Adakah Undertaker Akan Bangkit Semula Menguburkan The Fiend?

Sejak SummerSlam 2019 yang lalu,Bray Wyatt telah mengganas dan menewaskan beberapa bintang terkenal di Wwe.

Dengan pembawakan watak baru beliau sebagai Alter-ego The Fiend, beliau menjadi lebih berkuasa di Wwe.

The Fiend telah menewaskan Finn Balor, Seth Rollins, The Miz, dan terbaru Daniel Bryan yang tewas kepadanya buat kali kedua. Berbanding dengan Bray Wyatt yang dahulu, The Fiend nampak nya lebih sukar untuk ditewaskan.

Dalam aksi di Royal Rumble, The Fiend telah bertemu Daniel Bryan yang muncul semula dengan berwajah baru dalam perlawanan “Strap Match”.

Daniel Bryan berusaha keras menentang The Fiend dalam perlawanan yang penuh dengan aksi itu. Namun Bryan gagal untuk menewaskan The fiend untuk merebut sabuk Kejuaraan Dunia milik The Fiend.

Adakah Bryan akan mengalami apa-apa perubahan selepas perlawanan itu? Hal ini kerana setiap seorang daripada mangsa Wyatt telah dikaitkan dengan masa lalu dalam beberapa cara, kerana dia mempunyai kemampuan untuk ‘Hurt’ dan ‘Heal’ lawan-lawannya.

“The Eater Of World” didakwa menggunakan sarung tangan ‘Hurt’ pada setiap lawannya kecuali Bryan. Bryan telah mewujudkkan semula “Yes Movement” sejak perlawanan mereka berdua yang pertama lagi.

The Fiend masih mempunyai banyak ‘hurt’ dan ‘heal’ untuk dilakukan sebagai Juara Universal, dengan beberapa nama dari masa lalunya menjadi calon yang berpotensi untuk mengakhiri kengerian The Fiend.

Berikut adalah lima Superstar WWE yang boleh mencabar “The Fiend” Bray Wyatt untuk Kejuaraan Universal  dalam beberapa bulan akan datang.

# 5 Kane

The Fiend telah beberapa kali bertarung dengan Kane sebelom ini.

Setiap kali Dato Bandar Knox County kembali ke RAW atau SmackDown, Wyatt pasti berada di sana.  Dia jelas tidak melupakan “The Big Red Machine” itu.

Perlawanan pertama The Fiend dalam Wwe adalah menentang Kane dalam Perlawanan Api di SummerSlam. Namun itu adalah ketika beliau menjadi Wyatt dan kini semuanya tentang The Fiend.

Perlawanan ini adalah kemungkinan besar untuk Super ShowDown, yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada akhir bulan Februari.

Hal ini kerana sudah banyak gambar iklan tempatan yang disebarkan bahawa akan ada perlawanan “Inferno” dalam acara itu nanti.

Jadi ada kemungkinan untuk Kane menjadi mangsa seterusnya Fiend,ketika Wwe secara rasminya berada di jalan menuju ke acara Gusti terbesar WrestleMania.

# 4 Braun Strowman

Ya, seperti kita tahu Braun Strowman kini sedang terlibat dalam perebutan Sabuk Kejuaran Antara Benua bersama Shinsuke Nakamura.

Namun adakah perselisihan antara beliau dengan Nakamura sudah cukup memuaskan hati para peminat? Sebenarnya Strowman perlu pergi lebih jauh kerana beliau layak untuk berada di kelas lebih tinggi.

The Fiend mempunyai sikap “Unforgiving”, itulah sebabnya dia memilih menyerang “Monster Among Men” itu beberapa bulan yang lalu.

Kerjaya utama Strowman sebenarnya bermula bersama Bray Wyatt, dengan dia menjadi “kambing hitam” dari Wyatt Family.

Kedua-dua mereka tidak pernah bertarung dalam perlawanan satu lawan satu sejak mereka berpecah pada tahun 2016. Kerana hal ini lah yang membuat konfrontasi antara Wyatt dan Strowman begitu menarik.

 

Fiend harus mempertahankan Sabuk Kejuaraan Universalnya terhadap Strowman.

Pada masa yang sama adakah hal itu harus dilakukan ketika perjalanan Ke WrestleMania atau selepas ” Show of Shows”.

Ia akan menjadi titik mula yang baik bagi perubahan Bray Wyatt kepada The Fiend untuk menewaskan seseorang yang besar.

Pengurusan WWE mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu yang sangat baik dengan Braun Strowman. Kerana jika peluang ini tidak di gunakan Strowman mungkin akan hanya menjadi penggusti kelas pertengahan sahaja di Wwe.

# 3 The Undertaker

Setiap Superstar yang telah menjadi mangsa kepada kezaliman Fiend setakat ini semuanya lebih kecil daripada dia.

Tidak ada sesiapa yang boleh menandinginya secara fizikal. Setakat ini, semua orang yang disenaraikan antara 5 yang boleh bertemu beliau mempunyai Fizikal yang lebih besar dari beliau.

Tambahan pula, The Undertaker sudah berehat agak lama dan beliau sudah lama tidak bertarung didalam gelanggang.

Kali terakhir kita lihat Undertaker beraksi adalah pada “Extreme Rules” yang mana beliau bersama Roman Reigns dalam perlawanan Tag Team yang sangat menghiburkan.

