Adakah Ini Rupa iPhone 12 Yang Bakal Dijual Tahun Hadapan?

Baru sahaja kira-kira 2 bulan Apple melancarkan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, dah timbul berita ketirisan rekaan iPhone 12.

Ianya dikatakan rekaan yang dibocorkan daripad Lembaga Patent and Trademark Office AS mengeluarkan dua paten terhadap produk iPhone 12.

Tempat letak kamera pada bahagian belakang kelihatan masih sama dengan iPhone 11 namun iPhone 12 bakal memiliki 4 kamera belakang.

Ianya nampak lebih kemas dengan quad kamera diletakkan secara asymmetrical. Tak ada la nampak sememeh kan.

Analis TF International Securities Ming-Chi Kuo, meramalkan bahawa iPhone 12 akan dikeluarkan pada September 2020.

Ia akan menggunakan teknologi 5G dengan. Selain itu, iPhone 12 dijangka akan hadir dengan skrin Super Retina XDR 0DR 6,7 inci.

Dikhbarkan, iPhone 12 tidak akan ada lagi notch untuk menyimpan kamera selfie.

Kamera selfie dan juga beberapa benda lain termasuk sensor, speaker dan mikrofon akan dikecilkan dan ditempatkan di hujung  bingkai skrin.

Ia untuk memberikan kemasan yang lebih eksklusif. Rekaan iPhone 12 ini adalah gabungan daripada iPhone 11 dan juga iPhone 4.

Namun ini masih sekadar rumors. Dan jika benar iPhone 12 tampil dengan bingkai tepi yang sangat kecil, ia pasti digemari peminat yang mahukan ratio screen to body yang tinggi.

Walaubagaimanapun ada juga beberapa portal melaporkan ini, adalah rekaan depan iPhone 12.

Bagi peminat iPhone mereka pastinya menantikan perkembangan terkini untuk iPhone 12.

 

 

Baca yang lain