Adakah Netizen Malaysia Telah Dikencing Pelancong Ini?

Seorang pengguna Facebook telah mendedahkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sedang ditipu, discam oleh dua pelancong backpacker yang sebenarnya begpacker.

Begpacker adalah merujuk kepada satu modus operandi pelancong backpacker yang melancong dengan ihsan duit sedekah yang mereka dapat di tepi jalan hasil mengemis.

Korang bayangkan, korang bagi duit nak tolong diorang balik negara asal tetapi mereka gunakan wang itu untuk melancong ke tempat lain.

Mereka ni sudah terlalu ramai di seluruh dunia ketika ini. Dan ianya ibarat satu sindiket.

Beberapa bulan lalu, ada satu kisah seorang pelancong berbangsa Rusia yang telah meminta sedekah menyatakan dia dalam kesusahan dan tersekat di Malaysia.

Kejadian itu berlaku di Temerloh.Pelancong tersebut mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia yang prihatin.

Dia menyatakan dia tak ada duit dan kelaparan.

Laporan Keratan akhbar HM

Pelancong tersebut mendapat bantuan dan kemudian dihantar ke kedutaan Rusia.

Namun semalam, seorang pengguna Facebook telah mendedahkan bahawa ini adalah satu scam / fraud.

Di mana pelancong yang sama, dilihat berada di Nilai bersama dengan rakannya.

Pengguna Facebook tersebut berkata:

“FYI, kisah mat salleh Russia yg dipost oleh geng kita tadi adalah backpacker scammers dari Russia. Dia menggunakan MO seolah olah menjadi mangsa C19 tersadai kat negara kita.”

“After kisah pertama dia tersadai kat McD Temerloh viral, ramai rakyat kita yang memberi sumbangan. Even, PDRM siap hantar dia pi Russian Embassy kat KL.”

“Sampai KL, dia menginap kat guest house run by Russian Lady dan Russian Lady ni yang reveal tentag misdoing (salah laku) dan real intention of this Russian Guy.”

“Russian lady tu siap cakap yang dia berasa malu bila ada org Russia mengambil kesempatan atas kebaikan org Malaysia untuk membolehkan dia travel secara murah kat Malaysia.”

“Russian lady tu cakap yang mamat ni bertemu dengan 2 org lagi geng dia utk continue travelling pi PD.”

“Sekarang, mamat ni menggunakan MO yang sama pulak kat Nilai.”

“Nama mat salleh ni Maxim La.”

“Please jangan support backpacker mat salleh yang mengemis ni. Tak dok bezanya depa ngan PATI kat Malaysia ni. Menyemak.”

Dengan pantas juga tentera bawang Malaysia terus membongkar Facebook Mat Salleh tesebut.

Dan mereka mulai meminta PDRM menyiasat pelancong tesebut.

Adakah kebaikan dan kemurahan hati rakyat Malaysia dikhianati sekali lagi?

Sama sama kita nantikan apakah jawapan sebenar kepada persoalan ini.

Takkanlah netizen kena kencing lagi. Hari tu kes NASA baru habis.

Baca yang lain