Adidas Bidas Penulis Yang Perlekeh Kepentingan Messi Berbanding Ronaldo Di Mata Nike

Pengeluar barangan sukan ternama Adidas telah memberikan respon berkenaan dakwaan bahawa mereka bimbang tentang keperibadian Lionel Messi yang pemalu apabila menandatanganinya dari Nike pada 2006.

Laporan itu mendakwa bahawa Nike lebih gembira untuk mengekalkan Cristiano Ronaldo daripada Messi.

Dalam buku baharu mereka bertajuk ‘Messi vs. Ronaldo: One Rivalry, Two GOATs, and the Era That Remade the World’s Game’, Jonathan Clegg dan Joshua Robinson telah membuat beberapa dakwaan yang menarik.

Menurut buku mereka, Nike, yang pernah mempunyai kedua-dua Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam senarai mereka.

Namun Nike dikatakan menganggap Ronaldo lebih penting berbanding Messi.

Nike tidak terlalu bimbang selepas kehilangan bekas atlet mereka iaitu Messi kepada pesaing mereka Adidas pada tahun 2006. Ia telah didakwa bahawa Nike menganggap Messi mempunyai personaliti sosial yang sangat sedikit, dan percaya bahawa Adidas berpendapat sama.

Jenama sukan asal Jerman itu telah menjawab dakwaan itu, menegaskan syarikat itu berkaitan dan bangga dikaitkan dengan Messi selama lebih 16 tahun.

Mereka menafikan pernah tidak selesa dengan personaliti Messi yang dianggap lebih pasif dari segi bersosial berbanding dengan Ronaldo.

Dalam satu kenyataan kepada Mirror, Adidas mendedahkan:

“Kami amat berbangga dengan hubungan kami yang telah lama terjalin dengan Lionel Messi.”

“Pada 2006 kami dapat memberikannya rangkaian kasut inovatif yang sesuai dengan permainannya, rangkaian F50, serta menceritakan kisahnya dalam kempen jenama global kami, Impossible is Nothing.”

“Perkongsian kami telah berkembang daripada kekuatan ke kekuatan dan kami terus kagum dengan persembahan penentu eranya.”

Menurut buku itu, kem Messi memutuskan hubungan dengan Nike, yang menyatukan dia dan Cristiano Ronaldo selama tiga tahun, kerana isu kecil.

Bapa Messi, Jorge meminta Nike menghantar lebih banyak peralatan sukan, yang tidak begitu diendahkan oleh Nike.

Akhirnya Adidas menyambar Lionel Messi sebaik sahaja kontrak pemain itu dengan Nike tamat.

Apa yang pasti pada hari ini, kedua dua pemain tersebut antara atlet berpendapatan paling tinggi sama ada dari kelab masing masing dan juga dari segi tajaan.

Messi dan Ronaldo sudah beberapa kali berada dalam 10 senarai teratas Forbes selaku atlet dengan nilai tajaan paling tinggi.

Mereka juga memiliki 12 Ballon d’Or bersama. Dengan 7 milik Messi dan 5 milik Ronaldo.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil