Adam Adli Dedahkan Keadaan Padang Sebenarnya OK Dan Sistem Saliran Berfungsi Baik

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adi yakin bahawa padang adalah ok. Cuma dia berharap padang tidak lecak sahaja jika cuaca hujan.

Isu padang rosak menjadi isu yang mewarnai sebelum sepak mula final Piala Malaysia 2023 kali ini.

Ini apabila PSM sendiri mengakui keadaan padang tidak dapat dipulihkan sebaiknya kerana kekangan masa untuk mereka melakukan kerja pemulihan selepas konsert Coldplay yang lalu.

Dalam kenyataannya PSM turut memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan padang yang terbaik.

Walaupun kritikan ke atas padang menitir di bibir setiap peminat, namun Adam Adil memberikan perkhabaran gembira. Selaku timbalan Menteri Belia dan Sukan, dari pemerhatian beliau, keadaan padang sebenarnya ok.

Bercakap kepada Stadium Astro, Adam Adli berkata: “Padang sepatutnya OK walaupun daripada segi kosmetiknya dilihat tidak seperti yang diharapkan tapi daripada segi penggunaannya OK.”

Adam Adli juga menegaskan bahawa cuaca hujan secara tak langsung telah membantu memampatkan semula tanah padang tersebut.

Dari segi sistem saliran Adam Adli juga yakin ianya dalam keadaan baik.

“Sistem saliran berfungsi dengan baik jadi sekurang-kurang permainan tidak berlangsung dalam lecak,” akhiri beliau ketika merumuskan tentang keadaan sebenar padang.

Akhir sekali dia berharap keadaan padang yang semasa akan terus bertahan untuk final malam ini.