Adakah Emi Martinez Handball? Ini Analisis BBC

Prestasi pengadil Anthony Taylor menjadi subjek perdebatan selepas pengadilannya dalam final Piala FA 2019/20.

Biasalah tu, rumah siap pahat masih berbunyi kan?

Di mana ramai pihak berpendapat beliau gagal mengendalikan permainan dengan lebih baik.

Salah satu daripada isu yang dibangkitkan adalah gambar ini:

Ramai yang berpendapat Emiliano Martinez sepatutnya diberikan kad merah kerana handball pada kedudukan dia menafikan peluang gol jelas oleh pasukan lawan.

Adakah Emi Martinez handball?

Media seperti Goal sendiri membangkitkan isu bagaimana Emi Martinez boleh terlepas daripada hukuman untuk situasi di mana mereka percaya penjaga gol itu menangkap bola di luar garisan kotak gol.

Dalam satu analisis selepas perlawanan, menyatakan bahawa Emi Martinez sebenarnya tak handball.

Kakinya berada di luar kotak penalti. Manakala tangannya tepat tepat menangkap bola di dalam kotak penalti.
Malah pundit kagum dengan keyakinan Emi Martinez yang berada pada timing yang sangat tepat

Korang saksikan di sini:

Jadi, imej ini adalah imej yang sudah disunting.

BBC kemudian tampil dengan imej sebenar kedudukan Emi Martinez ketika menangkap bola tersebut.

Namun terdapat dua lagi pengadilan Anthony Taylor yang menjadi subjek perdebatan peminat.

1. Penalti kepada Aubameyang

2. Kad merah Kovacic

Untuk dua insiden tersebut pengurus Chelsea Frank Lampard, setuju bahawa penalti kepada Arsenal itu adalah sah.

Namun beliau mempertikaikan kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah Kovacic.

Menurut Lampard, keputusan penalti itu tepat tetapi kad merah kepada Kovacic tidak betul.

Ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai keputusan penalti dan kad merah Kovacic, Lampard berkata: โ€œSaya fikir ia adalah penalti dan itu bukan kad merah. Saya rasa itu cukup jelas. โ€

Lampard juga yakin para pemain harus dipersalahkan atas kekalahan kepada Arsenal.

Bercakap kepada BBC, Lampard berkata: โ€œKami bermula dengan baik selama 10-15 minit dan kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri dari saat itu.โ€

โ€œKami terlalu awal merasa puas, kami tiada urgency ketika memilikibbola seperti berjalan-jalan dan kami membiarkan mereka masuk ke dalam game ini.โ€

โ€œSukar untuk kembali ke permainan ketika itu. Banyak benda hari ini adalah kesalahan pada kita.โ€

โ€œYang dapat saya lakukan dari luar adalah berteriak!โ€

โ€œTerdapat banyak elemen dalam permainan kami yang kami telah bekerja keras sepanjang tahun tetapi perkara itu ada dalam diri anda sebagai satu kumpulan.โ€

โ€œHari ini kami lambat, mengundang tekanan. Kami tidak bermain dengan cukup baik untuk memenangi perlawanan akhir.โ€

โ€œSaya bahkan tidak memikirkan minggu depan, semuanya berlaku pada kita hari ini, dua hamstrings, satu kecederaan bahu.โ€

โ€œIni adalah akhir musim yang panjang dan panjang dan inilah titik tolak bagi kami.โ€

Arsenal menjuarai Piala FA ke-14 dalam sejarah kelab mereka. Membolehkan mereka mara ke UEL musim hadapan selaku juara Piala FA.

Syabas kepada Mikel Arteta dan Arsenal.

Korang macamana? Masih berbulu dengan pengadil? Bagaimana dengan prestasi pengadil secara keseluruhan?