Adab Dengan Jurulatih, Messi Dan Neymar Dipuji Kerana Minta Izin Masuk Bilik Persalinan

Messi dan Neymar mengingatkan peminat kepada zaman sekolah di mana pelajar meminta kebenaran guru sebelum keluar ke tandas.

Kedua dua pemain beraksi dalam perlawanan menentang Auxerre di mana PSG menang 5-0.

Messi dan Neymar dikeluarkan awal pada minit ke-75 kerana tugasan mereka sudah selesai.

Lebih penting kedua dua pemain bebas daripada kecederaan menjelang aksi Piala Dunia 2022. Sudah tentunya mereka mahu pergi ke Qatar dalam keadaan segar bugar.

Terdapat satu detik di mana kedua dua pemain mahu pergi ke bilik persalinan sebentar.

Dan mereka meminta kebenaran daripada pengurus, Christophe Galtier.

Mereka meminta pemain dan pegawai yang berdekatan Galtier untuk menyampaikan hasrat mereka.

Dan Galtier memberikan kebenaran kepada mereka. Barulah Messi dan Neymar pergi ke bilik persalinan.

Ketika melangkah masuk, Neymar dilihat ditahan oleh Galtier. Dipercayai pengurus itu mahu mereka kembali segera ke bangku simpanan bersama pasukan setelah mereka selesai dengan urusan mereka.

Ianya bagi mengelakkan kedua dua pemain itu tiba tiba buat hal balik ke rumah pulak kan.

Ramos cuma tersenyum melihat telatah Neymar. Mungkin ada benda kelakar la tu kan. Ke Ney nak pergi tandas nak berteman juga dengan Messi.

Saksikan detik pemain yang termahal di dunia dengan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman menghormati jurulatih mereka di sini:

Messi dan Neymar terus menjadi nadi penting PSG musim ini selain daripada Kylian Mbappe.

Kedua dua pemain turut menjadi arkitek negara masing masing dalam Piala Dunia 2022 yang akan bermula kira kira seminggu lagi.

Messi sudah menyatakan bahawa ini adalah Piala Dunia terakhirnya. Begitu juga dengan Neymar yang menyatakan dia merancang untuk bersara selepas Piala Dunia 2022.

Selepas tamat Piala Dunia, Messi akan menentukan hala tuju kariernya pada musim hadapan. Dia berada di bulan bulan terakhir kontraknya bersama PSG.

Ramai yang meramalkan dia akan kembali semula ke Barca. Namun terdapat juga laporan menyebut Messi bakal menyertai kelab milik David Beckham, Inter Miami yang beraksi di Liga Major Amerika.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.