Adakah 3-5-2 Masalah Malaysia Ketika Kalah Semalam?

Rasanya dari dulu lagi Ong Kim Swee sudah menggunakan sistem back 3. Tak 3-5-2, 3-4-3. Sampaikan aku sendiri pernah ulas kenapa isu ini tak diseragamkan.

Tetapi sebenarnya, masalah Malaysia semalam bukan formasi. Pedulikan kata-kata si coach Filipina tetiba nak pertikaikan formasi orang.

Dia tak tahu ke formasi back 3 OKS ni hampir membuatkan Song Heung Min masuk khidmat negara. Pernah tewaskan Korsel kau tau.

Dah berapa kelayakan Asia beberapa peringkat OKS pakai sistem Back 3 ni dan berjaya. Sebab tu ia boleh dikira proven.

Dia kata dia senang tebuk wing. Sebenarnya yang buat dia senang tebuk wing tu sebab winger kita seperti Akhyar tak track back. Mereka tak banyak membantu wingback.

Itu lebih kepada masalah perlaksanaan bukannya isu formasi.

Ong Kim Swee menang sukakan back 3. Walaupun saya sendiri kekadang pelik. Kenapa pasukan remaja pakai back 3 dengan pendekatan pragmatik. Dan pasukan senior dengan 4-3-3 dengan possession football.

Macam saya cakap di atas, isu team OKS ni semalam bukan formasi. Tetapi isu gagal melaksanakan tugas di atas padang.

Banyak sangat extra touches dan paling penting satu benda ni. Pemain gagal mendapatkan rentak terutama sekali di bahagian tengah.

Dalam bola sepak, team yang merajai bahagian tengah biasanya akan lebih stabil. Jika gagal buat benda tu, maka kau kena fikir isu counter attack dari wide area.

Malaysia semalam, ada beberapa pemain gugup. Dan isu tak percayakan kawan. Benda ni secara tak langsung la.

Dalam bola sepak, sangat penting percayakan rakan-rakan anda dalam padang. Seterusnya persefahaman di antara pemain. Itu juga penting.

Isu lain, kita berharap pemain seperti Adam dan Syameer lebih vokal di dalam padang. Korang adalah pemain senior kebangsaan tu.

Kekadang kapten kita terlalu pendiam. Come on Adam. Kau boleh buat kot.

Akhyar tu kalau kau rasa dia overplay, kau boleh sedarkan dia dengan satu teriakan. Dalam bola sepak kita tak boleh sentiasa berkata: “It’s ok bro.”

Ada sesetengah perkara kita kena kejutkan rakan kita dan bagitau dia itu tak ok. Ini semua demi kebaikan pasukan.

Seterunsya, adalah persiapan kita. Kita tak cukup sedia kali ini. Setiap edisi Sukan SEA memang sukar nak sedia awal. Nama pun pasukan belia.

Tapi sebelum ini kita dah buktikan bahawa kita mampu mempersiapkan pasukan yang baik.

Cuma kali ini ia mengambil masa sedikit. Takut tak terlalu lambat. Diharap 2 perlawanan terkahir kita menang besar.

Fokus kepada tugasan kita dan biarkan yang lain buat kerja mereka.

Tiada apa yang mustahil. Ong Kim Swee tak perlu panik nak tukar formasi. Cuma cari pemain terbaik untuk melaksanakannya berdasarkan prestasi semasa.

Tak nak la dengar alasan ketiadaan Pawi dan Azam Azih sebagai alasan utama. Mana-mana negara, pasukan belia atau pasukan muda mereka akan cepat berkitar para pemainnya.

Namun di sebalik semua itu, ada juga perkara positif semalam. Misalnya aksi Domini dan Irfan, banyak juga diorang buat recovery apabila kena serangan balas.

Seterusnya, Luqman Hakim semalam bersemangat tu sampai turun bawah dan membantu pertahanan.

All the best untuk next game. Malaysia kamu mampu melakukannya.

Apa pula pandangan korang. Nak dengar pula. Tak kisah la pandangan berbeza yang penting perbincangan kita positif.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di