Adakah KFA Buat Kesilapan Dengan Lepaskan Bauman Dan Fernando Rodriguez?

Penulis sukan dan juga personaliti Astro, Gary Hardin Lungard memberikan ulasan tentang langkah drastik KFA melepaskan Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.

Fernando Rodriguez sendiri kecewa kerana selepas menjaringkan cukup banyak gol tetapi masih tak mampu menambat hati pengurusan KFA.

Ikuti sedikit ulasan oleh Gary Hardin Lungard:

Kenapa KFA lepaskan duo import?

Ramai juga fans Kedah marah sebab lepaskan Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.

Kedua-dua pemain dianggap klinikal di depan gol. Secara keseluruhan gandingan kedua-duanya menghasilkan 37 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Pada aku, pemain import datang dan pergi ini perkara biasa. Dah memang asam garam bola sepak. Ikut budget team macam mana.

Ada budget lebih, ambik pemain yang lebih baik. Kalau budget takde, downgrade lah.

Kekal kalau tak mampu bayar gaji sampai berhutang pun tak guna. Lesen sangkut, kes dibawa ke PFAM dan FIFA buat malu. Kena ukur kemampuan.

Dalam kes Kedah aku berpendapat depa nak upgrade team untuk musim hadapan. Ini sebab depa akan main ACL.

Kedah juga sedar pasukan lain seperti Selangor atau Pahang akan tampil lebih bersedia musim hadapan.

Juara Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan kedudukan ke-4 Liga Super pada musim ini dianggap amat baik di musim pertama Kedah kendalian Aidil Sharin.

Tapi tak bermakna fans Kedah boleh impikan kejayaan segera musim depan. Semua ini proses. Berikan ruang secukupnya untuk Coach Aidil bina tapak yang kukuh.

Patut risaukan benda lain

Kalau aku fans Kedah, bukan pemain import yang aku hiraukan. Tapi macam mana Kedah terus kembangkan bakat muda sedia ada.

Sebab pemain muda inilah yang akan menjadi batu asas kepada Kedah dan masa depan bola sepak pasukan itu pada musim-musim mendatang.

Sampai masa Kedah kena ketengahkan pemain generasi baharu untuk ganti generasi sedia ada. Baddrol Bakhtiar, Keon misalnya dah super senior dalam team.

Aku yakin Coach Aidil ada formula dia. Hampa penyokong teruih bagi sokongan biaq semangat teruih meresap dalam team.

Pulun Kedah Pulun!!!


Kedah musim ini menamatkan saingan Liga M sebagai juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia. Ini merupakan tahun pertama Kedah di bawah transisi Aidil Sharin.

Pastinya bukan mudah kehilangan pemenang kasut emas. KFA kena ada plan yang bagus juga untuk memastikan mereka kekal kompetitif dan terus bertambah baik. Tak begitu?

Tentang Penulis

Gary Hardin Lungard merupakan peminat tegar Aiman Tino dan juga Manchester United. Beliau sedang berusaha untuk membuat konvoi bersama fans Aiman Tino.

Follow: Facebook Gary Hardin Lungard

Baca yang lain