Dengan tempoh waktu berehat yang agak panjang di harapkan ” The Deadman”  akan bangkit semula menentang The Fiend.

Pemilihan Undertaker sebagai lawan kepada Fiend juga sangat tepat memandangkan kedua mereka adalah pemegang watak “Monster” didalam Wwe.

Kedua-duanya pernah berkongsi gelanggang beberapa kali, dan Undertaker pernah menguasai Wyatt dan keluarganya pada tahun 2015.

Kekalahan Fiend kepada The Undertaker di WrestleMania dan Survivor Series meninggalkan “The Eater Of Worlds” itu kesan yang sangat dalam.

Sudah pasti Fiend menyimpan dendam yang sangat besar kepada Taker. Dan mungkin kehadiran The Fiend ini adalah masa yang sesuai untuk menyelesaikan urusan mereka dahulu.

Dan mungkin ini langkah permulaan terbaik untuk undertaker mengakhiri kerjaya beliau di gelanggang Wwe. Bersara selepas perlawanan epik di WrestleMania sudah pasti sangat menghiburkan.

Dengan usia Taker yang sudah begitu lanjut kita tidak mungkin boleh mengharapkan mereka memberi aksi yang mempesonakan seperti ketika Taker masih muda.

Namun perlawanan ini akan menarik ditonton kerana jalan cerita tentang dua lelaki yang membawa watak yang hampir sama di dua era berbeza.

# 2 Roman Reigns

Roman Reigns adalah pilihan untuk memenangi perlawanan Royal Rumble yang lalu.

Namun dia telah ditewaskan oleh Drew McIntyre. Dek kerana kekalahan itu laluan beliau untuk beraksi di WrestleMania menjadi agak sukar.

Jika beliau memenangi Royal Rumble pastinya di kemuncak acara WrestleMania kita mungkin akan melihat beliau bertarung dengan Brock Lesner.

Namun kerana kekalahan yang terjadi apakah langkah terbaik untuk beliau mendapat tempat dalam WrestleMania.

Walau akan ada peminat yang tidak mahu melihat Roman bertarung untuk merebut Kejuaraan Universal. Namun harus diakui Roman antara bintang Wwe yang sentiasa memberi aksi terbaik ketika didalam gelanggang.

Wwe harus bijak merangka strategi. Roman kini sedang berada dalam prestasi terbaik beliau. Suka atau tidak dengan lelaki Samoa itu kita harus terima kenyataan bahawa beliau sememangnya bagus.

Jika dilihat pada perlawanan yang melibatkan beliau sudah pasti kita akan sentiasa terhibur melihatnya.

Wwe boleh saja memilih siapa pun yang mereka mahukan untuk dipertemukan dengan The Fiend.

Namun untuk mencari individu yang layak menewaskan beliau atau pon memberi cabaran dan aksi bersama beliau didalam gelanggang, sememangnya Roman adalah calon terbaik.

Jika pertemuan ini menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan semula sambungan perseteruan antara mereka yang telah berakhir pada tahun 2015 lalu. Perseteruan yang hebat antara mereka berakhir dengan kemenangan kepada “The Big Dog”.

#1 John Cena

Jika WWE tidak bersedia untuk melihat The Fiend kalah kepada Roman Reigns untuk perebutan Sabuk Kejuaraan Universal itu. Salah satu pilihan terbaik untuk merebut Kejuaraan Universal ini adalah John Cena.

Untuk pengatahuan, Cena telah memenangi 16 kali Kejuaraan Dunia tetapi Cena tidak pernah terlibat dalam mana- mana Kejuaraan Dunia Wwe sejak wujudnya Sabuk kejuaraan merah dan biru(Raw dan SmackDown)

Jika Cena layak diberikan peluang untuk mempunyai perlawanan di WrestleMania tahun ini.

Maka tidak ada peranan yang lebih baik baginya untuk bertarung selain daripada meletakkan beliau di tempat yang sepatutnya. Iya letakkan beliau sebagai pencabar kepada The Fiend.

Seperti yang semua sudah maklum, John Cena pernah menewaskan Bray Wyatt di WrestleMania 30.

Hal itu adalah salah satu tindakan ketidakadilan pertama yang dilakukan ke atas watak Bray Wyatt yang dahulu.

Peminat sangat teruja kerana mereka yakin Wyatt akan memenangi perlawanan itu namun sebaliknya yang berlaku.

The Fiend pastinya tidak akan pernah melupakan hal itu. Selepas 6 tahun berlalu Wyatt yang kini telah hadir dengan watak baru The Fiend sudah pasti mahu membalas dendam. Jika Fiend menewaskan Cena ianya akan menjadi moment yg baik untuk karakternya sekarang.

Apa yang membuat perlawanan Cena vs Fiend lebih menarik adalah tentang hal yang akan berlaku selepas perlawanan itu. Bagaimana cena akan berubah? Itu sahaja sudah cukup untuk membina jalan cerita yang lebih menarik.

John Cena akan kembali untuk menyebarkan kesan The Fiend dan membina semula perseteruan antara mereka. Ini akan menjadi pertandingan yang sangat baik untuk WrestleMania.

Ini adalah antara 5 yang difikirkan layak untuk bertemu dengan The Fiend. Selain bagus untuk keuntungan syarikat hal ini juga bagus untuk menarik kembali peminat yang mahukan aksi menarik dari Wwe.