Penulis bola sepak dan juga pengulas bola sepak di televisyen, Gary Hardin Lungard, ada pandangan beliau tersendiri tentang Benjamin Mora.
Beliau berpendapat, Mora adalah antara jurulatih yang tidak begitu dihargai oleh sesetengah fans.
Dalam satu sesi dialog: No Holds Barred Session, TMJ turut mempersoalkan kenapa ramai penyokong JDT memandang rendah kepada Benjamin Mora.
Benjamin Mora dinaikkan ke jawatan ketua jurulatih bekerja di bawah pengurus Luciano Figueroa. Ianya selepas JDT kehilangan khidmat Ulises Morais.
Sejak dilantik, segelintir peminat JDT kurang berkenan dengan Mora. Mereka kadangkala tidak gemar dengan corak taktikal Mora serta team selection beliau.
Gary menegaskan: “Bab TMJ tibai fans kritik Benjamin Mora tu aku setuju sebenarnya.”
“Berdasarkan apa JDT tampilkan musim ini, aku boleh simpulkan Mora adalah coach yang sangat details dalam persiapan.”
Seterusnya, jurulatih UKM FC iaitu Hussin turut menyatakan pandangan yang sama.
“Ini bukan aku sorang cakap. Coach Sulaiman UKM FC tempoh hari aku jumpa pun sependapat dengan aku.”
“Kerja keras di padang latihan. Kemudian hasil tunjuk ke permainan dalam padang.”
“Powernya coaching team JDT juga sebab depa ada coaching staff untuk analyse team sendiri dan lawan secara details untuk bantu Mora.”
“Benda ni aku yakin mesti ada. Sebab tu segala stats pun ada. Training pun guna dron pantau.”
“Benda kira rare lah kalau di Liga Malaysia. Sebab tu aku cakap power. Luar negara analisis team lawan ni benda biasa.”
“Asal kau tak buat perangai Bielsa [pergi spy orang], kau kira ok. Pelan untuk 2020 pun nampak mantap.”
Sebagai rekod Benjamin Mora membantu JDT menamatkan saingan musim 2019 dengan domestic double dengan 1 trofi sumbangsih.
Beliau juga berjaya membantu JDT bermain dengan baik ketika kejohanan ACL 2019, berhadapan dengan pasukan besar yang lain.
Mungkin kita bukan peminat Mora. Namun apa yang pasti, kita kena bagi kredit untuk benda yang berhak dapat kredit. Tak begitu?
Semudah mana kita mengkritik, semudah itu juga kita memuji jika perlu.
Info Penulis
Gary Hardin Lungard merupakan fans tegar Sarawak dan juga Manchester United. Beliau juga sedang memperkemaskan barisan kempen Ole Out.