Adab Bertamu Pasukan Romania Dipuji, Tinggalkan Bilik Persalinan Dengan Bersih Dan Berterima Kasih Kepada Tuan Rumah

Adab bertamu pasukan Romania mendapat pujian media seluruh eropah. Satu gambar dikongsikan oleh pekerja pembersihan bilik persalinan yang menunjukkan betapa bersihnya bilik persalinan ditinggalkan oleh Romania.

Dalam pada mereka menelan kekecewaan di tangan Belanda, pemain pemain mereka masih lagi membersihkan loker dan bilik persalinan.

Romania kalah di tangan Belanda pada pusingan 16 akhir.  Namun mereka sangat berbangga dapat terlibat dalam EURO 2024 kali ini.

Mereka langsung tidak bercerita buruk tentang tuan rumah yang melayan mereka. Bagi mereka setiap layanan dan fasiliti yang disediakan adalah sesuatu yang disyukuri. Kerana mereka berada di tempat orang.

Pasukan Romania meninggalkan bilik persalinan itu sama seperti mana mereka tiba di situ. Bak kata orang putih, clean as you go dan tidak meninggalkan sebarang sampah sarah atau kotoran.

Mereka memang diajar oleh pengurus dan jurulatih mereka tentang adab bertamu. Edward Iordănescu sangat tegas soal disiplin pemain tidak kira pemain senior atau pemain muda.

Pemain yang tidak berdisiplin tidak layak berada dalam skuad Romania yang ada. Ianya salah satu sebab kenapa Romania mampu mara ke Euro 2024 kali ini.

Mereka mengajar pemain tentang disiplin di semua aspek, tidak kira dalam latihan, permainan atau di luar masa permainan.

Mereka malah sempat meninggalkan nota penghargaan kepada tuan rumah yang melayan dan menyediakan kemudahan untuk mereka dari segi penginapan dan fasiliti lain sepanjang Euro 2024.

Perkara itu mendapat perhatian daripada UEFA sendiri yang berkongsi tentang keadaan bilik persalinan pasukan Romania.

Nota itu berulis dengan letterhead rasmi daripada FA Romania berbunyi: “UEFA EURO 2024 salah satu pengalaman paling penting dalam sejarah kami dan kami berbesar hati apabila Jerman dipilih untuk mengendalikan pentas ini.

“Setiap perlawanan, setiap emosi, setiap pengalaman di sini telah membuatkan kita semua bersatu dalam magis bola sepak. Kami meninggalkan Jerman setelah memberikan segalanya untuk negara Romania dan bersyukur dengan setiap pengalaman kami di sini.

“Ianya satu penghargaan untuk menjadi sebahagian daripada keluar bola sepak Eropah. Terima kasih banyak banyak kerana membuatkan kami benar benar rasa seperti di rumah sendiri.

“Kami sangat berterima kasih dengan semua fasiliti yang menjadi sebahagian besar daripada pengalaman indah kami di EURO 2024.

“Dari kami pasukan kebangsaan Romania.”

Sebelum ini sudah banyak pasukan melakukan perkara positif seperti ini, terutama sekali Jepun di pentas kejohanan major. Dan ramai peminat bola sepak berharap budaya ini akan diteruskan kerana ianya boleh membantu mendidik generasi muda tentang adab bertamu terutama sekali orang eropah.