Adailton Martins: Mesin Pencetak Gol Brazil Yang Hilang Selepas Aksi Di Malaysia

Piala Dunia B-20 FIFA 1997 merupakan edisi ke-11 Piala Dunia B-20 anjuran Fifa.

Kejohanan ini telah berlangsung di Malaysia bermula 16 Jun hingga 5 Julai.

Kejohanan ini telah menampilkan pemain yang berbakat yang telah menggegar dunia seperti Michael Owen dan Pablo Aimar.

Lahirnya Pemain Berbakat

Piala dunia remaja 1997, pada kejohanan ini lah dimana Michael Owen mula dikenali dunia apabila beliau menjaringkan 3 Gol dalam kejohanan ini.

Di mana Pablo Aimar menjadi bual bicara dan Gol keramat jaringan Lionel Scalloni yang mengegar jaring Gol stadium Sarawak menjadi fenomena.

Pablo Aimar merupakan idola kepada pemain terbaik dunia tahun ini iaitu Lionel Messi.

Ketika ini juga  Thiery Henry merupakan seorang pemain yang bermain di bahagian sayap bersama dengan skuad Peranccis.

Beliau tak dikenali sangat dalam kejohanan tersebut walaupun antara penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan 3 Gol.

Henry Sekadar dipinggiran

Adailton Martins, bintang muda Brazil

Ada seorang pemain yang diramal bakal menjadi gandingan berbisa Ronaldo untuk saingan Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis.

Beliau adalah Adailton Martins. Beliau meledak 10 gol, walau Brazil hanya berjaya sampai ke suku akhir, dimusnahkan oleh Gol hebat Scaloni.

4 perlawanan 10 gol nyata sesuatu yang hebat bukan? Beliau menjadi bintang yang menjadi tumpuan sepanjang kejohanan.

Beliau memiliki segala skil dan kualiti seorang penyerang prospek hebat. Kemampuan untuk membaca permainan dan juga teknik rembatan yang tajam.

Tapi setakat itu sahajalah kerjaya peringkat antarabangsa beliau.

Permata yang malap

Adailton kemudiannya bermain untuk Parma dan gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Seterusnya, Adailton dipinjamkan ke PSG tetapi masih gagal untuk mencapai potensi yang diharapkan.

Hellas Verona cuba membentuk semula kerjayanya namun tidak pernah mencapai tahap yang sering mereka debatkan , sebagai penganti Ronaldo.

Zalayeta dan Niclas Oliviera juga dipandang tinggi pada kejohanan ini juga gagal.

Henry, Aimar, Owen, Carragher dan beberapa lagi pemain mengegar dunia generasi ini selepas itu.

Tidak Menepati Ramalan

Menjadi ‘golden boy’ pada era itu beliau di letakkan harapan yang tinggi untuk terus bersinar dan menjadi penyerang sensasi untuk skuad Brazil.

Namun selepas kejohanan itu beliau serba serbi tidak menjadi. Sentuhan berbisa nya hilang.

Pelbagai usaha dilakukan agar beliau mendapatkan semula sentuhan berbisa nya. Namun semua usaha itu menemui jalan mati.

Dek Kerana itu, kejohanan Piala dunia remaja di Malaysia pada tahun 1997 adalah aksi terakhir beliau di peringkat antarabangsa, itupun bukan kejohanan kompetitif untuk senior.

Rumusan

Adailton dianggap pemain muda yang menjadi ‘back up’ yang paling ideal kepada generasi emas Brazil ketika itu yang dianggap paling berbakat.

Namun sayang sekali Adailton sekadar mencetak namanya sebagai prospek yang mengujakan satu kejohanan piala belia.

Bagi yang pernah menyaksikan aksi Adailton di Malaysia ketika itu, anda pastinya tumpang simpati dengan nasib pemain ini.

Baca yang lain