lain