Ada Tangan Ghaib Di Spurs Kata Postecoglou

Ange Postecoglou mendedahkan bahawa ada tangan ghaib di Spurs yang menyukarkan dia bertugas di sana.

Spurs bergelut dengan prestasi musim ini. Dan Ange Postecoglou menganggap tangan ghaib ini antara punca yang menyukarkan dia mengendalikan pasukan yang sedang berdepan banyak masalah kecederaan musim ini.

Dia kecewa kerana banyak informasi dalaman dalam kelab itu terdedah kepada umum menerusi tangan ghaib ini yang juga tali barut.

“Memang tiada keraguan lagi, ada kebocoran informasi dari dalam kelab ini sendiri.

“Ada seseorang dari dalam sini yang membocorkan informasi kepada umum dan telah berlaku selama beberapa tahun ini.

“Saya tidak tahu apa tujuan dia buat begini, yang pasti ianya lebih menyukarkan kerja saya di sini.

“Ini tiada manfaat kepada kami dan kami tak mahu membantu lawan kami dengan informasi seperti ini.

“Kami dah mencari puncanya, dan saya dapat tahu, dan kami akan menyelesaikan masalah ini.

“Ianya tidak membantu kami pada hari perlawanan. Kadangkala informasi itu separuh benar, dan kadangkala melampau lampau pun ada.

“Kamu pasti fikir orang di dalam kem kami sendiri bekerja dengan kami berbanding menentang kami.”

Kenyataan Ange Postecoglou ini membuatkan ramai peminat Spurs bengang. Dan mereka mahu tali barut ini dibuang segera daripada kelab.

Namun ada juga yang menyalahkan Levy sendiri sudah menyemai budaya menjual informasi dalaman kepada umum untuk meraih wang.

Sebelum ini Mourinho Pochettino dan Mourinho pernah akui tidak selesa dengan kamera dipasang di semua tempat mereka bekerja hanya kerana mahu membuat dokumentari kelab.