Adakah Chelsea Akan Mula ‘Membida’ Haaland Atau Tunggu Musim Hadapan

Chelsea kini sedang menjalani latihan pra musim dan kelab tersebut masih belum mempunyai seorang penyerang mahal selari dengan statusnya.

Selepas menjuarai Liga Juara Eropah, Chelsea secara langsung diangkat menjadi pencabar utama menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2021/22.

Namun masih terdapat syarat siapa yang berjaya dibawa masuk pada jendela perpindahan ini bagi menguatkan lagi pasukan itu -terutamanya posisi penyerang tengah.

Masih terdapat banyak lagi masa kerana jendela perpindahan akan ditutup pada 31 Ogos depan, namun Chelsea sedang tertanya-tanya apa yang bakal berlaku.

Pada musim lepas Chelsea agak pantas di jendela perpindahan apabila rundingan mendapatkan Timo Werner dan Hakim Ziyech diselesaikan sebelum jendela perpindahan dibuka.

Perbincangan dengan Kai Havertz dan Ben Chilwell berlangsung awal dan cukup pantas.

Statistik pemain Chelsea di EPL

Hari ini, penyokong Chelsea mempunyai 1 senarai pemin yang paling dikehendakinya atau 1 pemain impiannya iaitu Erling Haaland.

Pada bulan lepas Chelsea dilaporkan bersedia memecah rekod kelab untuk mendapatkan pemain kebangsaan Norway itu.

Ruang untuk membawa Haaland terbuka luas selepas Oliver Giroud berpindah ke AC Milan dengan nilai £1.7 juta. Ia bermakna ada ruang yang perlu diisi oleh Chelsea.

Malah ia menjadi banyangan Chelsea akan mempunyai penyerang baru apabila sanggup melepaskan Giroud walaupun bakal penyerang baru itu nanti bukan Haaland.

Chelsea sedar bukan mudah membawa Haaland ke London kerana pada kebiasaanya Borussia Dortmund hanya melepaskan 1 pemain bintangnya setiap tahun.

Musim ini Dortmund telah menjual Jadon Sancho ke Manchester United dengan harga £73 juta.

Di Dortmund, kelab ini mengalami tempoh sukar apabila hanya menamatkan kempen liga di tangga ke-4 namun boleh menarik nafas lega apabila masih layak ke pertandingan Liga Juara Eropah.

Dortmund juga dilaporkan mengalami kerugian £37.7 juta pada awal musim lepas dan diramalkan terus mengalami kerugian £64.4 juta untuk tempoh 12 bulan selepas itu.

Pada bulan lepas terdapat laporan Haaland akan kekal bersama Dortmund kerana kelab sudah mendapat slot ke Liga Juara Eropah. Jika Dortmund gagal ke Liga Juara Eropah sudah pasti kelab akan kehilangan Haaland.

Kenyataan dari pimilik Chelsea pada 21 Julai, Roman Abramovic bersedia membayar apa saja untuk mendapatkan penyerang itu membuatkan kenyataan Dortmund masih belum terjamin.

KLAUSA HAALAND

Terdapat beberapa perkara yang akan mendorong kenapa Chelsea akan membeli Halaand.

Pada musim hadapan klausa pelepasan yang bernilai £64.4 juta Halaand akan aktif. Situasi itu bakal membawa banyak persaingan dari kelab lain.

Kini Real Madrid dan Barcelona tidak mampu menawarkan £100 juta dalam bidaan terbuka kerana mereka mengalami masalah kewangan akibat masalah pandemik.

Sebelum ini Chelsea telah berusaha selama lebih 18 bulan berunding dengan ejen Halaand iaitu Mino Raiola untuk mendapatkan pemain tersebut. Chelsea perlu membayar komisen tinggi kepada Raiola.

Raiola juga mahu menjadikan Halaand salah seorang penerima gaji tinggi, sekurang-kurangnya melebihi apa yang diterima oleh N’Golo Kante £290 ribu seminggu.

Menurut laporan terbaru menyatakan Chelsea mahu membuat tawaran £150 juta pada minggu ini, walaupun mereka telah bersetuju dengan kenyataan Dortmund yang tidak akan menjual Halaand musim ini.

Thomas Tuchel masih belum mempunyai skuad yang lengkap. Chelsea hanya menjaringkan 58 gol pada kempen liga lepas -hanya menjadi pasukan ke-9 terbaik dalam bentuk jaringan.

Timo Werner cukup bergelut untuk convert peluang menjadi jaringan malah pemain antarabangsa Jerman itu menunjukkan kurang keyakinanan di Liga Juara Eropah.

Tuchel tidak terlalu berminat dengan kemampuan Tammy Abraham apabila penyerang itu hanya diberi 230 minit masa permainan. Abraham dilaporkan bersedia meninggalkan Chelsea.

Chelsea hanya boleh berharap kepada Kai Havertz namun persoalannya adakah Havert mampu menjadi penjaring 20+ gol/semusim seperti yang sering dimiliki oleh pasukan yang menjuarai liga?

Walaupun terdapat petunjuk besar bahawa Halaand tidak akan dijual pada musim ini namun Chelsea boleh merealisasikan minatnya menjadi kenyataan.

Kemampuan Haaland sebagai penyerang tengah cukup terbukti melalui 57 gol dalam 59 perlawanan bersama Dortmund.

Haaland bukanlah sasaran tunggal Chelsea. Kelab ini juga berminat mendapatkan Harry Kane namun Tottenham tidak mahu melepaskan aset pentignya lebih-lebih lagi kepada pesaingnya dalam liga yang sama.

Penyerang terbaik eropah lain, Romelu Lukaku sudah menyatakan pendirian kekal dan gembira di Inter dan pasangannya Lautaro Martinez sedang dalam rundingan lanjutan di San Siro.

Chelsea boleh memutuskan ‘menguji Inter’ dengan tawaran yang signifikan namun jika Chelsea berbelanja £100 juta untuk Lukaku, kelab ini tidak mungkin akan berbelanja besar lagi pada musim seterusnya untuk mendapatkan Halaand.

Chelsea pada kebiasaannya Chelsea akan mencari inisiatif yang lebih murah seperti apa yang mereka lakukan ketika membeli Giroud pada satu masa dahulu.

Kelab hanya berbelanja £18 juta pada Januari 2018 bagi mendapatkan Giroud. Pilihan lebih murah untuk Chelsea pada hari ini adalah Danny Ings sebelum mereka berjaya membeli Haaland.

Tetapi adakah Tuchel gembira dengan pelan jangka pendek tersebut?

Chelsea sentiasa bercita-cita tinggi meraih trofi pada setiap musim. Ings tidak mempunyai bakat besar seperti Haaland. Malah tidak benar-benar teruji dalam pertandingan kelab eropah.

Pada masa lepas, Avramovic telah membuktikan dia mempunyai kekuatan berbelanja dengan membeli Fernando Torres (£50 juta pada Januari 2011), dan Alvaro Morata (£60 juta pada pra musim 2017).

Chelsea dijangka membuat keputusan sama ada tunggu pada musim hadapan atau membida Haaland secara agresif pada musim ini.