Adam Cole Debut Di AEW, Hamburkan Pujian Kepada Bekas Bosnya, Triple H & Shawn Michaels

Bekas WWE NXT Superstar Adam Cole melakukan debut AEW minggu ini. Bekas penggusti era Undisputed Era itu menghamburkan pujian kepada bekas bosnya di WWE iaitu Shawn Michales dan Triple H yang menurutnya sangat profesional dan baik hati.

Cole menjadi antara penggusti WWE yang mewujudkan gelombang peralihan ke AEW. Ramai penggusti yang pergi ke AEW kecewa dan tidak sehaluan dengan big boss, Vince McMahon dan beberapa pegawai lain.

Namun bagi Cole, Shawn Michaels dan Triple H berbeza. Mereka adalah watak pemimpin sejati.

Adam Cole antara protege penting Triple H di arena NXT. Dan karakternya dibangunkan dengan sebaiknya oleh Triple H. Malang sekali segalanya terpaksa berakhir.

Cole dikatakan tidak berpuas hati dengan tawaran kontrak jangka pendek yang diterimanya. Dia meminta kontrak jangka panjang untuk menjamin masa depannya.

Bercakap kepada Insider, Cole mendedahkan bagaimana dua bekas bosnya itu membantunya ketika di NXT.

“Saya sangat terbuka dalam hubungan dengan Shawn Michaels. Dia adalah idola saya dari dulu.”

“Mentor yang saya sentiasa jadikan rujukan sebagai penggusti terhebat sepanjang zaman. Berpeluang bekerjasama di bawah beliau sangat hebat.”

“Triple H, pun sama, tiada kata lain dapat digambarkan, hanyalah rasa hormat saya kepadanya. Dia melayan saya dengan baik dan menghormati orang lain.”

“Banyak yang saya belajar daripadanya, sama ada perkara kecil ataupun perkara yang besar, tidak kira etika di dalam ring dan sebagainya.”

“Saya merasakan Adam Cole yang ada sekarang lebih baik daripada Adam Cole yang 4 tahun lalu. Semuanya kerana masa masa yang saya lalui di NXT.”

Sebelum ini John Cena mengkritik tindakan beberapa penggusti WWE yang pergi ke jenama seteru mereka AEW.

Kerana menurut Cena, beliau tidak akan sesekali bergusti di AEW selepas beraksi di WWE.