Adidas Keluarkan Predator Accelarator Edisi Terhad Versi Black Out Dengan Harga Sekitar RM1.6k

Adidas Predator mungkin merupakan boot paling popular di dunia, di arena bola sepak. Di mana, wajah utama yang ikonik dengan boot ini ialah David Beckham.

Boot ini signifikan dengan gaya lidah kasutnya yang terjulur keluar. Terbaru Adidas melancarkan Predator Accelerator ‘Eternal Class’  edisi monochrome – yang sangat cantik.

Accelerator merupakan siri Predator yang paling ikonik sepanjang zaman dan asalnya berwarna hitam, putih dan merah. Namun kali ini dalam keluaran terbarunya, warnanya adalah “Core Black” dengan “Grey Six” tanpa warna ikonik putih dan merah.

Namun lidah kasut yang elastik itu tetap dikekalkan. Ianya serba serbi cantik kecuali harganya, di mana ianya dijual sekitar $410 ataupun sekitar RM1657 macam tu la di  Pro-Direct Soccer.

Pra tempahan sudah pun dibuka kepada anda, sekiranya berminat untuk mendapatkannya.

Pro Direct Soccer dalam ayat ayat bodekkan mereka berkata: “Serlahkan gaya sebenar dengan boot bola sepak Adidas Predator Accelerator yang hadir dalam warna Core Black/Grey Six, edisi terhad yang juga remake kepada boot ikonik era 90-an.”

“Hadir dalam warna hitam pekat dan kelabu, Predator Accelerator dedisi terhad ini tampil ikonik pada 98, di mana asalnya ia dibuat dengan tapak kasut moden dari teknologi Mutator+.”

“Elemen getah yang signifikan dengan pemain seperti Beckham dan Zidane digunakan untuk memberikan kesan yang hebat dan sedia digunakan di kaki, dan juga 3 garis yang melengkung, serta lidah boleh lipat yang tradisional – melengkapkan lagi elemen rupanya yang klasik.”

“Di bawah tapak kaki, ada traction oleh Mutator+ yang memberikan perbezaan ketara tak kira di era mana kamu bermain.”

Pada hari ini pemain pemain seperti David Alaba, Weston McKennie, Maxi Gomez dan Aymeric Laporte antara pemain yang memakai Predator ini.

Kepada korang yang bermain futsal, ada juga versi kasut futsal.

Baca yang lain