Sejak 28 Februari, JDT telah mengharungi 4 perlawanan. 2 perlawanan Liga Super dan 2 perlawanan Liga Juara Asia.
Nazmi Faiz Mansor tampil 3 kali dalam tempoh tersebut sebagai pemain kesebelasan utama dan 1 kali bermain secara penuh pada perlawanan minggu lepas (lawan UiTM).
JDT mempunyai banyak pilihan pemain yang baik bagi menggalas peranan sebagai pemain utama, namun hanya 3 sahaja pemain tengah yang diperlukan oleh pasukan pada setiap perlawanan.
Haris Harun, Afiq Fazail dan Kiko Insa boleh dipilih sebagai pemain tengah yang lebih bertahan.
Naxto Insa, Syamer Kutty Abba, Liridon Krasniqi, Leandro Velazquez dan Nazmi Faiz Mansor baki pemain tengah yang dimiliki oleh JDT.
8 pemain bersaing untuk mengisi 3 posisi yang diperlukan pasukan. Tidak termasuk pemain di JDT II.
2 momen Nazmi membuka peluang kepadanya untuk menjadi pilihan
Ketika JDT menang 2-1 menewaskan Suwon Samsung Bluewings dalam perlawanan Liga Juara Asia, Nazmi menyumbang 2 bantuan gol.
Hantarannya kepada Diogo menyaksikan penyerang dari Brazil ini dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Gonzalo Cabrera menyempurnakan sepakan penalti bagi membolehkan pasukan ini mendahului 1-0.
Selepas itu sekali lagi Nazmi melakukan hantaran jauh kepada Mauricio dan pemain pertahanan ini berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan.
Kemudian, pemain kelahiran Kuala Lumpur ini diberikan peluang bermula di Liga Super bagi menggantikan Velazquez yang ditolak ke kanan menggantikan Safawi Rashid yang direhatkan.
Nazmi meneruskan momen baik yang ke-2 selepas menjadi penjaring gol kemenangan ketika menewaskan UiTM 2-1 di Shah Alam.
Jika Safawi kembali ke dalam pasukan utama, tempat Velazquez akan dicabar oleh pemain Nazmi.
Afiq Fazail antara 6 pemain JDT yang bermain dalam semua 4 perlawanan setakat ini.
Nazmi bermula sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak 3 kali, Haris Harun 2 kali, Velazquez 2 kali termasuk 1 kali sebagai pemain sayap menyerang, Kiko dan Naxto Insa sebanyak 1 kali.
Bermakna 2 pemain tengah paling digunakan oleh JDT adalah pemain tempatan iaitu Afiq dan Nazmi. 100% tempatan, bukan 50% tempatan.
Adakah Nazmi akan terus diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan akan datang?
Melihat kepada ganjaran yang diberikan oleh JDT, memberi peluang kepada pemain yang menunjukkan aksi yang baik sudah pasti ya.
Bagaimana Nazmi di JDT sejak 2017
JDT membawa masuk pemain in pada musim 2017, dari Selangor ketika Nazmi berusia 22 tahun.
Pada musim sebelumnya JDT mengamalkan sistem 4-4-2 dibawah kejurulatihan Mario Gomez. Shafiq Rahim dan Haris menjadi tunjang pemain tengah pada ketika itu.
Musim 2017 JDT menukar sistem pasukan kepada 4-3-3 dan pada musim ini, Afiq dan Amirulhadi menjadi pemain paling kerap digunakan bergandingan dengan Shafiq Rahim.
Nazmi hanya tampil 5 kali di Liga Super. 3 perlawanan sekitar 25 Februari hingga 3 Mac merupakan tempoh terbaiknya dan bakinya adalah pemain simpanan yang tidak digunakan.
Walau bagaimanapun pemain ini diberi peluang bermain lebih kerap di pertandingan Piala. Nazmi bermain 19 kali dalam 25 perlawanan Piala termasuk Piala AFC.
- Liga Super 3 (2)
- Piala FA 2 (1)
- Piala Malaysia 5 (3)/ 1 gol
- Piala AFC 5 (3)/ 2 gol
(x) pemain simpanan yang dibawa masuk
Selepas kuota 5 pemain asing diperkenalkan
Apabila kuota 5 pemain asing diperkenalkan dan kembalinya Haris, Nazmi mula kurang digunakan. Malahan penampilan Afiq juga terjejas pada musim 2018.
Dan pada musim itu juga JDT sebenarnya tidak mempunyai pemain tengah tidak dapat tampil secara konsisten sepanjang musim kecuali hanya Haris.
Secara keseluruhannya Nazmi tampil 21 perlawanan dalam semua pertadingan, hanya 11 kali sebagai pemain kesebelasan utama.
JDT mengemaskinikan semula pemain utama -barisan tengah- pada tahun 2019. Pertama, mengeluarkan Syafiq Rahim.
Afiq kembali menjadi pemain yang kerap digandingkan dengan Haris dan Velazquez melengkapkan senarai pemain tengah paling kerap digunakan.
Afiq tampil 30 kali berbanding hanya 13 kali pada musim sebelumnya sebagai pemain kesebelasan utama.
Sementara itu Nazmi menjadi pemain ke-4 pemain yang paling digunakan selepas Haris, Afiq dan Velazquez dengan 13 penamlilan di Liga Super, 1 penampilan di Piala Fa, 5 penampilan di Piala Malaysia dan 6 penampilan di Liga Juara Asia.
13 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama dari 25 penampilan tersebut.
Ini merupakan musim ke-4 Nazmi bersama JDT, beliau tidak pernah membuat 3 penampilan pada 5-10 perlawananan awal pasukan. Kali ini kelihatan pemain ini akan diberi peluang lebih berbanding 3 musim lepas.
Pemain terbaik antara terbaik akan mendapat tempat, persaingan antara Nazmi, Naxto, Liridon akan bermula ketika Kiko, Haris dan Afiq bersaing dalam peranan lain. Disamping itu Velazquez boleh mencabar 2 posisi.
Berapa penampilan Nazmi sejak menyertai JDT?
- 2017: 15 (8) / 3 gol
- 2018: 10 (10) / 2 gol
- 2019: 13 (12) / 2 gol
- 2020: 3 (0) / 1 gol
Nazmi tampil 41 (30) perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai JDT pada musim 2017, menyumbang 8 jaringan.
Nazmi kini berusia 25 tahun, terdapat banyak lagi ruang oleh pemain yang mula membuat debut Liga Super ketika berusia 16 tahun bersama Selangor.
Nazmi perlu mewarnai sekurang-kurangnya 3-4 musim penuh dalam kariernya sebagai pemain utama selari dengan bakat ketika mudanya.