Adakah Abraham Mampu Menjadi Pemain ke-4 Sebagai Penjaring 20+ Gol Chelsea

Frank Lampard menurunkan barisan pemain dengan meletakkan Ross Barkley bergandingan Jorginho di bahagian tengah. Ia merupakan penampilan pertama Barkley sejak 19 Oktober lepas.

Ross Barkley tersisih agak lama dan kecederaan Kante memberi peluang kepadanya bermula dalam kesebelasan utama

Antara sebab utama Barkley diturunkan adalah kerana N’Golo Kante mengalami kecederaan.Dengan Barkley dan Mason Mount, pasukan ini akan lebih bersifat menyerang.

Chelsea bermula dengan agak lemah pada permulaan permainan, tetapi bernasib baik mendahului lawan melalui sepakan penalti dari Jorginho hasil ‘dive’ yang dilakukan oleh Willian.

‘Dive’ adalah salah, tapi ia boleh dikatakan usaha yang baik dari Willian untuk pasukannya.

 

Chelsea agak hambar pada separuh masa pertama, tapi entah bagaimana mereka mendahului 2-0 pada separuh ke-2. Selepas jaringan penalti, permainan 1-2 dari Reece James di sebelah kanan dan kemudiannya melakukan hantaran lintang disambar dengan kepala Tammy Abraham.

Ia merupakan jaringan ke-13 Abraham pada musim ini di Liga Perdana Inggeris.

Callum Hodson-Odoi yang muncul kali ke-4 dalam kesebelasan utama Chelsea pada musim ini, menjaringkan gol ke-3, juga gol pertamanya.

Chelsea menang 3-0 dan kekal di tangga ke-4 dengan mendahului Man Utd 5 mata dalam perebutan slot ke Liga Juara Eropah musim hadapan.

13 gol Abraham, 7 lagi untuk bersama 3 penjaring lagenda kelab.

Sejarah penjaring terbanyak kelab sejak 1992, hanya 6 musim Chelsea mempunyai penjaring 20+ gol pasukan. Ia dilakukan oleh 3 pemain dan 4 kali daripadanya meraih anugerah kasut emas.

Dengan baki 16 perlawanan Liga, Abraham mempunyai peluang terbaik menjadi pemain ke-4 (20+ gol) dalam sejarah kelab

Jimmy Floyd Hasselbaink menjadi pemain pertama melakukannya pada musim 2000/01 dengan mengumpul 23 jaringan. Hasselbaink mengulangi lagi pada musim 2001/02 juga dengan 23 gol.

4 musim selepas itu giliran Didier Drogba mencatat 20 gol, selang 2 tahun iaitu pada musim 2009/10, Drogba mengungguli sejarah kelab dengan mengumpul 29 gol.

Drogba menjadi pemain Chelsea paling banyak mengumpul jaringan semusim di Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 31 musim.

Diego Costa melakukan 2 kali, pada musim 2014/15 dan 2016/17. Masing-masing dengan 20 gol.

Hanya 3 penyerang yang mampu menamatkan kempen liga dengan menjadi pemain 20 gol. Adakah Tammy mampu menjadi pemain ke-4?

Sehingga kini, penyerang ini telah mengumpul 13 jaringan selepas 22 perlawanan liga berlangsung. Chelsea masih mempunyai 16 baki perlawanan dan peluang Abraham tetap ada jika beliau terus kekal menjadi penyerang utama pasukan.

Berikut adalah senarai penjaring terbanyak Chelsea sejak 1992

  • 1992/93: Mick Harford/Graham Stuart, 9 gol
  • 1993/94: Mark Stein, 13
  • 1994/95: John Spenser, 11
  • 1995/96: John Spencer, 13
  • 1996/97: Gianluca Vialli, 9
  • 1997/98: Tore Andre Flo, 11
  • 1998/99: Gianfranco Zola, 13
  • 1999/00: Gutavo Poyet/Andre Flo, 10
  • 2000/01: Jimmy Floyd Hasselbaink, 23 (Kasut Emas)
  • 2001/02: Jimmy Floyd Hasselbaink, 23
  • 2002/03: Gianfranco Zola, 14
  • 2003/04: Jimmy Floyd Hasselbaink, 13
  • 2004/05: Frank Lampard, 13
  • 2005/06: Frank Lampard, 16
  • 2006/07: Didier Drogba, 20 (Kasut Emas)
  • 2007/08: Frank Lampard, 10
  • 2008/09: Nicholas Anelka, 19 (Kasut Emas)
  • 2009/10: Didier Drogba, 29 (Kasut Emas)
  • 2010/11: Florent Malouda, 13
  • 2011/12: Daniel Sturidge?Lampard, 11
  • 2012/13: Denba Ba, 15
  • 2013/14: Eden Hazard, 14
  • 2014/15: Diego Costa, 20
  • 2015/16: Diego Costa, 12
  • 2016/17: Diego Costa, 20
  • 2017/18: Eden Hazard, 12
  • 2018/19: Eden Hazard, 16
  • 2019/20: Tammy Abraham, 13

Callum Hodson-Odoi terun menjadi prospek terbesar kelab

Pemain ini mengalami kecederaan pada penghujung musim lepas. Odoi berada di dalam senarai kecederaan sepanjang 2 bulan pertama musim ini.

Penampilan pertamanya berlaku pada 28 september sebagai pemain simpanan masuk. Odoi masih mengekalkan prospeknya dengan menghasilkan 1 bantuan jaringan pada perlawanan itu.

Selepas melakukan 3 bantuan gol pada 3 perlawanan awalnya, Odoi melakukan jaringan pertama semalam

Pada 2 perlawanan berikutnya, Odoi menyumbangkan 2 lagi bantuan gol. Menjadikan 3 bantuan dari 3 perlawanan awalnya pada musim ini.

Pemain sayap berusia 19 tahun ini kembali direhatkan, bagi mencapai kecergasan sepenuhnya selepas kecederaannya. Beliau kembali pada 26 Disember dan 11 Januari dengan merekodkan jaringan pertamanya musim ini.

Chelsea mempunyai kurang pilihan apabila Pedro sudah menunjukkan penurunan dan Willian perlukan bantuan. Mason Mount lebih diberi pilihan bermain di belakang penyerang berbanding sebagai pemain sayap menyerang.

Hanya Cristian Pulisic sahaja pilihan Lampard yang ada dan jurulatih ini mahu memasuki jendela perpindahan untuk mencari seorang pemain di bahagian ini.

Chelsea kembali memberi cabaran kuat memastikan slot Liga Juara Eropah miliknya

Lampard mempunyai fasa cemerlang sepanjang bulan Oktober dan awal November dengan merekod 6 kemenangan berturut-turut di Lida Perdana tetapi tewas 5 dari 7 perlawanan selepas itu.

Dalam 3 perlawanan lepas, Lampard kembali dengan merekod 2 kemenangan. Pelumbaan tempat ke-4 khususnya dari Manchester United kembali bermula.

Chelsea menang 3-0 dan Manchester United menang 4-0, Chelsea mendahului dengan 5 mata.

Baca yang lain