Adesanya Mengamuk! Bekas Teman Wanita Tuntut Separuh Hartanya Kerana Bercinta Terlalu Lama

Dalam satu kes yang luar biasa, bekas teman wanita Israel Adesanya, Charlotte telah mengheret petarung UFC itu ke mahkamah untuk menuntut separuh daripada hartanya.

Perkara itu didedahkan oleh Sam O’Malley menerusi podcastnya.

Agak pelik apabila mendengar bekas teman wanita menuntut harta daripada seorang lelaki. Berbeza dengan bekas isteri.

Alasan Charlotte adalah dia sudah terlalu lama bercinta dengan Adesanya.

Israel Adaesanya dan Charlotte Powdrell tidak pernah berkahwin dan wanita itu tidak pernah mahu memiliki anak dengan petarung itu. Tetapi dia tetap percaya dia ada hak untuk mendapatkan separuh daripada aset Adesanya atas alasan ‘kami telah bercinta terlalu lama.’

O’Malley menegaskan, Adesanya awalnya menganggap itu cuma satu jenaka daripada peguamnnya apabila dia dimaklumkan perkara itu.

Akhirnya Adesanya mengetahui bahawa perkara itu benar benar berlaku.

O’Malley turut menyatakan dia keliru dengan situasi petarung itu sekarang ini.

O’Malley berkata: “Saya ada lihat Izzy [Adesanya] memuat beberapa tweet, dan saya jadi keliru, saya tak tahu. Ini kerana dia cuma bekas teman wanita, mereka tidak pernah berkahwin, bukan? Dan dia mahukan separuh daripada harta Izzy. Ketahian apakah ini.”

“Saya tak tahu pasal hubungan mereka, kerana saya tak pernah tahu yang Izzy pernah ada teman wanita [kerana dia tak pernah mendedahkannya].”

“Dan tiba tiba mendapat tahu wanita itu mahukan separuh hartanya. Apa yang berlaku kepadanya sekarang adalah sangat mengarut.”

Dilaporkan juga Charlotte merasakan dia berhak mendapat separuh daripada harta Adesanya kerana dia telah menyokong karier petarung itu.

O Malley menambah: “Maksud saya, saya pun tak tahu kalau mereka sudah berpacaran untuk 15 tahun sejak awal kariernya. Dan adakah dia tidak bekerja kerana terpaksa menjaga makan minum Izzy, masaj dia dan membantunya di gym, melakukan semua ini.”

“Mungkin sebab itu dia mahu menuntut?” kata O Malley yang mempersoalkan apa sebenarnya sumbangan ‘besar’ yang dimaksudkan bekas teman wanita Adesanya itu.

Charlotte merasakan bahawa dia sangat berhak kepada harta Adesanya, dan bertekad tidak akan melepaskan petarung itu dengan mudah.

Petarung itu telah memuat naik beberapa siri post di IG tentang perkara itu

“Saya harap saya akan membiarkan kamu hanyut dalam kewujudan yang menyedihkan, kerana kesengsaraan percintaan dan kamu memang suka menjadi mangsa.”

“Sesiapa pun, tandatangani perjanjian penyewaan secepat mungkin. Saya juga sangat berharap kamu dan peguam datang sendiri untuk cuba mengambil aset saya seperti yang awak katakan, saya harap kamu akan cuba menjejaskan perniagaan saya seperti Puma dengan ancaman tak berasas itu.”

“Ayuh, berbuatlah demikian, buatlah, sekarang kamu dah ada sugar daddy yang akan membayar segala-galanya.”

“Perkara ini membuatkan otak saya tepu.. hahaha!! Awak menyedihkan, lebih teruk daripada awak cakap ‘ya, kamu harus memutuskan hubungan dengan saya’, jadi kamu sekarang boleh menjadi mangsa, seperti mana yang kamu mahukan.”

“Kamu tak pernah membantu saya menambahkan harta saya, yang kamu pernah buat adalah menghabiskan harta saya, itu ada la. Sekarang kamu menganggap kamu berhak mendapat separuh daripada harta saya? Apa yang membuatkan kamu rasa kamu berhak? Saya nak ludah muka kamu.”

“Saya cabar kamu, segera mulakan kempen bodoh kamu itu.”

“Ancaman kamu dah tak bermakna dan kat sini. Kamu bertanggungjawab ke atas emosi kamu sendiri. Kamu tak kisah pasal kehidupan kerana kamu menjual cerita tentang saya, saya pula tak pernah peduli lagi pasal kamu.”

“Saya malah tak benci pun pada kamu, cuma tak ambil peduli sahaja. Saya pernah jatuh cinta dengan kamu sebelum ini. Tu je.”

“Ini adalha kali terakhir kamu mendengar penjelasan dari saya. Kerana selepas ini peguam saya yang akan berhubung dengan kamu. Selamat tinggal kepada ex Stylebender.”

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan